tq my follower

Friday, April 1, 2016

Trip Hari Ke Empat ke Munich, Germany Musim Sejuk March 2016



Salam petang Jumaat di bulan April & Halooooooo.......

Hari ke 4 kami di Munich.

1 town yang aman dan cantik jer.

Kereta yang parking tepi jalan pon semua nya power-power.

Nangis-nangis tengok kete orang German!!!



Pagi-pagi dan round sekeliling hotel saja nak tengok tempat orang kan...

Jab lagi nak berjalan tempat lain pulak.

Selesai jer ngemas barang-barang dan bersiap tapi tak breakfast lagi.

Kami turun ke lobby Holiday Inn Sud, Munich tu untuk check out.

Sebab kami kena spend 1 hari ni untuk round town Munich tu.

So selesai check out kami pergi ke kereta yang dah parking dalam garage hotel dari malam tadi untuk sumbat segala lugage kami.

Parking hotel dikenakan 13Euro/24hours.

So malam tadi dalam pukul 11pm kami parking so kena out dari parking tak lebih dari pukul 11pm mlm ni laaaa...

Cite pasal parking di German ni kebanyakan hotel parking hotel adalah di basement, tapi diaorang panggil garage, nak masuk kena bagi tau reception dan hendaklah ditekan button macam kita kat sini dan ambil tiket.

Then baru pintu garage tu terbuka, kalo korang saje-saje pergi depan pintu tu, tak buat macam tadi sampai esok la korang duk depan pintu garage tu!!!!

Sambung cite tadi semulaaa.....

Aku pon bertanya staff hotel macamana nak dapatkan stesen train yang terdekat.

Dan berjalan kaki la kami dalam 7/8 minit ke stesen train tu.

Dalam perjalanan tu ramai kami jumpa muslimah yang memang orang German kot...

Sebab sweet je omputeh pakai tudung dangan anak-anak perempuan.

Tapi sebelum tu lupa nak cerita.

Pagi tadi sebelum check out kami dah tanya 1 teksi (Mercedes Benz) yang parking depan hotel tu charges untuk 1 perjalanan ke Allianz Arena (stadium bola Bayern Munich).

Driver teksi tu cakap dalam 25 - 35Euro depend on traffic.

So boleh tahan la kann.... 

Ingat nak la naik teksi pergi stadium tu.

Sekali masa kami tanya second time sebelum berjalan kaki ke stesen train tadi, tapi teksi yang lain la....

Dia charge 40Euro!!!!!

Melampo pakcik teksi tu, tau la teksi dia Mercedes!!!!

Tak jadi naik teksi Mercedes tuh huhuhuhu

Tapi sampai kat stesen train tu, kami terpinga-pinga bertiga masa nak beli tiket.

Belek punya belek tak faham camne nak beli.

Nak tanya orang pon tempat tu agak sunyi skit dengan orang.

Lagi pun hari tu hari Sabtu, orang German tak bekerja.

Kami decide pergi cari teksi.

Tapi kami nak ambik teksi tu di tempat teksi yang sepatutnya di tepi jalan.

Bukan macam di hotel tadi yang harganya melampau betoi!!!!!

Berjalan la kami bertiga ke hentian teksi tu selepas bertanyakan pada seorang posman (agaknya la sebab pakai basikal kaler kuning)

Sambil-sambil tengok bandar Sud Munich tu sambil tu bolehlah singgah untuk breakfast.

Kat Munich suhu pon sejuk jugak, so berjalan tu tak terasa sangat letihnya.

Berhampiran tempat tunggu teksi tu kami jumpa 1 cafe kecik.

Apa lagi perut masing-masing dah berbunyi-bunyi, marilah kita sarapan.

Pekena croissant dan hot chocolat, perrrrgggghhhh sedap betoi sejuk-sejuk tu.

Elok jer abis makan dan minum, nampak 1 teksi besar.

Mercedes yang mcm MPV tu, driver seorang perempuan, Ucu pergi mendapatkan maklumat.

