tq my follower

Wednesday, March 23, 2016

Trip Hari Kedua ke Frankfurt, Germany Musim Sejuk March 2016

As Salam....

Mari aku sambung cerita hari ke 2 kami di Frankfurt.


Sebelum tu salam takziah dari kami sekeluarga diucapkan kepada mangsa pengeboman di Brussels Airport dan Stesen Metro di Maelbeek.  



Setelah dikaji dan di google maps hanya 4 minit sahaja dari hotel penginapan kami masa di Holiday Inn Schuman, Brussels ke stesen Metro yang dibom itu.



Skeri pulak bila diingat-ingat....



Okey la mari kita beralih ke cerita asal....


Oleh kerana itinerary kami hanya sekitar Frankfurt, kami decided turun breakfast pukul 8am.

Sekali punya na na na nya ramai omputih duk breakfast.

Semua pakai smart & cantik.

Kira semuanya orang nak pergi office atau nak attend meeting area situ.

Kami je yang nampak sangattttt tourist yang nak berjalan santai-santai area situ hehehehee

Macam biasa kami hanya makan buah-buah, yogurt, roti kosang dan aku up 1 lagi telor rebus hikhikhik

En 'Boss' dok gelakkan aku makan hard boiled egg tuh...

Ade aku kesah??? Bagi tenaga telor tu kot!!!!

Lambat skit rasa lapor, kang dibuatnya tak jumpa kedai makan halal.

Naye beb!!!! Sampai malam aku berlapor huhuhu



Lagi satu aku suke roti croissant (betoi ke spelling aku nih??) roti kosong dia....




Lembut giler!!!!




Berlayer dalam nye... so makan sampai kenyang la roti tu.


Tengok belakang aku tu, tu baru yang tua, yang muda belia lagi segak bergaya nak pergi kerja


So ni kami dalam perjalanan ke area Ziel dari Frankfurt HBF 

Macam biasa beli tiket di mesin, tapi make sure guna note kecik.

Note 20 tak boleh diterima mesin tu yer.


Romer @ Romerberg satu dataran yang selalu tourist melawat

Kami pon tak ketinggalan hokeyyy

Dalam cuaca sejuk tu handphone pon cepat je freeze.

Geram pulak kite!!!!!

Dari Romerberg tu kami gerak ke Euro Tower dengan berjalan kaki sahaja.

Tapi sebelum sampai Euro Tower tu aku mcm lost dengan en 'Boss'.

Agaknya aku still tak boleh mengikut masa di German.

Masa ni dalam pukul 5pm memang waktu tidur di Malaysia so otak pon beku.

Tengah-tengah dataran tu dengan map di tangan macam tercari-cari arah dan jalan yang betoi.

Betoi-betoi macam yang selalu kita nampak omputeh datang Malaysia tu...

Cuma yang beza cara dress up. 

Malaysia panas, tapi Frankfurt lain, dengan angin sejuk yang sangat kuat dan sejuk gilerrrr beb!!!!

Luckily ada seorang orang German kira orang office la pakai segak jer dengan kasut kilat datang bertanya something kat kami berdua.

Mula-mula en 'Boss' refuse, tapi tengok keadaan omputih tu dan lokasi di tengah-tengah dataran yang penuh orang duduk berehat-rehat (orang German lunch hour tak makan, just lepak & jemur tengah panas tapi sejuk sambil smoking dan minum kopi sahaja).

Omputeh tu dengan rela hati menunjukkan jalan dan arah yang betul untuk kami tujui...

Fuhhhh....... 

Jumpa juga tower tu


Sebelum trip ni banyak blog kami baca yang jangan cepat percaya orang kat Europe ni.



Sebab ramai pencopet la...



Macam-macam so kami memang sangat berhati-hati nak percaya dengan orang Europe.


Sempat kami lepak minum cappuccino bagi hilangkan rasa sejuk.

Tapi hilang sikit jer pon, 5 minit pastu gigil balik jalan dalam angin sejuk yang kuat walaupon suhu 4/5 jer.


