tq my follower

Showing posts with label dapur lola. Show all posts
Showing posts with label dapur lola. Show all posts

Saturday, November 2, 2013

Baked Shell Macaroni





Ini kali ke3 aku buat menu ni tuk dinner.

Bdk2 mmg suke sgt, mkn berulang2. 

En 'Boss' jer x laju sgt mkn ni.

Jom semak bahan & menu. 

Agak leceh coz kena buat 3 step.

Tapi bau & rasa sgt menikam kalbu hehehehe......


Bahan A :
2 cawan Shell macaroni direbus sehingga lembut & toskn, 1 plastik kecil @ 1 tiub Daging cincang @ ayam cincang(bg aku aym lg best), 3 sudu cili boh, 1 biji bwg Holland didadu, 2 ulas bwg putih didadu, 2 sudu sos cili & tomato, 3 batang sosej (potong nipis bulat2), 1 sudu butter, garam, gula dan secubit rasa megi.

Cara2 Masak Bahan A :
Panaskan butter dan tumis cili & bwg sehingga separuh garing. Masukkan daging @ ayam. Masak sehingga daging @ ayam masak sepenuhnya dan masukkan cili & tomato sos dan perasakan dgn garam, gula & secubit rasa. Sebelum tutup api gaulkn bahan tadi dgn sosej dan macaroni. Ketepikan.

Bahan B (sos putih) :
2 sudu tepung gandum yg dibancuh sedikit air, 2 keping cheesedale, 2 sudu butter, 1/2 cawan susu, pepper, gula & garam.

Cara2 Masak Bahan B :
Cairkan butter dan masukkan chessedale, kacau sampai larut. Masukkan susu dan masak sampi mendidih kemudian baru perasakan. 
Sebelum tutup api masukkan bancuhan tepung gandum td dan kacau sehingga sebati.

Griskn pemanggang ajaib dgn butter kemudian masukkan separuh dr bahan A dlm pemanggang dan lapiskn atas nye dgn separuh dr sos putih td. Letakkn cheesedale yg telah dipotong 4 atas lapisan td. 
Kemudian masukkan lebihan bahan A td atas cheesedale td dan lapis lah dgn baki sos putih td. 
Pastikan chessedale diletakkan atas lapisan td berserta mozarella chesse.
Sedia utk dibakar. Bakar dlm 20minit dan terbalikkn bg membolehkan semua bahagian masak dan melekat antara satu sama lain baru ummmpppphhhhhhh....

SELAMAT MENCOBA





Monday, September 30, 2013

Betik Tumis




Salam Semua....

 MIL singgah umah kejab hari tu. 

Nak suruh kami bawakkan beli handbag baru.

Sian handbag kesayangan dia dah berguguran hehehehe

Sempat gak dia bwk sebijik betik yg br nak masak.

Tetiba aku dpt idea nak masak sayur betik. 

Google2 dpt la satu masakan yg simple & nmpk sedap.

Jom........

Bahan2
Suku dr sebijik betik (aku buat semangkuk jer) dihiris nipis & panjang2, sedikit ikan bilis (tumbuk), 2 ulas bwg merah (tumbuk), 1 ulas bwg putih (tumbuk), 2 biji cili padi merah (tumbuk), garam, gula, sedikit secukup rasa Maggi & sedikit minyak masak.


Cara2
Tumis bahan yg ditumbuk sehingga wangi, kemudian masukkan betik, setelah layu sedikit masukkan perasa. 
Kemudian boleh la padamkn api.

Senang kan....

SELAMAT MENCOBA










Friday, August 30, 2013

Potato Salad




Assalamulaikum sume...

Mood nk selalu wat entry dh mai dah hehehehehe

Ni kali kedua aku buat resepi ni.

Resepi ni aku dpt dr Chef Anis yg kecik comei selalu kat TV3 tu.

Kali pertama aku buat dh lama sgt dah aku try, aku pon x hengat bila hahahahaha

Sejak2 diet x mkn nasik ni, ade je idea nak mkn yg sihat2 
(kata nye!!!!!!)

Mari aku tunjukkan cara buat ni.