Si Eva, driver teksi tu cakap average dalam 25 - 30Euro ke Allianz Arena.

En 'Boss' setuju dengan harga tu (sebab dia yang nak bayar) kami pon berdesup naik MPV tu.

Perjalanan dalam 45minit. Kalo jammed tambah lagi dalam 20 minit.

Tapi perjalanan kami smooth jer.

Betoi-betoi 45minit sampai tepi stadium tu yang nalaaaaaaa nye besar!!!!!

Tapi nasib kami tak berapa baik sebab petang tu 6pm ada game.

So tak boleh la menjelajah ke dalam stadium tu. 

Agak sedih jugak di situ.

Tapi kami tetap boleh jejak parking kereta stadium hihihihihihi

Berjalan la kami dari belakang stadium tu ke area depannya...

Mak oiiiiii punye la jauh, macam merentas desa 3x pusingan.....

Dengan angin kuat, sejuk, gigil kami redah jugak ke area depan tu.

Sebab kalo nak balik naik train kami kena ke situ jugak.

Takde pilahan lain!!!!!



Ni la area belakang stadium tu, Eva yang mendapatkan info dari guard di belakang tu yang petang ni ada game.

Sebenarnya aku dah check schedule game diaorang. 

Next game minggu depannya.

Sekali tersalah la pulak, kadang game diaorang pon berubah-ubah kan....

Setelah berhempas pulas merentas Allianz Arena Munich dari belakang ke depan tu...

Kami pon sakan la posing area depan stadium FC Bayern Munich tu.

Game 6.00pm kan tapi peminat bola tu kol 10am dah terpacak kat situ nak beli tiket la, la masuk dalam stadium laaa...

Maybe dari pagi ada event dalam stadium tu la aku rasa....

Orang tua, muda, laki pompuan anak kecik dan baby dalam stroller pon datang weeeiiiii....

Takjub kejab aku tengok kepoyoaan orang German nak tengok bola.

Siap pakai jersi dengan selimpang kain ape tu bagai..... 

Memang meriah sangat laaa... macam nak raya la kot kalau kite dekat Malaysia.

Tak dapat masuk dalam dekat luar pon kami posing jugak kan...

Bila lagi nak pergi sini kan...

Tapi malam cantik sangat stadium nih...

Merah sangat lampunya.....

Puas berjalan area depan stadium kami gerak ke tempat ke dua.

Dari Allianz Arena kami akan bergerak ke Marienplatz area town.

Kat area depan stadium tu la kami dengan kebluran nye sekali lagi try untuk membeli tiket di mesin.

Tekan-tekan macam tak keluar plak bahasa Inggeris.

Try lagi, sebab ramai sangat geng lelaki nak tengok bola tu yang membeli tiket.

So tak boleh belek lama-lama mesin tiket tu. 

Nak bertanya pon macam tak sanggup tengok diorang ramai-ramai.

En 'Boss' dah cuak, ajak naik teksi jer laaaa...

Gileeee!!!! Tadi dah naik teksi... mahallll ok!!!!

Tapi nak cari teksi pon kena menapak ke depan sana lagi.....

Cukuplah menapak tepi stadium tadi dekat 30minit kot huhuhuhuhuhu

Aku dengan muka tebal menanyakan pada seorang perempuan yang dalam perjalanan nak masuk stadium tu dengan 2 orang anak dan suaminya.

Alhamdulillah, dia boleh bercakap Inggeris dengan baik walaupun dia cakap dia rushing, tapi still boleh tolong.

Di Munich majoriti penduduk boleh bercakap Inggeris tidak macam Frankfurt, nama jer town tapi ramai orang German tak boleh dan tak mahu bercakap Inggeris.

Siap tunjuk tangan cross lagi bila kita cakap 'Excuse me.....'

Balik pada cite beli tiket tadi yer, terlalut pulak hehehehehe...

Yang kami blurkan tadi adalah zone, rupanya 1 zone jer yang kami kena select sebelum beli tiket tu.

