tq my follower

Sunday, March 20, 2016

Trip Hari Pertama ke Frankfurt, Germany Musim Sejuk March 2016

Assalamualaikum....

Weng weng weng weng 
(sila buat bunyi vakum sebab banyak sangat sawang & spider web) hikhikhik

Banyak mende aku nak sharing dekat sini tapi masa memang mencemburui sangat..... 

Tapi sakit M pon yer juga hehehehe

Trip ke Korea hujung Januari 2016 pon aku belom share huhuhu

Tapi aku dahulukan cuti paling latest aku ni haaaaa

Ke Eropah kite....

German, Belgium dan Netherlands

Baru 3 malam aku jejak tanah Malaysia cheeewah mcm pergi 8 tahun hahahaha

Padahal 8 hari jek pon... uweekkkkk

Mari kite mulekan cerita yang agak mencabar ini.

Jommmm.....

Percutian kali adalah macam percutian yg dulu-dulu...

Masa diberi en 'Boss' hanyalah lebih kurang 2 minggu sahaja (tidak confirm yer sebab belum beli tiket flight!!!) 

Macam nak gile aku study pasal Europe + buat itinerary.

Tapi yang paling membakar semangat kami nak ke sana adalah buku En Khairul Abdullah ni.


Korang try la baca, sure membuak-buak perasaan nak ke Eropah!!!!!

Siap masuk mimpi segala bagai pasal trip nih hahahahaha tak boleh blah betoi!!!!

Pada hal belum tentu en 'Boss' nak bawa aku pergi sanun huhuhu

Seminggu setengah nak pergi baru en 'Boss' buka offer dan confirmkan tiket pergi dan balik .

KUL - FRA (08/03/2016)
FRA - KUL (16/03/2016

Kami booked tiket dari Diana, Mitra Travel & Tour.

Sangat friendly dan efficient hokey.

Siap beli travel insurance, 1st time nak berjalan jauh kan.....

Tq to my freind hakak Wawa sebab jadi orang tengah yang kenal kan dengan Diana dr Mitra Travel & Agency.

2nd time kami booked tru Mitra ni.

1st time masa kami ke Korea.

Rereen dan Eddin kami hantarkan ke kampung en 'Boss'.

Aku bulatkan je hati tinggal anak-anak di kampung.

Kalau tak bulat mau meraung aku tengok diaorang sebelum pergi tu.

Nak bawa sekali belum masa nye, sebab kami hanya backpackers berdua jer.

Hotel dan makan kami akan redah cari dari sana jer.

Semua on the spot.

Kami tidak booking awal.

Sebabnya kami memang nak rilek dan santai je berdua.

So macam-macam kemungkinan kan.....

Kami tekad hadap je apa-apa yang berlaku.

Nampak macam expert kan????

Nanti korang baca la kisah hari seterusnya, expert ke ke laut kah???? hahahaha

Cuma hotel hari pertama dan kedua je kami booked dari Malaysia tru booking.com

Rabu pukul 1.30pm baru kami dapat tukaran duit Euro dari Money Changer di Seksyen 3, Shah Alam.

Rate memang ngam, so pergi la serbu reramai kat situ ye, seru je nama aku hahahaha

Jam 3 ptg kami ambil Kemuncak Teksi untuk ke airport.

Mahal weiiii RM85 sekali perjalanan.. gulp...gulp...gulp telan air liur....

Perjalanan bermula

Pemandangan dari tingkap en 'Boss' 
aku duduk belah dalam

08/03/2016 jam 7.20pm bertolak la kami ke Frankfurt dengan Etihad Airline.

Airline pertama kali kami cuba.

Kuala Lumpur ke Abu Dhabi 7jam.

Abu Dhabi ke Frankfurt 7 jam + delay 1 jam setengah sebab ada penumpang tidak sihat.

Elok settle hal tu thunder storm plak kat Abu Dhabi.

Memang pishannnggg la dlm flight.