Ni pon salah satu bangunan tepi jalan.



Tapi aku pon tak pasti bangunan apa hehehehe


Ni adalah 1 jambatan di area sungai belakang Romerberg tu



Bila angin kuat jambatan ni beralun-alun mengikut angin.




Debor-debor plak kite berjalan atas jambatan ni..

Ni area kedai kopi yang kami singgah tadi.



Setttle berjalan-jalan sambil mencari kedai halal...



Misi tidak berjaya sebab semuanya jauh sangat dari area Ziel.



Kaki dah tak larat berjalan sebab dah petang.



So kami makan je di kedai yang serve fresh fish dan seafood sahaja.



Ade ramai orang Asia dan Arab dalam kedai tu.



Aku ambik fish wrap macam gambar tu.



En'Boss' ambik fish & chip.



Settle makan kami slow-slow gerak ke area Ziel semula.



Tapi hari ni kami lebih santai sebab semalam dah sambar skit sorang hehehe



Hari n just chill dan tengok je orang ramai area Zeil tu.



Boring tengok orang kami slow-slow ambik train balik ke Intercity Hotel.



Sebelum naik ke hotel kami singgah makan nasi set dengan lamb di Bayram Kebab di Munchener Strabe.



Memang terbaik set tu.



Tadi siang makan wrap je kan.... malam sedap la skit makan nye.



Pada pandangan aku kalo kita makan set nasi agak mahal di Frankfurt ni dalam 14-20 Euro per plate.



Tapi kami share berdua so kira okey la.



Lepas makan terus kami berjalan pulang ke hotel.



Penat giler berjalan seharian sampai krem betis aku huhuhu



Last kena masa preggy Eddin kot....



Seram plak bile ingatkan semula....



Besok kami akan bergerak agak jauh dari Frankfurt.



Memang betul punya travel esok....



So nanti kan.... 



Cerita travel kami yang sangat mencabar di bumi Germany!!!!!

Sunday, March 20, 2016

Trip Hari Pertama ke Frankfurt, Germany Musim Sejuk March 2016

Assalamualaikum....

Weng weng weng weng 
(sila buat bunyi vakum sebab banyak sangat sawang & spider web) hikhikhik

Banyak mende aku nak sharing dekat sini tapi masa memang mencemburui sangat..... 

Tapi sakit M pon yer juga hehehehe

Trip ke Korea hujung Januari 2016 pon aku belom share huhuhu

Tapi aku dahulukan cuti paling latest aku ni haaaaa

Ke Eropah kite....

German, Belgium dan Netherlands

Baru 3 malam aku jejak tanah Malaysia cheeewah mcm pergi 8 tahun hahahaha

Padahal 8 hari jek pon... uweekkkkk

Mari kite mulekan cerita yang agak mencabar ini.

Jommmm.....

Percutian kali adalah macam percutian yg dulu-dulu...

Masa diberi en 'Boss' hanyalah lebih kurang 2 minggu sahaja (tidak confirm yer sebab belum beli tiket flight!!!) 

Macam nak gile aku study pasal Europe + buat itinerary.

Tapi yang paling membakar semangat kami nak ke sana adalah buku En Khairul Abdullah ni.


Korang try la baca, sure membuak-buak perasaan nak ke Eropah!!!!!

Siap masuk mimpi segala bagai pasal trip nih hahahahaha tak boleh blah betoi!!!!

Pada hal belum tentu en 'Boss' nak bawa aku pergi sanun huhuhu

Seminggu setengah nak pergi baru en 'Boss' buka offer dan confirmkan tiket pergi dan balik .

KUL - FRA (08/03/2016)
FRA - KUL (16/03/2016

Kami booked tiket dari Diana, Mitra Travel & Tour.

Sangat friendly dan efficient hokey.

Siap beli travel insurance, 1st time nak berjalan jauh kan.....