Tq Miss!!!!!!

Berjaya juga membeli 3 tiket perjalanan sehala ke Marienplatz.

Harga dalam 5 Euro lebih seorang rasanya lupa dah hihihihihi...

Train ni terus sahaja dan tiada pertukaran train dan lane.

Stesen mana dan dari mana semua uollsss boleh gugel maps...

Keluar semua siap ade no train lagi.

Cume nak membeli tiket tu agak tak berapa faham tapi kalau rajin bertanya takkan sesat jalannya macam peribahasa tu kan????



Ehhhhhh cantik pulak stesen train kat stadium ni kannnnn....

Biasanya stesen train kat German dull jer takda yang menarik pon...

Tapi kat sini meriah dan nampak baru.



Elok je kami naik dari stesen train bila sampai ke Marienplatz tu....

Wowwww cantiknya bangunan kat sini......

Terpengun kejab..... sambil mata kedip-kedip pandang sekeliling.......



Ada Ucu bolehlah la gambar berdua kalau tak selfie jer lah kami berdua


Boleh dikatakan semua bangunan kat situ semua cantik dan antik (abaikan peha kepci ats tu yek)

Rasa tengok cite omputeh zaman kite budak-budak dulu...

Area ni banyak museum tapi kami just jalan-jalan dan tengok area luar jer...

Rilek dan santai kan....

Rasa lapar kami stop makan jab. Senang keje.


Hari ni memang ramai orang kat area ni sebab ada bola kan pukul 6pm nanti.

Sana sini fan club diaorang jer melepak-lepak reramai.

Merah, Bayern Munich 1 lagi hijau, tu aku tak tau team mane!!!

Pusing nye pusing jalan-jalan, ambik gambar, video lagi, masa ni handphone aku dah start bodo bodo alang!!!!

Asyik cepat jer battery weak. Aku dah hangin dah masa nih...

Powerbank pon dah tak boleh support.

Lambat jer nak charge, boleh pulak time-time ni ko nak wat hal kan!!!!!! 

Grrrrrrrrr!!!!!

Dalam pada panas hati pasal handphone....

Baik cari makan kan....

Gugel la kejab tempat makan halal, then dapat kedai ni Garam Masala dekat area Marienplatz jer tak jauh pon.


Cantik dan selesa restaurant India ni...

Kami order 2 set nasi, 1 lamb dan 1 lagi ayam.

Tapi dah makan skit kami order 1 lagi nasi putih dan ayam masala yang penuh dgn gravy dan yang penting pedassssss.

Walllahhhhh....

Alhamdulillah kenyang makan tengah hari tu.

Settle makan kami nak gerak ke Hard Rock Munich.

Hard Rock tu pon area Marienplatz tu jer, semua jalan kaki jer sekitar tu.

Tak perlu mencari train.

Area situ lagi ramai fan club tu berjimba-jimba sambil minum-minum air dia tu la kan...

Tapi diaorang berkumpul ramai-ramai tu takda pon usik orang lain.

Yang penting pak Polizei (polis) sentiasa ada berjaga 2 atau 3 orang kat area diorang berkumpul tu.

 So kite pon tak rasa takut lalu sebelah diaorang.

Diaorang bukan duduk minum-minum jer yer....

Siap nyanyi dan besorak ramai macam kat stadium tuh....

Macam aku yang tak bape biasa dengan keadaan tu agak gerun.

Tapi orang lain rileks je aku tengok hihihihii

Masuk Starbuck kejab pekena latte sebab sejuk sangat plak bile dah petang tu.

Lepas tu baru kami gerak ke Hard Rock Munich tak jauh dari Starbuck tu.

Jeng...jeng...jeng....

Masa tu la kami terserempak dengan 1 fan club bola tengah mengenakan sorang geng diaorang.

Orang lain sorakkan dia sebab dia berdiri atas kerusi. Orang lain berdiri kat bawah jer.

2nd time aku pandang aku nampak orang sekeliling dia dah londehkan seluar dia belah belakang.....

So 3rd time aku tak tengok dah... sebab En ' Boss' dan Ucu cakap diaorang londehkan semua sekali seluar budak tu sambil nyanyi...

Semua la nampak!!!!!

Korang ghaseeeeee?????

Aku rase diaorang semua dah mabuk tu, budak laki tu plak sure kalah betting apa-apa tuh.....

Orang German ni kadang macam orang gile pon ada kalau pasal bola!!!!


Hard Rock Cafe pon penuh dengan orang lepak-lepak sambil minum dan makan tengok belakang aku tu.

So kami just pusing shop sahaja, ambik sehelai sorang T-shirt, bayar then terus keluar dari situ.

Pusing-pusing lagi beli souvenir sikit then kami decide nak gerak balik ke Holiday Inn Sud, Munich.

Ambik kereta di garage hotel then gerak balik ke Heilbronn.

Dengan confident jer kami gerak balik ke Holiday Inn tak tengok dah gugel maps.

Sekali salah laluan hahahahaha

Gigih patah balik ke pangkal jalan, nasib tak jauh mana.

Sampai je garage hotel dalam pukul 5pm macam tu.

Kami terus setting GPS dan gerak balik ke Heilbronn.

Perjalanan dari Munich ke Heilbronn memakan masa dalam 3 jam tapi kami berhenti isi minyak dan ke toilet lagi dalam 4 jam jugak la.

Seperti biasa aku bantai tido dalam kete hehehehehe...

Aku biarkan en 'Boss' terkial-kial baca GPS kete dengan Ucu.....

GPS tu kena study skit baru tau apa yang dia terangkan.....

En 'Boss' sempat drive kereta dalam 1 jam jer kot, lepas tu dia macam tak berapa nampak pulak jalan sebab dah malam kan.

En 'Boss' kena ambil feel sebab esok Ahad 13/03/2016 hanya kami berdua sahaja yang ada dalam kereta untuk ke destinasi seterusnya.

Balik ke perjalanan tadi, tukar pulak Ucu yang drive

Alhamdulillah kami sampai di Heilbronn dalam pukul 9pm.

Heilbronn adalah satu kawasan kampung.

Hotel Ucu tu pulak betoi-betoi belakang sungai yang besar.

Sejuknya jangan cakap laaaa, gigillllllll siotttt aku pon x menahan-nahan sejuk kat situ.

Malam tu kami tumpang bilik Ucu jer so save bajet hotel. 

Lagi pun bilik Ucu besar ada 3 katil tapi stay seorang.

Settle mandi aku siapkan makan malam.

Macam biasa megi pedas si Nabil tu dengan nasi beriani cheese Brahim's.

Tapi aku sedikit sedih sebab nasi impit yang aku bawak dari Malaysia dah basi.

Aku bawa 10 bungkus mini nasi impit tu, sempat makan 2 je. Takda rezeki kan...

Masa ke Korea aku aku bawak 12 biji elok je tahan 8 hari.

So settle makan malam tu kami discuss nak stay di hotel mane next destinasi.

Tapi en 'Boss' agak stress nak bawa kereta sebab Ucu dah takda.

Dah la baru sekejab jer en 'Boss' try bawa kereta left hand drive tu.

Dia belum betoi-betoi serasi left hand drive tu.

Tapi aku diamkan je sebab rugi la dah sewa kereta tapi tak nak explore naik kereta.

Nak balik ke Frankfurt then lepak sana jer, buat apa kan....

Aku sedaya usaha memberi kata-kata semangat pada en 'Boss' padahal aku pon nerves nak drive jauh-jauh berdua di negara orang kan...

Tapi aku tawakal jer laaa...

So Ucu suggest kami duduk jangan dekat sangat dengan town.

Pinggir bandar macam di Munich tu so nak ke mana-mana just ambil subway @ metro.

Kereta hanya parking di garage hotel sahaja.

Untuk menggelakkan dari melalui jalan-jalan yang sesak dan pening nak cari jalan dalam bandar.

So malam tu kami kaji la sedikit tentang hotel di area pinggir bandar di destinasi kami esok.

Settle booked hotel baru kami tidur dalam kesejukan yang sangat-sangat di Heilbronn....

Nantikan cerita trip kami ke destinasi seterusnya....

Ok Chow.........



Monday, March 28, 2016

Trip Hari ke Tiga ke Munich, Germany Musim Sejuk March 2016


As Salam.....

Mari kita sambung cerita trip Europe..... 

Sarapan pagi hari ke 3 ni kami decide nak turun awal dari semalam.

6.30am dah sampai restaurant.

Lucky hari ni kurang skit dari semalam...

So lebih aman nak makan croissant tu banyak-banyak hehehehehe

Hari ni memang kami akan berehat sahaja di hotel sebab pukul 3pm kami akan ambil kereta sewa di Frankfurt HBF.

So berehat la sehingga check/out 12pm.



Elok settle jer check out orang yang dah duduk German 2 minggu si Ucu (adik bongsu en 'Boss') muncul dari Frankfurt Airport.


Kebetulan ada geng traning Ucu dari UK nak balik dah kampungnya. United Kingdom ok bukan Ulu Klang!!!!


So Ucu pun tumpang la untuk ke Intercity Hotel, Frankfurt .


Airport ke Frankfurt HBF dalam 15minit jer pon, tapi kalau drive tak dapat dibayangkan...

Dengan tram kiri,kanan tengah jalan raya. 

Bas lagi, kete lagi....

Area town ni kereta banyak giler...

Tengok pon tak sanggup rasa nak drive dalam town Frankfurt nih...

Lagi satu jalan raya ke highway ke di German agak sempit kalau dibandingkan dengan tempat kite.


So faham-fahamlah kalau kite ada kat tengah-tengah tu kennnn....

Cerita pasal si Ucu, sebenarnya dia dah 2 minggu training di Heilbronn, Germany.

Dalam 2 jam perjalanan dengan kereta dari Heilbronn ke Frankfurt.  

Kebetulan hari ke 3 dan 4 kami di Frankfurt tu 11/03/2016 dan 12/03/2016 adalah hari off  Ucu.

So kami join la travel sesama.

Tapi kali ni kami travel dengan kereta!!!!!

Baru betoi-betoi pengembara jalanan kan hehehehe 

(lagak noooww jab gi korang baca la apa jadi)

Ucu telah menyewa kereta dari Avis selama 5 hari. 

Korang kalau nak tau lanjut sila la gugel yer...

Sebab aku hanya tau cakap JAA (yes) or NINE (not) bahasa German kau jahhhhhhhh!!!!!!!

Tapi yang aku tau harga berpatutan kalau dibandingkan dengan menaiki train laju ICE ke negara -negara lain.

Di Europe ni kalau kita bergerak ke mana-mana dalam jarak dekat sangat berpatutan dari segi harga dan ketepatan masa.


Satu perjalan sehala ke Ziel dari Frankfurt HBF (3 stops) baru 2.5 Euro seorang jer.


Dengan menaiki tram, bas, subway(train), metro(train) waima teksi (tapi kena betoi-betoi cari laaaa) pon harganya masih mampu laaaa...


Tapi kalo cross border sangat mahal.


Di Europe ni ada banyak jenis train.


Yang laju tu nama nye ICE.


Aku tak merasa naik ICE tapi menurut pembacaan mak limah dari sape-sape yang pernah naik memang best & cepat.


Cuma harga la sangat mahal.


Tapi ade jenis jugak ICE tu. 


Banyak stop kurang skit mahal, kalo non stop fuhhhh yg tu yang mahal.


Nak murah skit korang boleh la booking online siap-siap setahun sebelum korang travel.


Macam aku 1 minggu nak pergi baru nak tengok online...


Ermmmmmm..... 


Memang tak la nak beli untuk 3 orang!!!!!!


Ni kereta yang kami dapat, sebenar nya kami memilih unutk menyewa Volkswagen Polo GTI, tapi hari tu hanya ada ini sahaja yang setara denan VW Polo tu dan 1 lagi Mercedes C200.

So kami pilih yang ni sebab lebih santai dan agak tinggi.

Selesai je urusan sewa kereta, kami gerak ke tempat parking kereta tu.


Kena ambil sendiri di parking yer.


Takde nya dia hantar depan korang!!!!


Tapi urusan booking aku serahkan pada Ucu.


Semua Ucu buat online, senang kan....


Nampak je kereta kami snap gambar sekeliling kereta.


Saja buat bukti kalo ada apa-apa berlakukan...


Kat sini procedur kita ambik kereta dengan full tank dan dipulangkan nanti pon full tank yer anak-anak....



Selfie kami pertama setelah reunite untuk tatapan anak-anak, ayah & mak dan adik beradik dalam group wassap hikhikhik

Setelah selesai tengok kereta, kami berjalan kaki ke Munchener Strabe iaitu ke Bayram Kebab House untuk lunch.

Malam semalam en 'Boss' dah janji dengan waiter kedai tu nak repeat lagi.


Memang 1st class dia layan kami.


Waktu lunch hour ramai orang Asia jer kedai tu.


Tapi kami still dapat table.


Menu meriah dekk noooonnnnn....


Kenyang sampai malam tu....


Siap makan kami pergi ambik luggage di Intercity Hotel.


Seperti biasa storage luggage free yer di hotel tu.


Sumbat dalam boot kereta.


Setting GPS Navigator dalam kereta tu then jalan.


Tapi oleh kerana 1st time guna GPS tu memang agak ke laut nak mensetting GPS tu huhuhuhu


Kali ni Ucu yang drive sebab dia dah try drive van company di Heilbronn.


Driver adalah left hand yer.


So en 'Boss' co pilot.


Aku passenger yang tidur je kat belakang hahahahaha...


Ngantuk aje kalo petang-petang!!!!!


Bergerak juga walaupon setting GPS tu macam tak berapa kena lagi.


Sebab kami menuju ke Munich yg jaraknya 4 jam 7 minit katanya google maps and GPS kete tu dari Frankfurt.


Tu belom tolak stop di RnR dan sesat barat lagi, jammed lagi ikut bontot lori lagi.... 


Fuhhhhhh... lap peluh kat dahi 

(sejuk pon berpeluh sebab gabra hehehehe)

Dalam pukul 3.30pm juga kami gerak ke Munich.


Bajet dalam pukul 8pm sampai di Munich.


Katanyeeeeee.....


Dari Frankfurt HBF pon agak strunggle nak sesuai kan dengan left hand drive tu.


Tapi dalam 30 minit Ucu dah dapat rentak untuk memandu.


Cuma..... cumaaaaaa....


GPS dalam kereta tu agak pening-pening ayam!!!!!


Asyik detour jer ditambah dengan salah masuk atau terlepas simpang yang sepatutnya.....


Adessssssss.....


Struggle dalam sejam jugak nak lepas ke highway dari jalan biasa tu.


Finally kami dah di highway Auto Bahn.


Yeeaaayyyy...


Baru lega mak!!!!!!! 


Senang nak lena kat  belakang.



Pemandangan yang cantik sepanjang highway Auto Bahn German


Nak tidur pon sedikit rugi...


Tapi ada ketika aku hanyut jugakkkk hahahahaha


Auto Bahn ni adalah highway German yang tidak dikenakan tol.


Yang paling hebat ade part-part yang tidak ada speed limit.


Tekan je la sampai abis meter kereta korang!!!!!


Tapi bukan kesemua tempat yer.


Kat GPS tu ada state berapa speed yang dibenarkan.


Kalau tetiba takde bulat merah ade nombor tepi sebelah kiri tu...


Haaaaa.... korang tekan la pedal tuh!!!!!