Bahan2

1 biji kentang yg paling besor kt dpr korang tu dipotong 8 dan rebus hingga empuk, 1 sudu besar daging cincang yg dimasak garing dgn sedikit minyak shj, 2 sudu besar macaroni yg telah direbus, sedikit bwg Holland di dadu, sedikit perahan limau @ lemon, sedikit hirisan daun bawang, 2 sudu besar mayonis asli dan sedikit je parsley kering.

Cara2
Gaulkan sume bahan dalam satu mangkuk dan sejukkan sebelum makan. Siaaapppp.
Haaaaaa senang kan....


SELAMAT MENCOBA


Sunday, July 7, 2013

Popia Sira Pedas




Salam semua.

Lagi dua hari kite akan menyambut ramadhan. 

Indah nye ramadhan, x sabo rase nye w/pon sah2 aku x dpt pose mggu ni huhuhu

Ni antara kuih peberet aku kalo g bazar ramadhan. 

Popia bersira pedas.

Alang2 2 mggu sudah aku gile membuat popia mini, so aku try la buat popia bese plak.

Guguel 2/3 resepi dpt satu idaman dihati.

Jom layan cara & bahan2 yg sangat sempoi.

Bahan2
Kulit popia, carrot, timun, udang kering, sedikit bawang besar & bwg putih,  cili giling, gula, secubit rasa Maggi, minyak dan garam dan sedikit bancuhan tepung gandum sebagai pelekat popia yg digulung.

Cara2
Hiris timun & carrot nipis dan panjang2 spjg btg mancis tu, (timun mesti dibuang biji tengah). 
Tumbuk udang kering bersama bwg2. 
Kemudian tumis bwg dan udang kering. 
Setelah wangi terjunkan carrot & timun, gaulkan sekejab je dan perasakn dgn secubit rasa Maggi dan garam (yg aku wat ni terlebih masin coz lupe udg kering kan dah rasa masin huhuhu).

Kemudian angkat semua bhn2 tu dan TOSKAN supaya keluar air & minyak (nanti proses menggulung menjd mudah).

Gulung la popia bersama bhn2 yg telah sejuk & ditoskan.
Pastikan dilekatkn kulit popia dgn bancuhan tepung gandum supaya tidak terbuka semasa digoreng.
Gorengkan hingga perang keemasan. 
Angkat dan ketepikan sekejab supaya boleh buat cili sira plak.

Tumis bwg merah & bwg putih, kemudian masukkan cili giling, goreng hingga naik bau dan masukkan gula mengikut sesedap rasa, biasa nye cili sira ni mmg akn rasa sedikit manis. 
Sebelum tutup api perasakan dgn garam & secukup rasa Maggi. Tutup api dan gaulkan la popia tadi dlm kuali cili sira td. Setelah rata boleh lah dihidangkan.

Kalo mkn cepat mmg rasa lagi kerangupan popia kite tadi. Tapi kalo mkn lambat sedikit lemau la popia tu. 
Tapi rasa mmg walllaaaaa, sesuaiiiiii dgn tekak mak!!!!!!

SELAMAT MENCOBA

Monday, June 10, 2013

Popia Mini Sira Pedas Comel





Ini adalah hasil pencarian aku di gugel.

Ini jugak lah hasil inspirasi popia sugutum aku hari tu.

Belek2 mcm senang je nak buat.

So terhasil lah popia mini sira pedas yang comei lote he3

Jom semak bahan dan cara menyediakan nye...

Bahan2
1 peket kulit popia yg kecik (segi 4 sama yg kecil), bancuhan tepung gandum sebagai pelekat kulit popia, minyak masak utk menggoreng, 2 senduk cili giling, 1/2 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 4 SB gula putih, 2 ST gula perang, sedikit garam & secubit rasa Maggi.

Cara2
Gulung popia sehingga abis dan gunting menyerong. 
Pastikan gulungan tidak terlalu ketat. 
Goreng dgn minyak penuh sehingga keperangan dan toskan & sejukkan.
Tumis cili giling & bawang. 
Setelah garing masukkan gula pasir & gula perang. 
Setelah color menjd merah kehitaman baru perasakan dgn garam & secubit rasa maggi.
Padam api dan gaulkan rata dgn popia yg telah sejuk tadi.
Siappppppppp..... mkn sambil tgk tv tersgt la heaven hek hek....

