tq my follower

Monday, October 24, 2016

Ke mana kite nih??? Bercuti ke Hong Kong Jommmmm (part 2)

As Salam......

Kita sambung cerita ke Hong Kong yer sebelum semua ingatan hakak pupus yer...

Ahad 2/10/2016

HOLIDAY INN GOLDEN MILE, TST - THE PEAK TRAM TERMINUS - HARD ROCK THE PEAK - SHOPPING AT HARBOUR CITY

Cuaca yang sangat baik pagi Ahad tu.

Lepas Subuh sempat menyenguk ke luar tingkap bilik hotel level 10 tu.

Alhamdulillah kami dapat menjelajah hari ke 3 di bumi Hong Kong ni.

Trip kali ni kami hanya bawa bekalan roti kecil-kecil tu dan 2 kotak nasi segera Brahim's.

No maggi sebab memang tak nak bawa, no instant coffee sebab lupa hehehehe

Sekali bekalan roti tu, hari ke dua dah abis!!!!!!

So pagi tu kami just minum air tea panas jer.

Lepas semua dah bersedia, pukul 7am kami dah keluar ke Stesen TST menghala ke Central untuk menyempurnakan misi semalam yang gagal huhuhuhu....

Perjalanan hanya mengambil masa kurang 10 minit dengan 3 perhentian.

Dari Central kami mengambil teksi merah lejen tu menghala ke The Peak Tram Terminus dengan bayaran 22HKD sama harga yang kami bayar semalam.

Tepat 7.30am kami dah terpacak kat depan The Peak Tram Terminus tu.

Lapang jer... ada 5 orang je kot tourist. So menunggu la kami tram untuk ke The Peak.


 Muka segar dan happy sebab tak perlu tunggu dan berjalan poyo pagi tu.


 Mommy pon tumpang happy jugekk


 Pemandangan dari dalam tram


 Oleh kerana masih awal kami just berlegar di luar bangunan


 Ni sebelum kami minum tea O iced lemon di area belakang tu dan dapat la kami breakfast buah-buah campur yang ada di Pacific Coffee.

Dapat juga soalan bonus dari Eddin dan Rereen, donut & puff kat situ tak boleh makan ker???

Tidak yer anak-anak!!!

Jam 9am baru la The Sky Terrace 428 tu di buka kepada orang ramai.

So bertingkat-tingkat juga la menaiki eskalator nak ke atas sekali tu.

Aku dah mula seram sejuk sebab aku ni agak gayat orangnya.

Eddin pon sama, tapi kami buat cool jer.

Sampai jer atas tu, Subhanallah cantiknya pemandangan.

Adoi terposing sama pula dengan tourist dari India tu


 Orang belum ramai lagi so mana-mana side pon aman jer nak ambil gambar


 Ni area belakang bukit tu, celah-celah bukit tu tersergam rumah agam yang besar gedabak hokey siap bersusun kereta mewah keliling rumah, kagum tengok.


Kami sempat berbisik kat situ, cheeewahhhhh......

Orang bergaya dengan kasut baru tu....


 Pesanan untuk orang kat Malaysia dari Eddin dan Rereen.


 Kami gembira pagi-pagi berposing sakan atas tempat tinggi.
Ehhhh mana gayat kami tadi????


Aktiviti kesukaan Rereen tapi terpaksa tolong Eddin sebab dia pon nak join fill up card.


 Yeeeaaaayyyyy mandor estate bergembira.


Pagi kami yang ceria


Couple lama ni jangan di lupa hehehehe 


Level bawah Sky Terrace 428 ni ada Madame Tussaud yang ade patung lilin tu, tapi kami decided tak nak masuk situ.


Bergambar kat luar pon boleh kan????


Habis meround Sky Terrace tu kami turun ke level bawah tu untuk meround duit en 'Boss' pula hahahaha

Hard Rock The Peak ni tak la besar sangat tapi ada macam-macam jenis baju.

Yang paling aku suka baju untuk teenagers ada banyak.

Senang aku nak beli untuk Rereen dan Eddin sebab dah tak pakai baju kids okey.

Ambil punya ambil baju, sekali dengan baju orang kirim, tetiba salesman dari Filipina tu bagi tau kalau kami tambah lagi 2 helai baju, kami akan dapat free 4 helai baju.

