tq my follower

Monday, October 24, 2016

Ke mana kite nih??? Bercuti ke Hong Kong Jommmmm (part 2)

As Salam......

Kita sambung cerita ke Hong Kong yer sebelum semua ingatan hakak pupus yer...

Ahad 2/10/2016

HOLIDAY INN GOLDEN MILE, TST - THE PEAK TRAM TERMINUS - HARD ROCK THE PEAK - SHOPPING AT HARBOUR CITY

Cuaca yang sangat baik pagi Ahad tu.

Lepas Subuh sempat menyenguk ke luar tingkap bilik hotel level 10 tu.

Alhamdulillah kami dapat menjelajah hari ke 3 di bumi Hong Kong ni.

Trip kali ni kami hanya bawa bekalan roti kecil-kecil tu dan 2 kotak nasi segera Brahim's.

No maggi sebab memang tak nak bawa, no instant coffee sebab lupa hehehehe

Sekali bekalan roti tu, hari ke dua dah abis!!!!!!

So pagi tu kami just minum air tea panas jer.

Lepas semua dah bersedia, pukul 7am kami dah keluar ke Stesen TST menghala ke Central untuk menyempurnakan misi semalam yang gagal huhuhuhu....

Perjalanan hanya mengambil masa kurang 10 minit dengan 3 perhentian.

Dari Central kami mengambil teksi merah lejen tu menghala ke The Peak Tram Terminus dengan bayaran 22HKD sama harga yang kami bayar semalam.

Tepat 7.30am kami dah terpacak kat depan The Peak Tram Terminus tu.

Lapang jer... ada 5 orang je kot tourist. So menunggu la kami tram untuk ke The Peak.


 Muka segar dan happy sebab tak perlu tunggu dan berjalan poyo pagi tu.


 Mommy pon tumpang happy jugekk


 Pemandangan dari dalam tram


 Oleh kerana masih awal kami just berlegar di luar bangunan


 Ni sebelum kami minum tea O iced lemon di area belakang tu dan dapat la kami breakfast buah-buah campur yang ada di Pacific Coffee.

Dapat juga soalan bonus dari Eddin dan Rereen, donut & puff kat situ tak boleh makan ker???

Tidak yer anak-anak!!!

Jam 9am baru la The Sky Terrace 428 tu di buka kepada orang ramai.

So bertingkat-tingkat juga la menaiki eskalator nak ke atas sekali tu.

Aku dah mula seram sejuk sebab aku ni agak gayat orangnya.

Eddin pon sama, tapi kami buat cool jer.

Sampai jer atas tu, Subhanallah cantiknya pemandangan.

Adoi terposing sama pula dengan tourist dari India tu


 Orang belum ramai lagi so mana-mana side pon aman jer nak ambil gambar


 Ni area belakang bukit tu, celah-celah bukit tu tersergam rumah agam yang besar gedabak hokey siap bersusun kereta mewah keliling rumah, kagum tengok.


Kami sempat berbisik kat situ, cheeewahhhhh......

Orang bergaya dengan kasut baru tu....


 Pesanan untuk orang kat Malaysia dari Eddin dan Rereen.


 Kami gembira pagi-pagi berposing sakan atas tempat tinggi.
Ehhhh mana gayat kami tadi????


Aktiviti kesukaan Rereen tapi terpaksa tolong Eddin sebab dia pon nak join fill up card.


 Yeeeaaaayyyyy mandor estate bergembira.


Pagi kami yang ceria


Couple lama ni jangan di lupa hehehehe 


Level bawah Sky Terrace 428 ni ada Madame Tussaud yang ade patung lilin tu, tapi kami decided tak nak masuk situ.


Bergambar kat luar pon boleh kan????


Habis meround Sky Terrace tu kami turun ke level bawah tu untuk meround duit en 'Boss' pula hahahaha

Hard Rock The Peak ni tak la besar sangat tapi ada macam-macam jenis baju.

Yang paling aku suka baju untuk teenagers ada banyak.

Senang aku nak beli untuk Rereen dan Eddin sebab dah tak pakai baju kids okey.

Ambil punya ambil baju, sekali dengan baju orang kirim, tetiba salesman dari Filipina tu bagi tau kalau kami tambah lagi 2 helai baju, kami akan dapat free 4 helai baju.

Apa lagi rancak la kami memilih untuk cukupkan kuota hahahaha

Sambil memilih baju, budak berdua tu aku letakkan kat sini, bagi save energy sebab jab lagi nak merayap tempat lain pula.

Tapi dalam duduk tu sempat lagi membuat iklan, adoiiii la anak!!!!




Muka gembira lepas shopping baju banyak.