SELAMAT MENCOBA 

Wednesday, June 5, 2013

Popia Sugutum Rangup



sebelum digoreng. 
Aku mls gunting, just nice je dlm mulut. 
Itu pn kalo mulut besor la hik hik

selepas siap digoreng dan disira dgn Sugutum


Popia Sugutum resepi dari MIL yg belajar kat dewan kampung.

Sugutum tu aku yg beri nama hasil gabungan  susu, gula & nestum.

Memang dah lama nak buat bende ni tp malas jer memanjang.

Alang2 dah dpt resepi yg sebetul nye aku pn try la kan...

Lagi pon cuti sekolah ni sume makanan laku dlm umh aku ni hehehehe

Dah mcm kedai runcit FIL aku cakap hehehe...

Jom tengok resepi yg simple dan sedap.

Buat tuk biskut raya pon sesuai ko....

Tapi aku x jual ok. 

Makan anak beranak jer memang mengasyik kan. 


Bahan2
Seplastik kulit popia yg saiz kecik tu,potong 4 bahagian je, 1/2 cawan gula pasir, 1/4 cawan susu Fernleaf dan 1/4 cawan nestum pe2 brand.

Cara2
Gulung la popia tu sampai habis yer kengkawan. Letakkan bancuhan tepung gandum kat hujung popia tu supaya tak terbukak bile digoreng. Dah abis gulung popia, goreng dlm minyak yg banyak sehingga keperangan dan ketepikan.

Blend gula pasir bersama nestum dan susu tepung. Masukkan popia dan bahan2 diblend tadi dlm bekas bertutup then goyang la bekas tu supaya rata kena semua popia tu.

Tadaaaaaa siap dimakan beramai-ramai dan sgt la sedap. Kraaappp Krukkkk....

SELAMAT MENCOBA









Tuesday, May 21, 2013

Tofu Sos Tiram




Aku mmg dah lama tak makan tofu ni. Selalu lelak dlm sup jer.

Sekali kwn lama aku ajor style Cina plak. Sempoi & sedap

Bahan-bahan :

Seketul tofu yg bentuk silinder tu dipotong nipis, celup telur & goreng hingga garing sedikit, sedikit carrot dipotong menanjang, 5 ketul cendawan butang yg dihiris nipis, 1 inci halia potong memanjang, 2 biji bwg putih potong memanjang, 4 biji cili padi dicincang, sedikit daub bawang, 2 SB sos tiram, sedikit gula & secubit rasa Maggi. 

Cara-cara:

Tumis bwg & halia sekejab, masukkan carrot & candawan. Kemudian baru masukkan sos tiram & sedikit air. Masukkan tofu yg siap digoreng bersama gula & secubit rasa Maggi. Sebelum tutup api baru masukkan daun bawang dan cili padi (so x rase pedas sgt).

Makan dgn nasi panas atau ratah mcm tu jer pon marbelessssss.

SELAMAT MENCOBA


Thursday, February 28, 2013

Puding Roti Butterscotch dgn Sos Kastard


Dah 2 kali aku try buat puding ni. 

Tu pon sbb dua2 kali roti tu expired sehari kui3

Memang tak bape laku roti ni dlm umh aku ni skrg ni.....

Jom layanzzz resepi mudah puding roti ni.

Bahan2 :
6 keping roti butterscotch, 1 tin susu cair, 3 biji telor, 5 SB gula pasir, sedikit esen vanilla dan sedikit butter.

Cara2 :
Pukul telor bersama gula dan esen vanilla sehingga gula hancur. Kemudian tapiskan.
Potong roti tu menyerong dan sapukan kedua2 belah dgn butter. 
Kemudian susun rapat2 dalam loyang, aku tak pakai loyang pon. Pakai bekas plastik yg segi empat sama tu.
Tuang adunan tadi dlm bekas yg disusun roti td sampai habis. Kukus selama 30 minit.
Sejukkan sebelum dihidang dgn sos kastard.


Sos Kastard

Bahan2 :
100ml susu cair + susu rendah lemak (ape2 susu pon boleh), 1 SB tepung kastard. 1SB gula pasir dan sedikit esen vanilla.