Tapi hati berkobar-kobar nak pergi negara orang kan.... so small the matter la bak kata orang kampung hikhikhik

Tapi menu dalam Etihad memang mabeles weiiiiiii

Tak caya tengok bawah ni.


Ni baru 1 kali perjalanan, next flight pon lamb juga......

Sengeh jer en 'Boss' makan lamb sehari semalam dalam flight.


Abu Dhabi Airport yang nampak mewah


Muke pishannggg sampai di Abu Dhabi, jangan tanya aku pukul berapa di Abu Dhabi masa ni huhuhu

Yang aku tahu waktu nye malam sebab gelap hahahaha

Melayan permandangan cantik rase macam tak ada apa-apa 14jam perjalanan x termasuk transit Abu Dhabi 3 jam + delay 1jam setengah

Waktu di Frankfurt masa kami sampai adalah 8.15am still pagi.

Guten Morgen Frankfurt

Urusan Imigresen berjalan agak slow, banyak juga soalan di tanya dalam 3 minit camtu. 

Tapi en'Boss' lama skit dalam 5 minit baru selesai.

Alhamdulillah selesai 1 perkara.

Nak menuju ke destinasi seterusnya pulak.

Dari Terminal 2 Flughafen Airport kami ambil shuttle bus (free) ke Terminal 1 untuk sampai ke stesen subway.

Turun bas dalam 5 minit berjalan sampai stesen subway.

Dengan segala daya usaha aku dan en 'Boss' yang blur-blur mencari tiket nak naik subway dari Flughafen Airport Frankfurt ke Frankfurt HBF (main train station).

Akhirnya berjaya!!!!! 
Dengan 3 kali stops sahaja.

Masa ni belum lagi abis study pasal route subway.

Just tengok sepintas lalu sahaja dari google maps dan tanya di kaunter pertanyaan area stesen subway di airpot tu jer.

Destinasi ke dua kami ke Intercity Hotel Frankfurt yang terletak berseblahan dengan Frankfurt  Hauptbahnhof @ short form nye HBF.

So kami hanya menapak sahaja ke hotel tu dalam 6 minit sampai.

Fuhhhhh..... senyum skit.

Tarik nafas panjang-panjang setelah sampai dekat kaunter reception di Intercity Hotel tu.

Masa kami check in hotel dalam pukul 11am.

 Bilik hanya available jam 2.00pm tapi kami bole datang 1.30pm kalo bilik ready, kami akan dapat bilik.

So kami storage luggage (free) di Intercity Hotel dan bergerak mencari kedai makanan halal di area situ.  

Dengan bantuan google maps dan sedikit research aku mencari Munchener Strabe dan Elbe Strabe.

Hanya menyeberang jalan dari Frankfurt HBF tu.

Akhirnya jumpa kedai kebab orang Turki. 

Nama kedai aku dah lupe, kalau tak silap Ahya Kebab House.

Tapi kami maintain makan nasi share berdua.

Portion makanan di area sana memang besar dan banyak.

Bagi kami berdua 1 pinggan sudah cukup.

Kalau rasa tak cukup kami akan order 1 sup sebab kedai Turki biasanya akan bagi free roti tempayan tu.

Tapi terkena den sebab dia bagi air mineral ade gas!!!!! 

X tertelan air tuh... sangkut di tekak erkkkkk!!!!

Siap lunch kami terus ke hotel.

Sempat singgah 1 kedai India untuk beli plug 2 pin.

Sekali masuk kedai tu di sambut Salam dari  seorang lelaki Burma yang pernah menetap di Kuala Lumpur 10 tahun.

Sempat la kami bercakap Melayu sekejab.

Mamat tu baik dan sangat membantu.

Tunjukkan kedai makanan halal area Frankfurt dan kalau apa-apa boleh refer dia di kedai tu.

Area hujung-hujung jalan tu banyak betul pub & bar untuk berfoya-foya dengan perempuan.

Macam-macam gambar ada kat luar kedai.