Tq to my freind hakak Wawa sebab jadi orang tengah yang kenal kan dengan Diana dr Mitra Travel & Agency.

2nd time kami booked tru Mitra ni.

1st time masa kami ke Korea.

Rereen dan Eddin kami hantarkan ke kampung en 'Boss'.

Aku bulatkan je hati tinggal anak-anak di kampung.

Kalau tak bulat mau meraung aku tengok diaorang sebelum pergi tu.

Nak bawa sekali belum masa nye, sebab kami hanya backpackers berdua jer.

Hotel dan makan kami akan redah cari dari sana jer.

Semua on the spot.

Kami tidak booking awal.

Sebabnya kami memang nak rilek dan santai je berdua.

So macam-macam kemungkinan kan.....

Kami tekad hadap je apa-apa yang berlaku.

Nampak macam expert kan????

Nanti korang baca la kisah hari seterusnya, expert ke ke laut kah???? hahahaha

Cuma hotel hari pertama dan kedua je kami booked dari Malaysia tru booking.com

Rabu pukul 1.30pm baru kami dapat tukaran duit Euro dari Money Changer di Seksyen 3, Shah Alam.

Rate memang ngam, so pergi la serbu reramai kat situ ye, seru je nama aku hahahaha

Jam 3 ptg kami ambil Kemuncak Teksi untuk ke airport.

Mahal weiiii RM85 sekali perjalanan.. gulp...gulp...gulp telan air liur....

Perjalanan bermula

Pemandangan dari tingkap en 'Boss' 
aku duduk belah dalam

08/03/2016 jam 7.20pm bertolak la kami ke Frankfurt dengan Etihad Airline.

Airline pertama kali kami cuba.

Kuala Lumpur ke Abu Dhabi 7jam.

Abu Dhabi ke Frankfurt 7 jam + delay 1 jam setengah sebab ada penumpang tidak sihat.

Elok settle hal tu thunder storm plak kat Abu Dhabi.

Memang pishannnggg la dlm flight.

Tapi hati berkobar-kobar nak pergi negara orang kan.... so small the matter la bak kata orang kampung hikhikhik

Tapi menu dalam Etihad memang mabeles weiiiiiii

Tak caya tengok bawah ni.


Ni baru 1 kali perjalanan, next flight pon lamb juga......

Sengeh jer en 'Boss' makan lamb sehari semalam dalam flight.


Abu Dhabi Airport yang nampak mewah


Muke pishannggg sampai di Abu Dhabi, jangan tanya aku pukul berapa di Abu Dhabi masa ni huhuhu

Yang aku tahu waktu nye malam sebab gelap hahahaha

Melayan permandangan cantik rase macam tak ada apa-apa 14jam perjalanan x termasuk transit Abu Dhabi 3 jam + delay 1jam setengah

Waktu di Frankfurt masa kami sampai adalah 8.15am still pagi.

Guten Morgen Frankfurt

Urusan Imigresen berjalan agak slow, banyak juga soalan di tanya dalam 3 minit camtu. 

Tapi en'Boss' lama skit dalam 5 minit baru selesai.

Alhamdulillah selesai 1 perkara.

Nak menuju ke destinasi seterusnya pulak.

Dari Terminal 2 Flughafen Airport kami ambil shuttle bus (free) ke Terminal 1 untuk sampai ke stesen subway.

Turun bas dalam 5 minit berjalan sampai stesen subway.

Dengan segala daya usaha aku dan en 'Boss' yang blur-blur mencari tiket nak naik subway dari Flughafen Airport Frankfurt ke Frankfurt HBF (main train station).

Akhirnya berjaya!!!!! 
Dengan 3 kali stops sahaja.

Masa ni belum lagi abis study pasal route subway.

Just tengok sepintas lalu sahaja dari google maps dan tanya di kaunter pertanyaan area stesen subway di airpot tu jer.

Destinasi ke dua kami ke Intercity Hotel Frankfurt yang terletak berseblahan dengan Frankfurt  Hauptbahnhof @ short form nye HBF.