Cara2 :
Kacau semua bahan dalam mangkuk dan pastikan tidak berketul. 
Lg elok tapiskan sebelum curah dlm kuali.
Kemudian masakkan dalam kuali dan dgn api yg perlahan sampai pekat.
Pastikn sentiasa dikacau. 
Siap.... 
Tp kalo nak lg uummmmppphhh sejukan dulu puding dan hidang kan bersama sos kastard.


Tuesday, February 12, 2013

Spaghetti Aglio Olio Cili Padi




Resepi ni, kali ke 2 aku buat. 

1st time aku buat masa tgh mlm he3 (just try & error).

Memang sedap dan menyelerakan masa panas2.

Bahan2 :
secekak spaghetti (direbus dan ditoskn), 5 ekor udang besar, 4 biji cendawan butang putih (hiris nipis), 1/2 bj dr 1 bj bawang Holland (didadu), 2 biji cili padi (potong kasar), 2 SB olive oil, sedikit butter, sedikit secukup rasa Maggi dan sedikit daun parsley dlm botol.

Cara2 :
Tumiskan bawang Holland dgn butter dan olice oil. Setelah layu sedikit br masukkan cendawan butang dan udang. Kemudian masukkan spaghetti dan cili padi (x nak bg rasa pedas sgt sbb tu msk last sekali). Gaul rata. Perasakan dgn secukup rasa maggi dan taburkan daun parsley. Kalo x cukup masin boleh ditambah garam sedikit.
Hidang kan panas2, memang walllaaaahhhhhh.......




SELAMAT MENCOBA

Monday, February 4, 2013

Spagetti Meat Ball Version Melayu



Ni aku cipta sendiri lepas aku kaji resepi-resepi org lain.

Ikut citerasa tekak sendiri kan... 

Sendiri makan sendiri cipta kan

Bahan-bahan :
Secekak spaghetti (rebus dan toskan), sebatang park choi, 10 biji meat ball brand Marina, sedikit daging cincang (buat rencah byk pon x pe), 1 sudu cili boh, 1/2 biji bawang Holland (didadu), sedikit sos tomato dan cili, gula, garam dan secukup rasa Maggi serta minyak utk menumis (umah aku mmg pakai minyak matahari).

Cara-cara :
Tumis cili boh hingga wangi dan masukkan bawang. Setelah bwg layu mskkan pula daging kisar. Masukkan sedikit air agar daging empuk. Setelah itu mskkan meat ball, sos-sos dan sayur park choi td. Setelah diperasakan bolehlan dimasukkan spaghetti dan gaulkan sekejab dlm kuali sblm tutup api dan pastikan kuah td kering (kalo byk kuah tak sedap sgt).  
Hidangkan panas waktu petang, mmg wallahhhh......


SELAMAT MENCOBA
 
 

Thursday, January 31, 2013

Bawal Masak Tauchu Masam



Ini pon resepi  olahan sendiri...

Memang family aku ni suke makan ape2 pon mesti nak masam-masam skit.

So dapat la resepi Tauchu Masam.

Bahan2 :
2 keping ikan bawal cermin yg besar (digaram kunyit dan digoreng), 1 SB tauchu cap Jalen (tumbuk halus), 3 ulas bwg kecik (ditumbuk), 1 ulas bwg putih (ditumbuk), sedikit halia (ditumbuk), 3 biji cili Thai hijau (ditumbuk), sedikit kacang panjang (tp masa ni aku ade kcg buncis jer so letak je la), 1 bj bwg Holland hiris bulat, air asam jawa, minyak, gula, garam dan secubit rasa

Cara2 :
Tumis semua bahan yg ditumbuk halus sehingga wangi,  kemudian masukkan air asam jawa, ikan dan kacang panjang. Setelah mendidih bolehlah masukkan bawang Holland dan perasakan dgn garam, gula dan secubit rasa Maggi (tauchu sudah masin so jgn byk sgt letak garam). Siap sudah.....
Aku akn lebihkn rasa masam br semua gumbira nak tambah sup (anak2 aku panggil semua kuah tu 'sup')
Kalau suka kuah byk boleh la letak air lebih skit.