Apa lagi rancak la kami memilih untuk cukupkan kuota hahahaha

Sambil memilih baju, budak berdua tu aku letakkan kat sini, bagi save energy sebab jab lagi nak merayap tempat lain pula.

Tapi dalam duduk tu sempat lagi membuat iklan, adoiiii la anak!!!!




Muka gembira lepas shopping baju banyak.

Selepas tu kami bergerak ke kedai souvenir berhampiran je dengan Hard Rock Shop tu.

 Sejak mula aku membuat itinerary, aku dah tau nak beli souvenir kat sini.

Melalui pembacaan aku memang kat The Peak ni souvenir murah dari kat area lain.

Lagipun memang kami tak plan pon nak beli souvenir tempat lain sebab tempat lain tu menurut pembacaan dari blog lain kena pergi ke pasar atau market tepi jalan.

Tempat ramai-ramai macam kat Mong Kok tu memang kena avoid kalau bawa anak-anak kecil macam kami ni.

Saleswoman kat kedai souvenir tu siap boleh cakap Melayu ko, bagus betul!!!!!

Selesai membeli semua yang dah tertulis dalam itinerary kami gerak turun semula ke Tram Terminus.

Ini budak bodek lebeyyy yer!!!! 

Sebab dapat membeli aircraft sebijik masa kat The Peak tadi, toys je mampu hehehehe

Masa menurun pon sangat mudah dan tenang sebab hanya beberapa orang je dalam tram tu.


 Selesai sudah misi kami hari ke 3 tu dengan happy dan aman jer.

Dari The Peak Tram Terminus tu kami ambil cab untuk ke D'Anguilar Street area Hard Rock Cafe semalam untuk lunch di Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria.

Ebeneezer's ni ada banyak cawangan area Hong Kong, kalau korang rajin listkan je semua senang nak pergi nanti.

Paling senang simpan je tisu kedai tu, sure semua ada kat situ.

Tapi antara 2 cawangan Ebeneezer's tu kami lebih suka di Asley Street.

Cab still mengenakan charge 22HKD sahaja.

Makan hidangan nasi berkongsi 3 meal untuk 4 orang,

Sekali tak cukup!!!!

Terpaksa aku menunggu untuk hidangan ke 4, janji korang kenyang dulu kan...

Muka kekenyangan dan tengah memikir kemana next destination nak diterjah.


Tokey baju hehehehe


Kemudian kami slow-slow turun dari bukit tu menuju ke Stesen MTR yang terdekat untuk balik ke TST.

Balik hotel, kami berehat sekejab mandi, solat dan tinggalkan barang-barang yang kami shopping tadi.

Kami turun semula dan berjalan ke area Harbour City, dalam 10-15 minit berjalan dari hotel kami tinggal tu.

Sebab aktiviti petang tu pon adalah shopping!!!!!

Mula-mula kami mencari ZARA sebab dah aimed nak beli baju budak-budak dulu.

Tapi Q bapak punya panjang, hampir-hampir terkandas hakak nak Q.

Dapat la merasa serba sedikit Rereen & Eddin.

Yang dia jer sesuai, yang mommy berkenan semuanya color tak menarik huhuhuhu

Lepas tu kami meround lagi tapi sebelum tu kami mencari dulu info dalam tu.

Nahhhhh hambekkkkk berderet butik-butik.






Harbour City ni memang area shopping yang happening yer.

Merata tempat ramai je orang.

Tak kira orang tempatan atau pon tourist macam kami.

Butik mewah berlambak-lambak kat sana lepas tu orang masuk butik tu macam masuk H&M atau Uniqlo jer.

Punya la ramai orang, bukan window shopping tau, tapi siap beli belah kauuuu.....

Berapa juta agaknya diorang bawak ekkkk????

Patutla orang kalau nak shopping pergi Hong Kong.

Next time kalau aku berhajat nak beli handbag branded seketui lagi harap boleh beli di Hong Kong ye en 'Boss'....

Dah pasang niat siap-siap nih.....

Aminnnnn moga-moga tahun depan dapat ber C pulak.....

Anak-anak settled, sekarang time mak pak dia pula.

