tq my follower

Wednesday, February 20, 2013

Eddin dah Sekolah

Assalamualaikum  & Salam Satu Malaysia (mcm berita tv1 plak)

Dah lama aku x undet xtvt aku seharian kat umh kan hu3

Semenjak bdk2 skol ptg ni, penyakit M tu sering je datang2 he3

So hari ni aku nak story mori pasal Eddin.

Org lain dah sebln sekolah, tp Eddin 1st Feb hari tu br enrolled kat Smart Reader Kid, Sec9.

Aku lak yg terlebih excited tgk ank bongsu nak sekolah (bongsu ker ???) ha3

Dapat je uniform terus try bagai x hendak. 
Nak bukak basuh dolu pon dia x bagi, adoyaiiiiii

Bermula lah kerja en 'Boss' & aku menghantar dan mengambik anak pergi & blk skol.

 detik2 pertama ank bujang manja aku ni bersekolah dpn skol & dlm kelas. 
Tak habis2 lambai mommy. 

Aku duk kat depan kelas dia dlm 1/2 jam then aku blah.

Berdating dgn en 'Boss' sampai abis skol Eddin 4.30 ptg.

Terasa kepelikan xde ank2 follow bile outing. 

Mcm couple2 dulu plak, cume saiz jer dh beza hak3


 1st day blk dr skol ni, mintak mkn roti canai kosong tp dia nak 2 keping!!!!! 
mcm tgn dia tuh. Ngalahkan org tua...

Tapi licin dia kerja kan roti canai tu!!!

 2nd day tu hr Jumaat so lama skit tunggu Rereen blk skol dlm 6.30 ptg.
Tgk ape xtvt Eddin!!!!

Selamba badak tido kaki ke atas kat Stabak muahahahaha mcm papa dia nye Stabak tuh...

 dua bdk br blk dr skol & dah lapar sesangat!!!!

Minggu ni  dah masuk minggu ke 4 Eddin sekolah.

Semalam dia start enjin ckp tak mau pegi skol, Alamakkkkk!!!!!!

Ni sume gara2 dia belum betoi2 boleh ingt sume alphabet berserta objek2 nye sekali!!!!! 

Dlm pd tu dia tambah la lauk2 lain, takut tecer la, tecer marah la, x tau kelas la, oooohhhh mcm2 alasan x munasabah kuar dr mulut si tembom aku nih!!!

So ats nasihat en 'Boss' kami terpaksa janji kan dia sesuatu yg besor skit kasi dia hari2 nak g skol (mmg tecer situ garang skit tp aku lg garang kat umh ha3)

Sempena besday dia March ni kami belikn dia robot besor skit. Harap2 terbantut la niat x suci Eddin tu. Kalo x parah ooooo.....

Dh la kami dh settlekn 1K lebih tuk registration + fees until March ni. Masak!!!!!!

 

 



Tuesday, February 12, 2013

Spaghetti Aglio Olio Cili Padi




Resepi ni, kali ke 2 aku buat. 

1st time aku buat masa tgh mlm he3 (just try & error).

Memang sedap dan menyelerakan masa panas2.

Bahan2 :
secekak spaghetti (direbus dan ditoskn), 5 ekor udang besar, 4 biji cendawan butang putih (hiris nipis), 1/2 bj dr 1 bj bawang Holland (didadu), 2 biji cili padi (potong kasar), 2 SB olive oil, sedikit butter, sedikit secukup rasa Maggi dan sedikit daun parsley dlm botol.

Cara2 :
Tumiskan bawang Holland dgn butter dan olice oil. Setelah layu sedikit br masukkan cendawan butang dan udang. Kemudian masukkan spaghetti dan cili padi (x nak bg rasa pedas sgt sbb tu msk last sekali). Gaul rata. Perasakan dgn secukup rasa maggi dan taburkan daun parsley. Kalo x cukup masin boleh ditambah garam sedikit.
Hidang kan panas2, memang walllaaaahhhhhh.......




SELAMAT MENCOBA

Tuesday, February 5, 2013

7 tahun sudahhhh.....

Walau pon dah seminggu berlalu, tp aku tetap nak update besday Rereen 29 Jan 2013.

Dah beso anak dara aku.....