SELAMAT MENCOBA

Saturday, January 26, 2013

Kari Tulang Besttt ooooo.....



Ni pon salah satu menu 1st time aku try dlm 34 thn hidup kat muke bumi ni.

Google 2/3 kari tulang kat blog org, then mix & match skit, dpt la resepi ni.

Bahan2 :
1/2 kg Tulang yg telah direbus sehingga lembut bersama air rebusan, 2 sudu besar rempah kari Daging Baba's, sedikit kayu manis & bunga lawang (aku x suka sgt bau rempah ratus yg kuat), sedikit hirisan bwg besar merah, bwg putih dan halia, sebahagian lagi ditumbuk halus.
3 biji kentang (potong 4), 2 senduk santan kotak M&S, air asam jawa, 1 urat daun kari, sedikit gula, garam dan secubit rasa Maggi dan minyak untuk menumis.

Cara2 : 
Gaulkan rempah kari dan bahan ditumbuk, cili boh dan air asam jawa. Ketepikan.
Kemudian tumiskan rempah bersama bahan hirisan sehingga layu. Masukkan campuran kari dll tadi. Tumis lagi sehingga harum. Masukkan tulang besama air rebusan. Biarkan mendidih.
Kemudian baru masukkan daun kari, santan dan kentang. Perasakan dengan gula, garam dan secubit rasa. Setelah kentang dan daging empuk boleh dihidangkan.
Makan dgn nasi panas dan sambal belancan peeerrrrrrhhhh!!!!
Lagi lama kari ni lagi uummmppphhhh rase nye.


SELAMAT MENCOBA




Tuesday, January 15, 2013

Cendawan Goreng Rangup



Sebenor nye niat di hati nak goggle resepi ayam kampung goreng yg sedap-sedap dalam blog masakan.

Sekali ternampak resepi Cendawan Goreng plak.....

Itu yg menbuat ke situ plak tu. Dah lame aku tak makan cendawan goreng tu. 

Since dah duk Shah Alam ni mane aku pernah pegi pasar malam kan... sob... sob... sob...

Tersangat la teringin nak merasa cendawan goreng tu.

Oleh kerana mmg nak buat ayam goreng tepung rangup. So aku sekali jalan dgn cendawan sekali.

Just guna tepung ni jer. Senang koje den...

Tapi cendawan tu aku pastikan betoi-betoi kering. 

Lap la dgn tisu dapur satu persatu sebelum digoreng ok.

Jom tgk bahan dan cara membuat nya.


Bahan-bahan :
2 bungkus cendawan tiram (yg beli kat pasar tu, dlm 6 @ 7 keping jer dlm tu), 1 1/2 cawan tepung goreng Ayam Adabi, 1 biji telor saiz A (yg dipukul kembang dan ditambah sedikit garam dan serbuk lada sulah) dan minyak untuk mengoreng (pastikan cendawan tu tenggelam semua dlm minyak).

Cara-cara :
Setelah cendawan tu betoi-betoi kering, celupkan dalam telur dolu dan kemudian golek-golek kan dalam tepung goreng ayam Adabi tu. Kemudian baru la terjunkan dalam minyak yg betoi-betoi panas.
Goreng sehingga masak. Gunakan tisu dapur lagi untuk menyerap minyak.
Makan panas-panas dgn sos memang sedap. Tapi kami tadi makan dengan nasi jer.

SELAMAT MENCOBA

Sunday, January 6, 2013

Puding Roti Kukus Hijou


Memula aku tgk gambor makanan ni terus aku terminat he3... (boleh lak cegitu)

Tgk mmg Eddin & Rereen leh layan puding roti ni, so aku pon try la....

Resepi asal pakai daun pandan pure tuk buat pati campuran ditambah dgn color hijou skit. 

Tapi aku x bubuh pon, mane nak carik daun pandan Cik Yahhhh oiiii...... 

Jom menry buat puding hijou nih....

Bahan2 utk satu bekas/mangkuk sederhana :
6 keping roti Butterscotch, aku potong serong coz bekas aku kecik jer tp kalo bekas besar tak potong pon takpe, 1/2 cawan santan kotak M&S, 1/2 cawan air masak, 1 biji telor saiz A, 1/2 cawan gula pasir, 1/2 sudu teh esen vanilla, sedikit color hijou dan secubit garam.