So kami hanya menapak sahaja ke hotel tu dalam 6 minit sampai.

Fuhhhhh..... senyum skit.

Tarik nafas panjang-panjang setelah sampai dekat kaunter reception di Intercity Hotel tu.

Masa kami check in hotel dalam pukul 11am.

 Bilik hanya available jam 2.00pm tapi kami bole datang 1.30pm kalo bilik ready, kami akan dapat bilik.

So kami storage luggage (free) di Intercity Hotel dan bergerak mencari kedai makanan halal di area situ.  

Dengan bantuan google maps dan sedikit research aku mencari Munchener Strabe dan Elbe Strabe.

Hanya menyeberang jalan dari Frankfurt HBF tu.

Akhirnya jumpa kedai kebab orang Turki. 

Nama kedai aku dah lupe, kalau tak silap Ahya Kebab House.

Tapi kami maintain makan nasi share berdua.

Portion makanan di area sana memang besar dan banyak.

Bagi kami berdua 1 pinggan sudah cukup.

Kalau rasa tak cukup kami akan order 1 sup sebab kedai Turki biasanya akan bagi free roti tempayan tu.

Tapi terkena den sebab dia bagi air mineral ade gas!!!!! 

X tertelan air tuh... sangkut di tekak erkkkkk!!!!

Siap lunch kami terus ke hotel.

Sempat singgah 1 kedai India untuk beli plug 2 pin.

Sekali masuk kedai tu di sambut Salam dari  seorang lelaki Burma yang pernah menetap di Kuala Lumpur 10 tahun.

Sempat la kami bercakap Melayu sekejab.

Mamat tu baik dan sangat membantu.

Tunjukkan kedai makanan halal area Frankfurt dan kalau apa-apa boleh refer dia di kedai tu.

Area hujung-hujung jalan tu banyak betul pub & bar untuk berfoya-foya dengan perempuan.

Macam-macam gambar ada kat luar kedai.

Sangat tidak sesuai bawa budak-budak walaupon kita just lalu je area jalan tu.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke hotel.

Memang bilik dah ready apa lagii terus ke bilik, mandi dan tidur sekejab.

Rehat la konon kan, padahal dalam flight jenuh dah tidur.

Tapi mata tu bila dapat baring terus nak tidur je, perubahan masa yang belum serasi.

Untuk pengetahuan semua, masa di Frankfurt adalah 7 jam lewat dari masa kita di Malaysia.

Sekiranya kami di Frankfurt jam 11am di Malaysia dah 6pm.

Dalam pukul 4 petang macam tu kami bersedia nak explore bandar Frankfurt.

Sini 6.30 ptg baru gelap.

So merayap la kami ke Frankfurt HBF tu mencari tiket dan pit stop ke destinasi yang ada dalam itinerary.

Masa ni goggle maps sangat-sangat membantu.

Masuk je google maps then masukkan stesen train yang kita tengah cari tiket tu (tempat dimana kita berada la tu).

Masukkan pula destinasi kita. 

Boleh pilih tru kereta, train atau pon berjalan kaki.

Semua keluar kat situ, siap no. train lagi, sangat membantu bagi kami yang buta tuli pasal subway di situ.

Tapi sistem tiket di subway di German ni sangat mudah, beli tiket tru mesin atau kaunter tapi jarang sangat ada kaunter. 

Di stesen area airport je aku jumpa...

Tak payah touch apa-apa, tak payah lalu palang besi bagai, simpan je dalam poket korang.

Tak ada orang yang cek pon korang beli tiket ke tak... mudah kan..

Tiket pulak ade macam-macam jenis.

Macam aku dan en 'Boss' beli tiket sehala jer.

Nak balik beli lagi tiket.

Kalau korang memang berjalan dari pagi sampai malam banyak naik turun train di zone yang sama, yang perjalanan tak lebih 30 minit memang lagi jimat ambil tiket full untuk sehari.

Harga aku tak pasti tapi beli sekali jer tak payah risau lain kali nak naik lagi sebab valid 1 hari  1 malam.

Antara tip beli tiket subway di Frankfurt town.

Balik ke cerita aku tadi.

Kami menuju ke tempat shopping dulu sebab en 'Boss' hanya berjaket nipis sahaja ke German.

Dia ingat suhu 5/6 tu tak sesejuk masa di Korea!!!!

Dengan long john x bawak.

Aku biarkan ajer...

Sampai krem kaki & jari tangan en 'Boss'

Terpaksa la shopping menjadi agenda utama.

Kami ke area Ziel.

Satu kawasan yang ada berbagai tempat untuk shopping.

Macam-macam ada di situ....

Sempat juga shopping untuk anak-anak dan diri sendiri di Primark.

Memang murah habak hanggggggg

Tapi macam biasa aku cool jer shopping padahal mak-mak arab tu sampai terkeluar baju bajan dari beg shopping petak Primark tuh!!!!


Berhadapan Ziel mall kala belum gelap

Dah malam lagi cantik di sini

 Suhu sangat sejuk bila malam dengan angin kuat, memang mencabar bagi kite orang Asia nih.

Sempat ke Romerberg malam tu tapi pemandangan tak begitu cantik sebab gelap.

Balik dari Romerberg tu kami ke stesen Konstablewache (depan primark) untuk balik ke Frankfurk HBF.

Makan malam kami hanya lah banana crispy nutella tapau dr Frankfurt HBF dan nasi goreng ikan masin Brahim's di bilik hotel.

Walaupon serba ringkas tapi sedap & nyaman sejuk-sejuk tu hehehehe

So esok kami akan repeat semula ke Romerberg dan kawasan-kawasan sekitar.

Tidur malam banyak kali terjaga sebab tak berapa biasa lagi waktunya berubah.

Harap-harap hari ke 2 pon kami akan success.




Thursday, September 10, 2015

Moh Ke Spa Kita, SPA BEST DI SHAH ALAM

Salam uoooollllllssssss.....

Hari ni kite cite pasal merehat kan diri dan dibelai diri oleh orang hehehehe

Memang dah lama tak pergi berurut.

Dapat pakej lengkap dengan urut sangat la best oooooo

Alang-alang en 'Boss' dah janji kan.....

Ku tuntut sampai dapat hahahhaha aci dok gitu?????

Ape lagik hip hip horey la aku kaannnnn

Spa Aisyah Radiah di Seksyen 9, Shah Alam.

Itu jer pon yg paling dekat aku nak gi.

Senang tumpang en 'Boss' hantar Eddin sekolah.

Balik sekolah kang aku tumpang balik pulak.

Agenda orang nak senang keje kan hahahahaha

Aku pilih pakej 'permaisuri'.

Ada sauna, urut, scrub, body mask & facial.

Sauna jer RM30, yg lain termasuk pakej permaisuri (la kununnn kan) RM250

So total korang kire la sendiri ;)

Scrub yg best, aku x suke yg slow melow ni, aku suke yg ganas & kuat.

Baru la keluar segala mala daki yg tak dapat di sental dek tangan sendiri!!!

Sauna dalam 45 minit, best jugak sbb aku tahan je duk dalam tu sambil membaca sambil berpeluh bagai

Ni la tempat kita diurut, discrub & di mask kan....

Settle semua tu aku mandi kejab (mandi sendiri jer) pastu solat Zohor kejab.

Baru sambung dgn facial.

3 jam jugak la bertapa kat spa tu, tp memang lega sesangat...

Kalo anak-anak pegang tangan kira tersasar laaa hahahahaha

Sebab licin licau sangat bersih, bersih dan suci ajoooo....

Since tahun lepas aku start buat rawatan kat spa ni, ni masuk tahun ke 2 dah.

So orang Shah Alam nak berspa yg best dan rileks sambil lelap kan mata.

