tq my follower

Thursday, November 3, 2016

Ke mana kite nih??? Bercuti ke Hong Kong Jommmmm (part 3)

Assalamualaikum...

Sambungan cerita hari ke 4 kami di Hong Kong.


Isnin 03/10/2016


HOLIDAY INN GOLDEN MILE, TST - DISNEYLAND - TST (memang cadang spend sehari pergi sini jer)

Pagi yang ceria dan cerah.

Kami bertolak dalam pukul 8 pagi ke Disneyland.

Dari TST kami ambil train ke Central.

Di Central kami tukar train line kuning menghala ke Tung Chung.

Stop di Sunny Bay dan ambil pula train ke Disneyland Resort.

Nampak macam complicated kan????



Tapi tidak!!!

Senang je kalau korang pandai baca map train dia, mudah jer berbanding map Metro di Europe.


Alo-alo.... termasuk pulak awek comel China dalam gambar ni.

Train dari Sunny Bay ni memang cute dan dah feel Disneyland sangat.


Pemengang dia pon comel.

Perjalanan dalam 45 minit. 

So kami kena tunggu hingga Disneyland buka main gate dia pukul 10am baru dapat masuk dalam.

Makanan tidak dibenarkan masuk yer, bag siap kena cek semua.

Monopod pon tidak dibenarkan guna dalam Disneyland tu.

Tapi kalau bawa sahaja takda masalah.







Sementara tunggu main gate dia buka kami meround la area luar tu.






Eddin!!!! Kepala tu tersama pula dengan whale tu kan????

Orang makin lama makin ramai.

Memamg sengaja aku buat itinerary ke Disneyland tu hari Isnin sebab nak avoid weekend takut orang terlampau ramai.

Tapi dah nama taman tema kan, Krismas pon ramai orang!!!

10.00am baru gate dibuka, kami tunggu orang reda sedikit baru Q untuk masuk.

Rereen decide nak masuk ke Tomorrow land dulu, dalam tu ada 5 land.


So kena decide nak pergi yang mana dulu sebelum tau apa aktiviti yang akan dibuat.
















Kebanyakan indoor aktiviti macam menonton program dalam teater bermula jam 11am.

So meround la kami sekeliling tu, nak menaiki segala mak nenek mainan tu Q dah panjang giler.





Dalam ramai-ramai orang tu sempat juga beratur untuk naik cawan yang berpusing-pusing nih.








Selepas tu en 'Boss' ajak mencari makanan dulu sebelum orang lagi ramai kat tempat makan.

Disneyland ni tempat makan halal memang ada, cuma rasanya memang tahap-tahap boleh telan je la..

Tak makan nanti lapar, belasah je laaa....

Kami makan di Tahitian Terrace area Adventure Land.

Ambil 3 main course tapi tak habis pon janji isi perut kan...

Lepas tu merayap la kami ke tempat yang dah diaimed oleh Rereen dan Eddin sepanjang perjalan nak ke Tahitian Terrace tu. 













Ni jer animasi yang sempat kami bergambar itu pon beratur tak ramai sangat.


Di Depan  Mistic Land









Rereen & Eddin nak sangat naik parachute ni, so gigih kami beratur dalam 45 minit.

Tapi tak boleh nak snap pictures bila naik mende alah ni.

Semua segala bag dan barang kite kena diletakkan atas rak di tengah- tengah permainan tu.

Gambar orang je la kami buat sample hehehehe...

Seram jugak naik mende nih, siap jerit-jerit kami bertiga but have so much fun kat atas tu.

En 'Boss' dah surrender masa ni.

So dia balik ke TST seorang.

So kami enjoy je 3 beranak main-main dalam Disneyland tu weeeehooooooo!!!!!! 

Kembali ke Tommorow Land unutk mencuba mainan yang agak best dan selamat di situ.


Kami naik ni juga....