Cara2 :
Masukkan telor, gula, santan, air dan garam dalam mangkuk besar dan kacau sebati. 
Pastikan gula hancur, aku pakai gula yg halus skit tu, so kejab jer kacau nye.
Masukkan pula esen vanilla dan warna hijou. Kacau rata lagi.
Proses mencelup roti pon bermula. Celup roti dlm campuran tadi sehingga betoi2 serap dlm roti tu dan susun dalam bekas. 
Buat sampai habis roti dan balance campuran tu boleh la dituang dalam bekas tu. 
Lagi elok kalo korang tekan2 skit roti tu supaya padat skit kedudukan nyer.
Boleh la dikukus selama 25-30 minit.
Sejukkan dalam esbok dan ajak la anak-anak makan, en 'Boss' tak 'in' sgt puding2 nih.

SELAMAT MENCOBA

Thursday, December 27, 2012

Puding Karamel Roti Butterscoth



Tetiba lak aku nak buat puding karamel ni.

Dolu masa lepas kawen aku pernh try, sekali nyer gula hangus dia jd PAHIT nak mampussss.....

Cehhhhh fail betoi, dah la buat kat umh MIL. 

Malu siottttt...  mcm menantu yg x pandai buat ape2 jer hu3

Tu yg aku malas jer nak buat lagik w/pon percobaan pertama tu dah dekat 10 tahun berlalu ha3

Kali ni percubaan itu telah berjaya, weeeehoooooo......

Bahan2 utk satu bekas/mangkuk sederhana :
2 sudu besar gula dihanguskan dan biarkan sejuk, nak best skit sebelum tutup api tu terjunkan skit butter, 3 keping roti butterscotch (roti lain pon boleh, dah dlm umh aku ade roti tu jer masa ni), 2 biji telor saiz B, suku tin susu pekat, 1 cawan air suam, 1 sudu teh esen vanilla.

Cara2:
Carik2 kan roti dan blender bersama, telor, susu pekat, air suam dan esen vanilla. 
Blender dua kali jer coz tak nak kembang sgt. Pastu tuangkan dlm acuan yg telah diterjunkan gula hangus yg dah sejuk tadi.
Kukus selama 20-30 minit (lg elok cover penutup pengukus tu supaya air x jatuh dlm puding tu).
Dah masak elok disejukkan dalam esbok sebelum dimakan. 
Makan rebut-rebut dgn anak lg best hik3....

SELAMAT MENCOBA


Monday, December 24, 2012

Sambal Jering Tempoyak


Salam petang semua..... 

Korang makan ape ptg ni??? Mendung-mendung ni mmg lapor je perut kan.....

Kami br lepas kenyang mkn maggi goreng SEDAPPP td. 

Tp fail skit la... coz adik bongsu aku goreng lagi mabeles (dia lelaki ok).

Jom kite semak menu org kampung aku hari tu.

Memang dah lame sgt tak makan makanan traditional nih. 

Sambal jering ni, 1st time dlm hidup aku buat. 

Sebelum ni aku mkn yg mak & arwah Wan aku masak jer.

Aritu balik kg en 'Boss', so MIL pon ade jiran yg bagi jering cambah ni.  
Aku paw la 5 keping jer. Ingat kan en 'Boss' tak makan. 

Sekali sama laju jer dgn aku he3.... 

Kire berjaya la percobaan pertama aku ni yeaaayyyyyyy!!!!!

Korang tau ker ape maksud jering cambah tu???? 

Meh aku explain kan.....

Jering tua yang diambik dr pokok, dibuang kulit keras color hitam tu, dan ditanam dalam tanah beberapa hari sehingga dia bercambah sedikit. Kemudian baru dikorek keluar dan baru boleh dibagi nama jering cambah.

Dolu2 Wan aku ckp kite x leh masak jering ni terus kalo ambik dr pokok dia. Leh buat ulam jer, itu pon x leh kena kat nasi panas kalo mkn ulam jering ni. 

