tq my follower

Tuesday, September 11, 2012

Masak Tempoyak Ikan Orang Pahang

Resepi simple ni dari mak aku kat Pahang nunnnn. Mak aku pon warisi dari arwah Wan aku jugak.  

Family mak aku memang duduk tepi sungai Pahang tu, so bab-bab masak ikan sungai ni memang terror arrrr..... tp aku ke laut ha3

Yang paling best sekali kalo masak Ikan Patin sungai atau sangkar sungai, tapi aku sampai hari ni belum lagi mencuba masak guna ikan patin coz aku takut tak sedap macam mak aku masak atau arwah Wan. 

Coz kalo orang lain masak ikan patin, memang tekak aku tak boleh terima. 
So slow-slow aku try pakai ikan lain dolu (low risk) kan he3... 
Tapi Eddin & Rereen memang suka resepi ni.




Bahan-bahan :

2 ketul ikan (ikan apa-apa pon boleh tapi kali ni aku buat Ikan Bawal Cermin), suku biji Timun Masak (yg color kuning tu) atau Bendi atau apa-apa sayur yg sepadan tp kali ni aku masukkan timun masak & terung telunjuk, 1 SB tempoyak manis (yg baru buat), 1/2 SB tempoyak masam (yg dah lama skit), 5 biji cili padi Thai, sedikit daun kesum (optional) dan garam.

Cara-cara : 

Tumbuk cili padi dan masukkan sekali tempoyak selepas cili hancur. Gaulkan rata dalam lesung batu.

Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk tapi sebelum letak air, gaulkan bahan tumbuk tu dengan ikan (kira mcm lumurkan badan ikan tu ngan bahan tumbuk tadi). 

Kemudian baru masukkan air sampai tenggelam ikan dan timun masak yg telah dipotong bulat (timun ni hendak lah dikikis dolu kulit luar sampai putih sedikit dan dibuang isi ditengah).

Masak kan atas api yang sederhana sehingga masak dan jangan lupa masukkan daun kesum serta perasakan dengan garam. 

Kalo tempoyak korang kurang kaw, boleh la ditambah dengan asam keping (tp tempoyak umah aku memang kaw-kaw nyer).

SELAMAT MENCOBA

No comments:

Post a Comment