Tak lama dah dia akan lebih tinggi dr aku. Tinggal aku sorg2 jd si pendek huk3

Semoga sentiasa menjadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat ya Kathreen Nur Khaleeda

Walaupon jatuh pada hari Selasa, aku dan en 'Boss' still celebrate kecil-kecilan mlm tu.

Kali ni kami lepak Laman Grill, restoran Chef Zubir kat Section 13 tu.

Makan la set Meat Lover ni ngan satu lagi set ape ntah aku pon tak henggat, tp ada ayam la.

meat Lover

ambik berkat sebelum mkn

tgk beday gur dah kelaparan

Kek pon by pieces jer beli, coz ingt nak celebrate beli kek beso weekend aritu sekali tak jadik daaaaaa.... Tp diaorg still gumbire mkn 2 pieces kek SR.



En 'Boss' ade meeting lak kat KL, terpaksa la tundakan lagik celebration. 

Si Rereen dah tak sabor sgt nak tiup lilin sambil pakai topi bling2 dia tu!!!! 

Sabo ok Rereen.

Kami ingat nak pegi luar dr Klang Valley utk celebrate kali ni, tunggggguuuuuu..................

Monday, February 4, 2013

Spagetti Meat Ball Version Melayu



Ni aku cipta sendiri lepas aku kaji resepi-resepi org lain.

Ikut citerasa tekak sendiri kan... 

Sendiri makan sendiri cipta kan

Bahan-bahan :
Secekak spaghetti (rebus dan toskan), sebatang park choi, 10 biji meat ball brand Marina, sedikit daging cincang (buat rencah byk pon x pe), 1 sudu cili boh, 1/2 biji bawang Holland (didadu), sedikit sos tomato dan cili, gula, garam dan secukup rasa Maggi serta minyak utk menumis (umah aku mmg pakai minyak matahari).

Cara-cara :
Tumis cili boh hingga wangi dan masukkan bawang. Setelah bwg layu mskkan pula daging kisar. Masukkan sedikit air agar daging empuk. Setelah itu mskkan meat ball, sos-sos dan sayur park choi td. Setelah diperasakan bolehlan dimasukkan spaghetti dan gaulkan sekejab dlm kuali sblm tutup api dan pastikan kuah td kering (kalo byk kuah tak sedap sgt).  
Hidangkan panas waktu petang, mmg wallahhhh......


SELAMAT MENCOBA
 
 

Thursday, January 31, 2013

Bawal Masak Tauchu Masam



Ini pon resepi  olahan sendiri...

Memang family aku ni suke makan ape2 pon mesti nak masam-masam skit.

So dapat la resepi Tauchu Masam.

Bahan2 :
2 keping ikan bawal cermin yg besar (digaram kunyit dan digoreng), 1 SB tauchu cap Jalen (tumbuk halus), 3 ulas bwg kecik (ditumbuk), 1 ulas bwg putih (ditumbuk), sedikit halia (ditumbuk), 3 biji cili Thai hijau (ditumbuk), sedikit kacang panjang (tp masa ni aku ade kcg buncis jer so letak je la), 1 bj bwg Holland hiris bulat, air asam jawa, minyak, gula, garam dan secubit rasa

Cara2 :
Tumis semua bahan yg ditumbuk halus sehingga wangi,  kemudian masukkan air asam jawa, ikan dan kacang panjang. Setelah mendidih bolehlah masukkan bawang Holland dan perasakan dgn garam, gula dan secubit rasa Maggi (tauchu sudah masin so jgn byk sgt letak garam). Siap sudah.....
Aku akn lebihkn rasa masam br semua gumbira nak tambah sup (anak2 aku panggil semua kuah tu 'sup')
Kalau suka kuah byk boleh la letak air lebih skit.

SELAMAT MENCOBA

Saturday, January 26, 2013

Kari Tulang Besttt ooooo.....



Ni pon salah satu menu 1st time aku try dlm 34 thn hidup kat muke bumi ni.

Google 2/3 kari tulang kat blog org, then mix & match skit, dpt la resepi ni.

