tq my follower

Friday, April 15, 2016

Trip Hari Ke Enam Ke Amsterdam, Netherlands Musim Sejuk March 2016

Assalam....

Lama pula nak share cerita hari ke 6 di Europe ni ye..

Musim panas nih nak menaip mood agak ke laut yer, maafkan Kak Ton!!!!!

Seperti biasa kami akan memulakan perjalan ke destinasi seterusnya pada awal pagi.

Check out dr Holiday Inn Schuman, Brussels dalam pukul 6.30pg dan 15minit lepas tu kami dah mula gerak keluar dari area Shcuman tu menuju ke highway.

Oleh kerana pagi jalan agak sunyi tetapi still ada kereta.

Kali ni kami banyak lalu town kecil sebelum turun ke higway.

Agak kelam kabut juga tapi under control.

Perjalanan memakan masa 2jam 30minit dengan 2 kali berhenti di RnR untuk sarapan dan isi minyak.

Highway Netherlands pon banyak RnR dan sangat selesa sama macam German.

Cuma speed semua 120 maxima, takda la non limit speed macam highway Autobahn.

Dalam pukul 11 pagi kami sampi di NH Hotel, Amsterdam Zuid dengan dapat sekali je dam lampu dari driver kereta lain sebab salah masuk lorong hehehehehehehe

Ampun mat salleh Netherlands!!!!!!





Baru siap breakfast di RnR yang aman damai sebab takda orang lagi, suhu 7 jer tapi sejuk macam ada salji nih!!!!!

Shopping pon sempat lepas breakfast buat bekalan di jalanan kan....

Tercapai juga cite-cite K.Ton dan ambil gambar dekat dengan kincir angin moden nih, tempat ni angin memang kuat, angin sejuk yang mencengkam tulang hitam tuh!!!!!


Selfie pertama selepas lega sampai NH Hotel Amsterdam Zuid.

Proses check in agak terperinci sikit, siap minta passport en 'Boss' bagai.

Hotel lain tak pernah minta passport pon.

Tapi staff sangat friendly dan fasih berbahasa Inggeris.

Tapi kami sampai awal so bilik belum ready lagi, so decide nak parking kereta di garage Hotel yakni di basement hotel dan terus keluar ke bandar Amsterdam.

Balik dari berjalan nanti baru kami akan check in semula tapi payment kami dah buat siap-siap.

Satu lagi kat hotel ni note 100Euro tidak digalakkan, nasib big boss hotel tu membenarkan kami membayar pakai note besar tu.

Settle tu rehat kejab dan aku dah bersiap-siap dari Subuh tadi di Brussels.

So tak perlu la tukar baju ke apa, just rileks kejab di lobi then terus boleh keluar ke bandar.

Masa ni handphone aku dah start buat-buat bodoh!!!!

Kejab boleh charge kejab tak boleh!!!!

Mak sedihhh nokkkk.....

Tapi trip tetap diteruskan dengan jaya ya sebab aku belasah ambil gambar dengan iphone en 'Boss' hahahahahaha gasak kan....

Kami di dalam tram nak ke Amsterdam dari Amsterdam Zuid.

Dengan sedikit penerangan dari staff hotel NH tadi kami berjalan kaki dalam 7 minit ke stesen tram yang terdekat untuk ke town Amsterdam.

Aku memang dah prepare maps dan google maps route untuk ke town tapi still tak berapa faham.

Seperti biasa ku terjah jer orang  putih kat stesen tram tu untuk bertanya.

Di sini tiket tram hanya boleh dibeli di mesin dengan menggunakan kad.

Kad apa aku tak pasti tapi bukan kad kredit atau debit kad.

Tapi kita still boleh beli tiket dengan driver dalam tram tu nanti.

Naik je tram kena terus ke depan tempat driver macam kita naik bas la kan....

Beli tiket bagi tau destinasi dan simpan tiket.

Tapi sini pon macam takda siapa nak check tiket kite.

Ko nak beli ke tidak ke takda siapa peduli laaaaa.....

Senang bangat kan?????

Tempat pertama kami jejak adalah Rijkmuseum nak mencari I LOVE AMSTERDAM.