Kete orang German semua power-power!!!!


Link ke 4 yang paling slow pon 140/km orang German bawak!!!!!!


Korang ghaseeeeeee?????


Berbalik kepada perjalan kami ke Munich ni, dalam 2 kali juga kami berhenti di RnR.


Seronok berhenti kat situ, nak masuk toilet kena masukkan coin sahaja 0.70Euro, dapat kupon 0.50 Euro baru boleh lalu palang.


Bersih sangat toilet diorang.


Kupon 0.50 Euro tu pulak kite bole gunakan unutk membeli apa-apa yang dijual dalam kedai area RnR tu.


Kedai dia simple jer macam kedai-kedai dalam petrol pam kita kat Malaysia.


Tapi wajib menyediakan mesin coffee dan makanan ringan seperti roti-roti yang tetiba jadi peberet aku tu croissant.


Kalau banyak kupon boleh la pakai nak beli roti atau apa-apa dalam kedai tu.


Coffee di mesin tu tak boleh ye, kena pakai coin. 


Abis cerita pasal RnR.


Kami meneruskan perjalanan dalam ke Munich dalam gelap sebab 6.30pm dah gelap German ni.


Setelah melewati stadium Allianz Arena di pinggir highway berhampiran bandar Munich kami berhenti di Petro Pam Aral.


Baru terhengeh-hengeh nak booking hotel untuk malam tu, dah nama backpackers kan....


Semua on the sport la buat!!!!!


Kaji punya kaji kami decide nak stay di Holiday Inn Sud (Sud adalah South) tapi masa booked hotel ni tak tau lagi maksud Sud nih!!!!1


Google maps cari alamat Holiday Inn dan dengan gigih gerak ke hotel tu. Jam masa tu dah pukul 9pm.


Sekali kami sampai ke hotel yang salah. 


Kami tergugel Holiday Inn City Centre.


Makkkkkkkkk oiiii harapan musnah!!!!!!


Dah la Ucu tak berapa expert membawa kereta di malam hari left hand drive camtu huhuhuhu


Menurut staff hotel tu kami bukan client pertama yang salah pergi Holiday Inn kat Munich!!!


Ramai lagi orang lain.


Sebabnya ade 4 Holiday Inn di Munich.......


Nangis lagi tepi bucu meja receptionist hukhukhuk


Dengan letih, dengan lapor, dengan gabra jalan tak berapa nak nampak..... macam-macam dalam kepala otak masa tu!!!!


Ambik nafas sekejab lepak di lobby hotel Holiday Inn City Centre sambil fikir macam mana nak buat.


Walk in hotel sebelah-sebelah tu sangat melampau harganya!!!


So alang-alang dah booked tru booking.com di Holiday Inn Sud tapi belum buat apa-apa pembayaran.


Kami balik ke pangkal jalan.


Setting GPS dalam kereta dengan alamat dan jalan yang betoi dan sebagai secure lagi setting jugak waze di handphone.


Ade 2 petunjuk kali ni....


Tak sampai jugak tak tau laaaaa!!!!




Sempat melewati kedai kebab di bandar Munich, ingat nak singgah sekali memang tak dapat hukhukhuk


Makan kat bilik je la sampai nanti.


Akhirnye dalam pukul 10.30pm kami sampai ke Holiday Inn yang sebetulnya....


Fuhhhh..... alhamdulillah lega perut.


Dinner kami malam tu maggi tomyam dan nasi impit serunding daging dengan konsep santai sambil makan dalam gelas hahahahaha


Ni la depan Holiday Inn Sud Munich nih...


Area taman perumahan orang awam.


Aman, sunyi dan cantik sangat area ni......


Kita sambung aktiviti di bandar Munich pulak lepas ni yer...


Chowww......





p/s : setting GPS di kereta sewa korang kena tau alamat lengkap sebab yang paling penting adalah nama jalan tu sendiri, selain nama penuh tempat nak dituju, kalo tak macam kami laaaa