Pusing nya pusing terkenan pada Kenzo, dapat la sorang sehelai buat kenangan di Hong Kong.

Harga pon jauh lebih murah dari di tempat kita, kami selalu juga  survey di Starhill, KL.








Balik dari shopping tu kami sekali lagi makan di Ebeneezer's Kebab & Pizzeria di Ashley Road sebelum naik bilik dan berehat untuk malam ke 3.

Eh... eh... malam tu en 'Boss' ajak lagi kami untuk melawat masjid di area Kowloon yang memang tak jauh dari Harbour City tu.

Oleh kerana letih kami ikutkan aje tapi nak ambil gambar masing-masing dah tak mampu senyum..

Kasi change kat en 'Boss' la posing di malam hari.

Sekejab je kot berjalan kat situ then kami balik ke hotel semula untuk tidur.

Harapan besar esok, Isnin cuaca baik sebab nak explore Disneyland pula.


Friday, October 21, 2016

Ke mana kite nih??? Bercuti ke Hong Kong Jommmmm (part 1)

Assalam.....

Tajuk tak boleh blah hahahaha

Sempena perasmian view baru blog hakak jommm la baca cite baru ke Hong Kong.

Tapi aku memang pergi betul-betul ke Hong Kong weiiiii!!!!

Jangan tak percaya.

Seperti biasa percutian yang tidak diplan awal-awal.

Cakap jer seminggu sebelum pergi, booking tickets, booking hotel dan terus fly ke Hong Kong.

Itinerary pon kurang seminggu aku buat.

Nak terbalik biji mata aku mengadap lappy siang dan malam.

Ini semua en 'Boss' punya pasal lah!!!

Tapi aku saluted la ngn en 'Boss' selalu bagi aku task last-last minit.

Macam lecturer pula kan???

Tapi aku tetap berjaya membuat itinerary 5 hari 4 malam kami di Hong Kong berempat orang.

Ok marilah kite masuk ke cite ke Hong Kong.

Jumaat 30/09/2016


KLIA2 - HKIA - HOLIDAY INN GOLDEN MILE, TST - VICTORIA HARBOUR - WINDOW SHOPPING TST AREA


Flight kami jam 9.05am ingat nak tukar ke jam 7am sekali try kat web site air asia tu kena denda la dalam seratus juga seorang.

So mak jemah lupakan aje lah yer...

Dari rumah sedang elok lepas Subuh jam 6am, dalam pukul 7am dah sampai KLIA2 dengan cab yag aku call buat appointment dari Puncak Teksi sehari sebelum.

Testing...

Mencari tempat breakfast dulu

Perjalanan hanya 3 jam 25 minit sahaja tapi dalam tiket 3 jam 55 minit, tercepat tau....

Mana tak nya pilot & co pilot yang tersangat la muda membawa kami ke International Airport Hong Kong  (HKIA).

Ala-ala pelakon Korea kau!!!!!

Kami memilih premium flex seat yang depan, so dapat la makan sekali kan, menu kami 3 nasi lemak pak naseer dan 1 pasta untuk Eddin.

Sedap oiiii nasi lemak tu!!!!

On board pon yang memula laaaa, seat pon sangat selesa untuk perjalanan kurang 5 jam aku rasa sangat berbaloi beb!!!!

Aku dan anak-anak 1st time naik Air Asia X ni, selesa sangat.

Steward pon yang senior semua

Kami dulu yang melangkah so takda hal nak selpie mepie hehehehe

excited nih!!

Bukan main gembira dapat makan nasi lemak on board yer hehehehe

En 'Boss' aku suruh dia ambil seat depan sekali sebab kakinya panjang tak hengat so duduk la sorang 1st row sebab 2 seats lagi dah ada orang booked.

Kami dapat 3rd row so hi hi bye bye dari jauh je laaaaa....

 Sempat juga melayan mata sekejab

Hong Kong kami datang!!!!!!

Kot boleh terjumpa dengan pelakon Cina yang aku minta giler dari sekolah rendah, Leon Lai Meng...

Veraangan x hengat hahahaha mamat tu pon dah kerepot kot sekarang.