Bahan2 :
1/2 kg Tulang yg telah direbus sehingga lembut bersama air rebusan, 2 sudu besar rempah kari Daging Baba's, sedikit kayu manis & bunga lawang (aku x suka sgt bau rempah ratus yg kuat), sedikit hirisan bwg besar merah, bwg putih dan halia, sebahagian lagi ditumbuk halus.
3 biji kentang (potong 4), 2 senduk santan kotak M&S, air asam jawa, 1 urat daun kari, sedikit gula, garam dan secubit rasa Maggi dan minyak untuk menumis.

Cara2 : 
Gaulkan rempah kari dan bahan ditumbuk, cili boh dan air asam jawa. Ketepikan.
Kemudian tumiskan rempah bersama bahan hirisan sehingga layu. Masukkan campuran kari dll tadi. Tumis lagi sehingga harum. Masukkan tulang besama air rebusan. Biarkan mendidih.
Kemudian baru masukkan daun kari, santan dan kentang. Perasakan dengan gula, garam dan secubit rasa. Setelah kentang dan daging empuk boleh dihidangkan.
Makan dgn nasi panas dan sambal belancan peeerrrrrrhhhh!!!!
Lagi lama kari ni lagi uummmppphhhh rase nye.


SELAMAT MENCOBA




Wednesday, January 23, 2013

Top Up SKII 2013

Sekali semua nye tinggal nyawa-nyawa ikan (bajet ciput masa tu).

Walaupon dah hampir sethn pakai produk ni, kdg2 pakai lengkap kdg2 mane yg ade jer hu3

Guna pon sehabis jimat takut lari bajet oooo... 

Kang jenuh lak nak kejor bajet...

Kebetulan plak hormon ape ntah datang, semua jd x betoi. 
Period pon x betoi, otak pon x bape centre, muka mcm-mcm mendapat la!!

Seeeedddiiiiiihhhhhh!!!!

Sekali hambbbeeeekkk.......

Terkenyit-kenyit mata en 'Boss' menengok total barang SKII aku kali ni. 
Tapi dpt free gift sebatang payung besor, hepi gak la w/pon nak melayang jab gi duit-duitan en 'Boss' hik3

Seperti biasa aku akan ambik set dgn 75ml Facial Treatment Essence (FTE),  1 botol kecik Clear Lotion, dan sekeping mask dgn harga RM199 kali ni dlm box merah cantek coz Christmas edition. Mak sukeeeee!!!!!

Cleanser pon habis so hangkat jugak satu, RM199 lagik.

Sekali auntie kat kaunter tu tgk muka aku teruk sgt ade pimple (tgh beranak pinak) dan berminyak sesangat. 

So slow2 dia cucuk jarum kat aku he3...

Try nye try, test nyer test, mmg aku rase elok sgt aku pakai satu bende baru iaitu Facial Clear Solution. Walau pon rege nye RM268, 100ml tp tahan 5 atau 6 bln bak kata auntie tuh!!!!

Muka aku skrg x sesuai pakai moisturizer lagik coz kena hilangkan minyak yg mcm goreng nuget ni dulu hu3

Malas aku nak total kan semua, yg penting less than 1K ;)

Oleh kerana bulan celebration besday en 'Boss' dpt lg voucher Parkson RM50. 
So dpt la en 'Boss' beli satu brg dia (peberet dia la perfume).

 Tp aku byk hokey....

Terima kasih sgt2 kat my luvly en 'Boss' coz spend byk2 tuk aku (1st time ok) muaaaahhhhh!!!!

Lepas ni nak ngepaw handbeg LV plak boleeeeee?????
(lariikkkkk kang dpt mkn selipar muahahaha)


 Tambah lagi satu perfume YSL tuk en 'Boss'

Parkson plak aritu ade belian RM100 dpt RM10 voucher, pe lagik berderet lak voucher dpt. 

So voucher tu spend brg tuk Rereen & Eddin plak.

Baru fair & square, ank berank shopping....

 inilah kesemua hasil belian aku mggu lepas

Kalo lepas ni muka aku tak flawless bagai tak tau leeee....

Tapi dah seminggu aku pakai set ni dgn xde skip bile2 masa pon. 

Mmg rase semua jerawat xpecially kat jaw ni dah tak sakit. 

Kalo x denyut2 jer nak menaik lg!!! Bercucu plak kot kat situ.....

Nanti dah sebulan aku share gambo latest aku ok.