Sekali korang tengok la gambar mak kat bawah tu..... semua huruf tak nampak huhuhuhuhu

Tapi janji kita pergi kan.......

Ni jer mampu mak buat depan wording nih....

Lepas ke I LOVE AMSTERDAM tu kami menyusuri canal dalam bandar Amsterdam tu sambal jalan-jalan cuci mata.

Sambil tu kami tengok juga tempat nak lunch kejab lagi.

Memandangkan hari tu hari Isnin banyak kedai makan cuti.

Tapi still ada yang beroperasi tapi banyak jugak yang start operasi jam 4 petang.

Kedai Indonesia pon banyak kat area situ, tapi aku tak pasti status kehalalan nya.

Akhirnya kami makan di restoran Crystal milik orang Turki.

Makan nasi okey dan tetap sedap dan memenuhi selera kami berdua siap tapau pizza bawak balik hotel hehehehe......

Tadi sebelum kami makan kami dah siap-siap cari di mana lokasi Hard Rock Cafe & Shop.

So abis jer makan kami terus ke situ.

Banyak jugak kami shopping kat Hard Rock Amsterdam ni, sebab di Brussels kami tak shopping pon.

Abis shopping tu kami jalan-jalan lagi dari satu canal ke canal yang lain, sampai la sampai ke area tengah la kot.... sebab jauh dah sangat rasa nye berjalan tu.

Ada tram sepanjang jalan tu tapi kami saje jer berjalan sambil tengok dan huhahuhahuha laki bini hehehe..

Berpeluang jugak masuk museum 18sx tu, ingat kan skit jer rupanya 4 tingkat hambeekkkk kau!!!!!

Jenuh nak khatam semua level, tak bawa anak boleh la kan....

Lepas tu kami mencari sedikit souvenir Amsterdam dan hari pon dah bergerak gelap.

Oleh kerana kami masih di situ kami sempat juga terjah red light strict alaaaa.. yang perempuan nya elok jadi pameran dalam cermin macam tingkap disimbahi lampu kaler merah tu.

Ni la area red light strict tu.... tak boleh ambil gambar berhampiran window-window tu, tapi dari jauh macam ni boleh la kot....

Tapi masa tu awal lagi baru 2 orang yang on duty yang lain-lain on the way kot hehehehehe

Tapi jujur aku cakap tak cantik pon perempuan dalam tu tapi body tip top laaaa.....

Ramai jer orang area tu walau pon baru jam 6 petang.

Siap buat rombangan kau, ade tour guide lagi, 
kau hadoooo???? 


Muka dah lemau giler keluar dari Brussels pukul 6.30 pagi dan berjalan-jalan sampai malam di Amsterdam.

Penat pusing-pusing town Amsterdam kami pon dah lemau 1 badan maka bergerak la balik ke hotel.

Oleh kerana pizza lunch tadi ade lagi kami akan diner tu jer bersama dengan maggi tomyam di hotel nanti.

Perjalan balik ke NH Hotel pon lancar jer, tapi kami berjalan dari stesen tram tu ke hotel dalam 7 ke 8 minit meredah angin dan sejuk malam memang mencabar.

Niat hati rasa nak terbang je macam superman hahahahaha......

Selesai mandi, solat jamak dan makan misi membooking hotel pon bermula, sebab esok kami akan drive balik ke area Frankfurt HBF untuk stay semalam lagi di sana sebelum fly balik ke Malaysia dan return kereta sewa sebelum pukul 3 petang.

Tapi cabaran baru bermula, aku gabra dah masa ni tapi dek kerana penat sangat aku tertidur juga sambil memikir tu.

Aku tinggalkan en 'Boss' decide dan membooking hotel malam tu.

Yang menjadi kepelikan tu semua hotel yang kami dah servey sebelum ni mengenakan harga yang tak masuk akal!!!!!

Elok je aritu tengok dalam RM500-RM600 tapi malam tu jadi 3.5K!!!!!!

Uuuuiiihhhh jauh beza tu kami ni backpackers sederhana jer bukan yang premium nak bayar mahal-mahal 1 malam.

Memikir kejadian tu la aku sampai tertidur, so next cabaran akan aku ceritakan di next entry ok...

Chooowwww!!!!!!


No comments:

Post a Comment