Kenapa & mengapa aku x sempat lak bertanye lanjut dgn Wan aku, coz aku x mkn ulam jering ni, tp kalo masak buat sambal mmg peberet.

Mari lah kite berjemaah belajo buat sambal tradisi ni. 

Tp kali ni bau jering tu memang x semerbak sgt. Ala-ala jer, so mkn pon sgt la heaven :)

Bahan2:
5 keping jering cambah (dicuci bersih dan hiris nipis), segengam ikan bilis, 1 sudu besar tempoyak baru yg still manis, 2 sudu besar cili Boh, 1 biji bawang merah saiz sederhana (hiris bulat), minyak, sedikit garam, gula dan secubit rasa Maggi.

Cara2:
Gorengkan jering dan ikan bilis separuh masak. Sambil tu bancuh tempoyak dengan cili boh dlm mangkuk perasakan sekali dgn garam, gula dan secubit rasa. Kalo pekat sgt boleh tambah sikit air.

Dengan minyak gorengan tadi terjunkan bancuhan tempoyak tadi dlm kuali. 
Masakkan sehingga wangi. Kemudian baru dimasukkan jering, ikan bilis dan bawang. 
Setelah semua sebati dan dah elok rasanye bolehlah dihidangkan. 

Sambal ni boleh disimpan 2/3 hari dgn syarat selalu panaskan. 
Kalo makan dgn nasi panas, perrrhhhhhhhhh, lauk lain mmg tak pandang dah. 

Korang try la kalo tak caya!!!!!

SELAMAT MENCOBA












Thursday, December 13, 2012

Macaroni Bakar Ala Lola



1st time aku buat, macam nak makan 10 org jer ha3

Ni sume projek masa aku balik Pahang mggu lepas. 

Sedapp weeeiiiii..... w/pon aku tak buat sos putih tu 
(tu yg bile potong macaroni dia berlari2 he3 tak lekat mcm org lain punya)

Jom tgk bahan2 dan cara buat eekkkkk...

Bahan-bahan :
300g macaroni (rebus hingga lembut dan toskan ), 2 keping daging kisar Ramly (packaging baru, dolu dlm tiub, korang cari arrr), 1 1/2 susu segar dlm kotak (ape2 brand jer), 4 biji telor gred B, 1 biji bawang Holland (didadu), 1 botol kecik Sos Prego Traditional, 6 keping Cheesdale,  sedikit mentega, garam dan gula.

Cara-cara : 
Panaskan mentega dan tumis bawang sehingga layu, kemudian masukkan daging. 
Setelah air daging kering baru masukkan Sos Prego. Masakkan seketika baru dimasukkan susu dan macaroni yg dah direbus tadi. 
Sebelum tutup api masukkan pulak telor yg telah dipukul. Gaul sekejab dan bolehlah di masukkan ke dlm loyang yg telah disapu dengan mentega.
Setelah semua dalam loyang baru diletakkan cheesdale atas sekali, biar semua permukaan tertutup. 
Kemudian bakar dalam oven selama 45 minit.
Makan panas2, cicah cili sos sambil tgk cite Korea lg heaven :)

SELAMAT MENCOBA

Sunday, December 2, 2012

Air Asam Mak Imah





Resepi ni aku belajo dari MIL aku kat Slim River nunnnn....

Senang jer tapi ade beza skit dr air asam biasa. 

Jom semak bahan dan cara membuatnya.

Bahan2:
1 bj tomato besar (hiris nipis), 1 inci belacan, 2 sudu besar sos tiram, 4 bj cili merah Thai, 1/2 labu bawang merah besar(hiris nipis2), 1/2 sudu paste asam jawa, sedikit garam dan gula.

Cara2:
Campur semua bahan2 tadi, ramas sedikit agar belacan hancur bersama bahan lain. 
Siap dan boleh lah makan bersama ikan bakar tapi makan dgn nasi jer pon best jugak.

SELAMAT MENCOBA






Thursday, November 22, 2012

Apam Kukus Gula Hangus Mak Imah

 1st time aku kukus selepas 3 jam disejukkan dlm freezer
buruk skit part ats tu, coz tepung dia aku tak tapis he3

 
 2nd time kukus selepas 3 hr dlm freezer 
gebus kan yg ni 
aku siap letak kismis dlm dia


Ni adalah resepi dr MIL aku. Tapi dia pon belajar dari kawan dia.