Selepas tu kami bergerak ke kedai souvenir berhampiran je dengan Hard Rock Shop tu.

 Sejak mula aku membuat itinerary, aku dah tau nak beli souvenir kat sini.

Melalui pembacaan aku memang kat The Peak ni souvenir murah dari kat area lain.

Lagipun memang kami tak plan pon nak beli souvenir tempat lain sebab tempat lain tu menurut pembacaan dari blog lain kena pergi ke pasar atau market tepi jalan.

Tempat ramai-ramai macam kat Mong Kok tu memang kena avoid kalau bawa anak-anak kecil macam kami ni.

Saleswoman kat kedai souvenir tu siap boleh cakap Melayu ko, bagus betul!!!!!

Selesai membeli semua yang dah tertulis dalam itinerary kami gerak turun semula ke Tram Terminus.

Ini budak bodek lebeyyy yer!!!! 

Sebab dapat membeli aircraft sebijik masa kat The Peak tadi, toys je mampu hehehehe

Masa menurun pon sangat mudah dan tenang sebab hanya beberapa orang je dalam tram tu.


 Selesai sudah misi kami hari ke 3 tu dengan happy dan aman jer.

Dari The Peak Tram Terminus tu kami ambil cab untuk ke D'Anguilar Street area Hard Rock Cafe semalam untuk lunch di Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria.

Ebeneezer's ni ada banyak cawangan area Hong Kong, kalau korang rajin listkan je semua senang nak pergi nanti.

Paling senang simpan je tisu kedai tu, sure semua ada kat situ.

Tapi antara 2 cawangan Ebeneezer's tu kami lebih suka di Asley Street.

Cab still mengenakan charge 22HKD sahaja.

Makan hidangan nasi berkongsi 3 meal untuk 4 orang,

Sekali tak cukup!!!!

Terpaksa aku menunggu untuk hidangan ke 4, janji korang kenyang dulu kan...

Muka kekenyangan dan tengah memikir kemana next destination nak diterjah.


Tokey baju hehehehe


Kemudian kami slow-slow turun dari bukit tu menuju ke Stesen MTR yang terdekat untuk balik ke TST.

Balik hotel, kami berehat sekejab mandi, solat dan tinggalkan barang-barang yang kami shopping tadi.

Kami turun semula dan berjalan ke area Harbour City, dalam 10-15 minit berjalan dari hotel kami tinggal tu.

Sebab aktiviti petang tu pon adalah shopping!!!!!

Mula-mula kami mencari ZARA sebab dah aimed nak beli baju budak-budak dulu.

Tapi Q bapak punya panjang, hampir-hampir terkandas hakak nak Q.

Dapat la merasa serba sedikit Rereen & Eddin.

Yang dia jer sesuai, yang mommy berkenan semuanya color tak menarik huhuhuhu

Lepas tu kami meround lagi tapi sebelum tu kami mencari dulu info dalam tu.

Nahhhhh hambekkkkk berderet butik-butik.






Harbour City ni memang area shopping yang happening yer.

Merata tempat ramai je orang.

Tak kira orang tempatan atau pon tourist macam kami.

Butik mewah berlambak-lambak kat sana lepas tu orang masuk butik tu macam masuk H&M atau Uniqlo jer.

Punya la ramai orang, bukan window shopping tau, tapi siap beli belah kauuuu.....

Berapa juta agaknya diorang bawak ekkkk????

Patutla orang kalau nak shopping pergi Hong Kong.

Next time kalau aku berhajat nak beli handbag branded seketui lagi harap boleh beli di Hong Kong ye en 'Boss'....

Dah pasang niat siap-siap nih.....

Aminnnnn moga-moga tahun depan dapat ber C pulak.....

Anak-anak settled, sekarang time mak pak dia pula.

Pusing nya pusing terkenan pada Kenzo, dapat la sorang sehelai buat kenangan di Hong Kong.

Harga pon jauh lebih murah dari di tempat kita, kami selalu juga  survey di Starhill, KL.








Balik dari shopping tu kami sekali lagi makan di Ebeneezer's Kebab & Pizzeria di Ashley Road sebelum naik bilik dan berehat untuk malam ke 3.

Eh... eh... malam tu en 'Boss' ajak lagi kami untuk melawat masjid di area Kowloon yang memang tak jauh dari Harbour City tu.

Oleh kerana letih kami ikutkan aje tapi nak ambil gambar masing-masing dah tak mampu senyum..

Kasi change kat en 'Boss' la posing di malam hari.

Sekejab je kot berjalan kat situ then kami balik ke hotel semula untuk tidur.

Harapan besar esok, Isnin cuaca baik sebab nak explore Disneyland pula.


No comments:

Post a Comment