Sangat tidak sesuai bawa budak-budak walaupon kita just lalu je area jalan tu.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke hotel.

Memang bilik dah ready apa lagii terus ke bilik, mandi dan tidur sekejab.

Rehat la konon kan, padahal dalam flight jenuh dah tidur.

Tapi mata tu bila dapat baring terus nak tidur je, perubahan masa yang belum serasi.

Untuk pengetahuan semua, masa di Frankfurt adalah 7 jam lewat dari masa kita di Malaysia.

Sekiranya kami di Frankfurt jam 11am di Malaysia dah 6pm.

Dalam pukul 4 petang macam tu kami bersedia nak explore bandar Frankfurt.

Sini 6.30 ptg baru gelap.

So merayap la kami ke Frankfurt HBF tu mencari tiket dan pit stop ke destinasi yang ada dalam itinerary.

Masa ni goggle maps sangat-sangat membantu.

Masuk je google maps then masukkan stesen train yang kita tengah cari tiket tu (tempat dimana kita berada la tu).

Masukkan pula destinasi kita. 

Boleh pilih tru kereta, train atau pon berjalan kaki.

Semua keluar kat situ, siap no. train lagi, sangat membantu bagi kami yang buta tuli pasal subway di situ.

Tapi sistem tiket di subway di German ni sangat mudah, beli tiket tru mesin atau kaunter tapi jarang sangat ada kaunter. 

Di stesen area airport je aku jumpa...

Tak payah touch apa-apa, tak payah lalu palang besi bagai, simpan je dalam poket korang.

Tak ada orang yang cek pon korang beli tiket ke tak... mudah kan..

Tiket pulak ade macam-macam jenis.

Macam aku dan en 'Boss' beli tiket sehala jer.

Nak balik beli lagi tiket.

Kalau korang memang berjalan dari pagi sampai malam banyak naik turun train di zone yang sama, yang perjalanan tak lebih 30 minit memang lagi jimat ambil tiket full untuk sehari.

Harga aku tak pasti tapi beli sekali jer tak payah risau lain kali nak naik lagi sebab valid 1 hari  1 malam.

Antara tip beli tiket subway di Frankfurt town.

Balik ke cerita aku tadi.

Kami menuju ke tempat shopping dulu sebab en 'Boss' hanya berjaket nipis sahaja ke German.

Dia ingat suhu 5/6 tu tak sesejuk masa di Korea!!!!

Dengan long john x bawak.

Aku biarkan ajer...

Sampai krem kaki & jari tangan en 'Boss'

Terpaksa la shopping menjadi agenda utama.

Kami ke area Ziel.

Satu kawasan yang ada berbagai tempat untuk shopping.

Macam-macam ada di situ....

Sempat juga shopping untuk anak-anak dan diri sendiri di Primark.

Memang murah habak hanggggggg

Tapi macam biasa aku cool jer shopping padahal mak-mak arab tu sampai terkeluar baju bajan dari beg shopping petak Primark tuh!!!!


Berhadapan Ziel mall kala belum gelap

Dah malam lagi cantik di sini

 Suhu sangat sejuk bila malam dengan angin kuat, memang mencabar bagi kite orang Asia nih.

Sempat ke Romerberg malam tu tapi pemandangan tak begitu cantik sebab gelap.

Balik dari Romerberg tu kami ke stesen Konstablewache (depan primark) untuk balik ke Frankfurk HBF.

Makan malam kami hanya lah banana crispy nutella tapau dr Frankfurt HBF dan nasi goreng ikan masin Brahim's di bilik hotel.

Walaupon serba ringkas tapi sedap & nyaman sejuk-sejuk tu hehehehe

So esok kami akan repeat semula ke Romerberg dan kawasan-kawasan sekitar.

Tidur malam banyak kali terjaga sebab tak berapa biasa lagi waktunya berubah.

Harap-harap hari ke 2 pon kami akan success.




9 comments: