tq my follower wink*wink*wink*

Tuesday, November 20, 2012

Ikan Bawal Sambal Goreng



Ni la resepi ciptaan aku sendiri hik3

Yang penting sangat simple dan cepat disediakan.

Jom semak bahan dan cara memasak nya.

Bahan2:
1 ekor ikan bawal cermin yg sederhana besar (cuci bersih dan digaram kunyit), 2 inci belacan, 3 biji cili merah (hiris kasar), 10 biji cili padi, 1 biji bawang merah besar (dihirs), 2 ulas bawang putih (x payah hiris), sedikit perahan limau kasturi, garam, gula dan minyak masak.

Cara2:
Goreng ikan bawal sehingga masak dan ketepikan. 
Panaskan minyak dan tumis semua bahan tadi (kecuali perahan limau) sehingga layu. 
Setelah itu angkat dan tumbukkan dlm lesung batu (dlm blender x menjadi hokeyyy coz nak semua bahan2 tu kasar2 jer). 
Setelah semua sudah hancur sedikit, keluarkan dr lesung batu dan tumis sekali lagi dlm lebihan minyak menumis tadi.
Kacau rata dan perasakan dgn limau, garam dan gula. 
Kemudian sebelum tutup api terjunkan ikan bawal tadi dan berenang-renangkan dlm sambal tu seketika.
Siaaaapppppppppppppppp dan boleh dimakan dgn nasi panas-panas.





No comments:

Post a Comment