Jom ke SPA AISYAH RADIAH di Seksyen 9, Shah Alam.




Friday, September 4, 2015

Majlis Tunang si Ucu Februari 2015

Salam Pagi Jumaat yang indahhhhhh buat semua

Betapa la lama aku tak berblogging!!!!!

Dah macam gua blog aku nih huhuhuhu

Kite sambung cite bulan 2 aritu yek.....
 

28/02/2015

Since seminggu sebelum date tu kami kt sini dah mula ngemas rumah sambil menyiap kan barang hantaran.

Nasib raga dulang dah siap cantik.

Just tambah barang2 jer...

Yg paling mencabar adalah mencari kerusi tambahan untuk minum2 pg 28hb tu.

Berkat hari Jumaat 1 hari sebelum tu, berjaya jugak mendapatkn semua barang2 tu.

Barang hantaran aku siapkan seminggu sebelum date tu...

Macam la semua hahahahaha 3 jek pon.... becoz ade 5 dulang je semua hantaran.

1 lagi Along en 'Boss' siap kan. 1 lg MIL yg sempurnakan.

Sempurna lah majlis pertunangan si Ucu dan bakal maksu budak-budak nih.
 
Nasuha bakal biras baru aku orang Seremban

Kemain suka ko yer Ucu.......
Pasni sila kumpul duit banyak-banyak

Terselit jugak muka Eddin & Rereen, BFF Ucu dia takat ni laaaaa...
Pas kawen x tau la macam mana



Telekong, Buah & Quran tu aku yang deco, main letak2 je pastu aku bubuh bola2 lip lap tu 2 biji heheheheh

Monday, March 9, 2015

Merisik, bermula episode si Ucu

Salam uolssssss...

Hari ni nak cerite pasal Ucu bdk2 ni.

Dah nak beristeri dah korang tau....

Bkn muda pon kan, dah 27 tahun sesuai sgt laaaa.....

Seperti bese FIL memang pegang pada style orang lama2.

Kena pergi dulu tengok bakal menantu sambil berkenalan dengan family si bakal biras ku Nasuha.

En 'Boss' la tukang bawak. 

Kami pergi 7 orang dgn 1 kete coz Ucu pn belom pernah jejak kaki umh bakal tunang nye itu 

Olo2 sweet nye couple zaman2 nih ;)

Family Nasuha plak duduk berdekatan antara makcik2 nye.

So penuh 1 umah dia ngan pakcik & makcik dia.

Nasib aku ade beli kek karamel lebih sempena besday en 'Boss' & FIL.

Aku bagi kan sebijik kek tu wat buah tangan. 

Gile korang gi umh orang yg ade ramai2 x bawak buah tgn???

Segan dowwww

Kalo parent Nasuha je ok jugak, ni penuh umah

 Oooooo.... mcm kenduri kecik.

Siap nenek belah mak Nasuha ade sekali.

Merasa la makanan orang Seremban yg pemes tu masak lemak ikn.

Perrrrggghhh pekat likat, nasib x pedas berapi, seme boleh mkn.

Termeterai la perjanjian seterusnye.

28/02/2015 ni akn bertunang

Insya Allah semua akn berjalan lancar.

Kami doa kn korang cpt2 kawennnn...
 
 Kami bertolak 11.30 pg dr Shah Alam

 cuaca amat cantik mengiringi kami 

 sempat lagik wefie anak bernak dlm kete

 sweet nye ank laki aku tuh
cubit pipi kang!!!!!

 mak2 pon nak jugak

 Balik dr Seremban kami lajak ke Melaka

Dah lama nak bawak MIL makan kat Umbai

Parameswara Restoran, makan plak ptg2 yg panas

Berpeluh2 hidung semua, nak plak makan asam pedas ikan pari

Leleh air liur weiiii

 Ni la bakal pengantin x berapa lama lagi

Budak2 tu tukang sibuk2 ok

tuan blog nak jugak enterprem sekeping hahahahahaha

p/s : sok aku updet cite tunang ok