Seronok la korang kan sebab mommy layan korang beratur 1 permainan hampir sejam tunggu turn fuuhhhhh.....

Demi korang berdua anak, apa pon mommy redah jer!!!!


Hari semakin petang energy masing-masing dah low menjelajah Disneyland dari pagi.

Tapi slow-slow kami gagah juga melihat semua ceruk tempat yang ada dalamDisneyland tu.

Next time maybe anak-anak aku akan bawa anak diaorang pula ke sini, bukan dah mommy & papa okey.

























Akhirnya kami decide nak gerak ke TST sebelum parade bermula 4.30pm.

Nak ambil gambar dengan minniey dan mickey mouse pon tak sempat sebab diaorang sibuk untuk parade tu.

Dengan jayanya kami bertiga selamat sampai ke TST dengan MTR tanpa en 'Boss' semua aku dan Rereen yang melilau mencari arah dan train yang betul untuk balik dari Sunny Bay ke TST.

Well done Rereen!!!!

Sampai hotel sekali en 'Boss' tengah membuta hahahaha

Ingat pergi shopping sorang-sorang di Harbour City.

Lepas berehat mandi dan solat kami turun untuk makan malam di tempat kesukaan kami di Asley Road.

Then bershopping semula di Harbour City sebab aku nya bahagian belum habis terlaksana.

Settled dapat membeli belah dengan aman sebab budak-budak en 'Boss' ambil bawa berjalan tengok Harbour.

Sebelum kami balik ke hotel kami singgah dulu ke Victoria Harbour untuk tengok permandangan Hong Kong di waktu malam.

Esok kami dah bersiap-siap untuk balik Malaysia.

Bye Hong Kong see U next time!!!!!!

Macam hebat kan, pada hal masing-masing dah sakit kaki tu hehehehe termasuk la aku hahahaha

Jom balik hotel anak-anak mommy nak rehatkan kaki daaaaa.....

Selasa 04/10/2016


HOLIDAY INN GOLDEN MILE, TST - HKIA - KLIA2


Hari ke 5 untuk pulang ke Malaysia wuuuhuuuu....

Tix kami jam 9.00pm tapi kami akan gerak ke airport awal dalam 3pm @ 4pm.

Selesai check out simpan luggage kejab then pergi makan di tempat kesukaan kami then anak-anak requested nak sorang satu sport shoes.

Laaaaaaa tak nak kalah dengan papanya hahahahaha!!!!

Aku gelakkan aje anak beranak tu.

Lucky area TST tu ada satu tempat yang penuh dengan sport attire.

So kami pusing situ jer then dapat la sorang satu sport shoes yang diidamkan.

Settle beli kasut kami terus gerak ke airport dengan teksi lejen color merah tu.

Tapi kali ni tambang double dari kami sampai hari tu.

Mungkin sebab hotel yang arrange kan kot... entah laaa.

Bye bye Holiday Inn Golden Mile, Hong Kong.


Dinner awal di HKIA di Popeyes Chicken & Biscuits, sure HALAL ok!!!!


 Besar betul HKIA nih.

Tengok la budak berdua yang bergaya dengan sport shoes baru tu hehehehe


Budak ni happy jer nak fly balik Malaysia.


Tapi si Rereen sangat mendebarkan aku dan en 'Boss' sebab dia dah start batuk-batuk macam asma menyerang.

Inhaler spray aku dah letak dalam luggage, dub dub dab juga aku masa dalam flight tu.

Kami delay dalam 9.30pm.

Sepanjang dalam perjalanan aku tak berapa nak tidur sebab risau ke Rereen.

Alhamdulillah sampai KLIA2 Rereen ok jer.

Cuma kadang-kadang batuk tu ada sikit.

Settle semua dalam 1.30am kami terus gerak balik ke Shah Alam dengan teksi.

2.30am kami dah selamat berlayar tidur di katil masing-masing.

Tamat sudah percutian pendek kami ke Hong Kong.


No comments:

Post a Comment