tq my follower

Wednesday, September 5, 2012

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah Kaww

Nasi Tomato

Bahan-bahan untuk 2 / 3 orang mkn :

3 cup (yg selalu dpt kalo beli rice cooker tu) beras Basmathi, aku pakai beras Faiza Mongul, rendam 20 min, 1 SB minyak sapi, 2 SB butter, 2 bj bwg besar, 3 bj bwg putih, 2 cm halia (dihiris), 1 bunga lawang, 2 b.pelaga, sedikit kayu manis, 2 bj tomato dibuang biji dan potong dadu, 1 helai d.pandan disimpul, 1/2 cawan susu cair Ideal, 1 ketul pati ayam Knor, sedikit garam, 4 SB sos tomato Heinz dan air untuk masak nasi (sikit jer).

Cara-cara :

Panaskan minyak sapi & butter, tumiskan bahan rempah ratus dan bahan yg dihiris tadi. 
Layu sedikit jer boleh la masukkan buat tomato, d.pandan dan sos tomato. Kacau rata.
Masukkan pula susu cair, air & kiub ayam. Kacau sebentar dan perasakan dengan garam. 
Jangan banyak sangat coz kuib ayam tu dah masin.
Kacau sedikit, tak perlu tunggu menggelegak, tutup api dan tuang ke dalam rice cooker yg ade beras Basmathi yg telah direndam tadi. 
Masak nasi tapi pastikan sukatan air cukup untuk nasi tersebut.
Kalo suka boleh taburkan bwg goreng semasa menghidang nasi.



 Ayam Masak Merah

 Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam sederhana besar, basuh bersih dan lumur dgn garam + kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
2 bj bawang besar, 3 bj bawg merah, 3 ulas bwg putih dan 2 cm halia (dikisar).
1 senduk cili giling. 1 bj bwg Holland, 2 ulas bwg putih, 2cm halia (dihiris). 1 bunga lawang, sedikit kayu manis, 2  SB sos cili Heinz, 200ml santan kotak MS (saiz kecil), 100ml air, 1 bj tomato dipotong 4, garam dan minyak.

Cara-cara :

Tumis rempah dan bahan hirisan sehingga layu dan masukkan pula cili giling dan sos. 
Kacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng td. 
Gaul rata dan biarkan sekejab bercampur ngan semua bahan tadi.
Masukkan santan dan air. Kacau rata lagi dan masukkan buah tomato dan garam. 
Masakkan lagi sehingga pecah minyak dan pekat. Kalo suka banyak kuah boleh tutup api tp kalo suka pekat masak lama sikit. (aku tak letak kacang peas coz menurut tuan punyer resepi Ana Suzana sini, nanti cepat basi, tapi lauk ni memang tahan sampai esok kalo dimasak elok-elok).

SELAMAT MENCUBA 

(aku nak buat 2nd time pon belom terlaksana hu3)






No comments:

Post a Comment