Tapi byk lak brand brg2 yg dia cakap hanya terdapat kat tempat dia jer, Slim River.

So aku derhaka kan resepi dia skit ha3. 

Try la dolu kan, mane tau jadi ker tidak!!!

Bahan A (Gula Hangus) :

1 cawan gula kasar, dihanguskan dgn api perlahan, bile dah melekat dan perang baru dikacau sedikit dan dimasukkan 1 cawan air paip.
1 cawan majerin (umh aku tak pakai majerin so aku pakai butter) yg di masukkan selepas gula mencair bersama air paip td. Kacau sampai sume majerin/butter cair dlm air gula itu. 
Ketepikan dan sejukan (suam-suam x tak boleh ok)

Bahan B :

Telor gred B 3 biji, gula pasir 1 1/2 cawan, susu cair satu tin, 3 cawan tepung gandum (seelok nye diayak bersama soda bikarbonat tp aku mls sbb tu x cantik sgt mula2 tu) dan 1 sudu besar soda bikarbonat.

** wajib guna susu cair F&N yg tin biru dan soda bikarbonat cap Kucing.
(MIL aku nye arahan, tp aku saja jer guna soda bikarbobat cap lain mane nak carik cap kucing kat Shah Alam ni mak oiiiii he3)

Cara2 :

Pukul telor bersama gula sehingga kembang, umh aku takde mixer so aku bantai dlm blender jer he3 janji kembang!!! 
Masukkan air gula hangus yg disejukkan tadi tu. Pukul lg (masa ni blender aku dah tak muat so aku pukul dlm besen jer, manual hokeyyy).
Kemudian masukkan susu cair, tepung dan soda bikarbonat. 
Pukul lg tapi jgn lebih pukul okey (MIL aku ckp kalo pakai mixer just 3 round jer). 
Tapi aku pukul pakai tgn jer.

Setelah semua sebati sejukkan adunan dalam freezer. Paling sekejab 3 jam. 
Kemudian br la dikukus selama 15 minit, kalo tak yakin boleh cucuk tgh acuan tu, kalo melekat belom msk lg. 
Sudah masak apam ni terus dikeluarkn dr acuan sementara panas2, mmg tak melekat pon cuma pns skit la....

1st time aku kukus tak cantek sgt menjadi apam ni tp kali kedua setelah 2 hr dlm freezer mmg gebus2 gitu, so aku mskkan kismis sebijik dlm acuan tu. Sedap plak rase nyer.

Menurut MIL acuan ni tahan 2 mggu dlm freezer kalo nak mkn just kukus jer, senang dan sedap.

SELAMAT MENCOBA










Tuesday, November 20, 2012

Ikan Bawal Sambal Goreng



Ni la resepi ciptaan aku sendiri hik3

Yang penting sangat simple dan cepat disediakan.

Jom semak bahan dan cara memasak nya.

Bahan2:
1 ekor ikan bawal cermin yg sederhana besar (cuci bersih dan digaram kunyit), 2 inci belacan, 3 biji cili merah (hiris kasar), 10 biji cili padi, 1 biji bawang merah besar (dihirs), 2 ulas bawang putih (x payah hiris), sedikit perahan limau kasturi, garam, gula dan minyak masak.

Cara2:
Goreng ikan bawal sehingga masak dan ketepikan. 
Panaskan minyak dan tumis semua bahan tadi (kecuali perahan limau) sehingga layu. 
Setelah itu angkat dan tumbukkan dlm lesung batu (dlm blender x menjadi hokeyyy coz nak semua bahan2 tu kasar2 jer). 
Setelah semua sudah hancur sedikit, keluarkan dr lesung batu dan tumis sekali lagi dlm lebihan minyak menumis tadi.
Kacau rata dan perasakan dgn limau, garam dan gula. 
Kemudian sebelum tutup api terjunkan ikan bawal tadi dan berenang-renangkan dlm sambal tu seketika.
Siaaaapppppppppppppppp dan boleh dimakan dgn nasi panas-panas.