Baru settle semua dokumentasi di HKIA


Pemeriksaan Imigresen & Kastam Hong Kong mudah je tak sampai jam 1.30pm kami dah settle semua dan dah mula menjejak tiket-tiket yang telah dilist dalam itinerary, octopus card dan membeli sim card Hong Kong yang semua ada di HKIA tu.

Nak senang buat anggaran atau kira-kira 100HKD = RM50 + - laaaaa.....

Mula-mula kami ke China Travel Services (CTS) membeli tiket The Peak Tram & Sky Terrace 484 berharga RM150 untuk 4 orang ni anggaran je tau sebab aku dah lupe hehehe....

Tram tu tiket return yer maksudnya turun dan naik The Peak tu.

Kemudian kami memilih sehari lawatan ke Disneyland Hong Kong dengan harga RM850 (anggaran) 4 orang.

Harga tiket di CTS HKIA ni memang murah jika dibandingkan dengan online atau kaunter.

Selesai tu kami ke kaunter sebelah membeli 4 octopus card untuk kami menaiki MTR, train underground di Hong Kong.

Dewasa 150HKD dan kids 70HKD yang ni confirm aku ingat yer RM220 untuk 4 orang.

Kalau tak cukup dalam kad tu kita bole top up di mana-mana stesen train dan balance dalam kad tu kita boleh dapat balik jika kita return octopus card tu nanti sebelum balik ke Malaysia.

Kami hanya top up sekali seorang je tapi minimum top up adalah 50 HKD yer, jangan terkejut sangat nanti.

So tak rugi uollssss...

Last sekali baru aku ke kedai 1010 untuk mendapatkan sim card Hong Kong 118HKD dengan 5G internet.

Lain-lain aku tak ambil peduli hahahaha yang penting internet!!!

Selesai urusan yang semuanya ada dalam itinerary aku tu kami gerak ke hotel di Tshim Sha Tshui dengan teksi old skol warna merah kauuuu...

Dalam teksi lejen merah tu...

En 'Boss' tak mau ambil risiko mengheret luggage dari stesen ke stesen train.

Sangat senang mencari teksi ni dari dalam HKIA lagi adea signboard just follow jer.

Dalam 45 minit kami sampai ke Holiday Inn Golden Mile dengan rate 215HKD.

Selesai check in tapi kali ni kami terpaksa bayar sebelum check in sebab debit kad kami tak valid untuk dapat advantage tu sebab wording @ no. pada kad tu x timbul??!!!

Macam pelik kan?? 

Aku try keluar debit kad lain tapi semua debit kad tu sama jer..

So pasrah je sebab memang dah ready cash untuk bayar hotel tapi en 'Boss' tersilap tak kira tax sekali.

Bab-bab expenses semua keje en 'Boss' yer aku tak ambil port!!!

So tarik la duit shopping skit untuk top up.

Total hotel termasuk deposit 1K ialah RM5080 untuk 4 malam.

Takpe shopping nanti guna debit kad je kan hehehehe

Naik bilik rilek sekejab then terus turun ke Nathan Road untuk misi pertama mencari makanan halal.

 Bilik yang selesa untuk berumah tangga selama 5H4M

Internet hotel juga sangat efisien tapi kami bukan duduk hotel je 24/7 kan....

Tempat paling dekat sekali menurut goggle maps adalah Syed Bukhara (yang kedainya bawah skit je dari rumah kami di Shah Alam hahahaha) dua kali kami meround area yang sama sebab macam tak nampak walau pon dah sampai.

Sekali kena masuk dalam bangunan daaa......

Dalam Chungkin Mansion tu ada macam-macam kedai kecil yang menjual makanan halal yang banyaknya dari timur tengah.

Pusing dalam tu dekat 2 kali juga baru jumpa.

Kecil je kedainya tapi teh tarik pon ada. 

Dah la sedap pula tu.

Kami makan nasi beriani sebab dah petang kan, sekali dengan makan malam la tu.

Sebelum naik bilik kami tapau 2 slice pizza dari kedai pak Turkey untuk makan malam. 

Slice pizza di Hong Kong ni semua besar-besar yer.

Selesai makan kami naik bilik sekejab sebelum kami turun semula ke Nathan Road untuk ke Victoria Harbour.

Just follow je arah orang ramai terutamanya tourist sehingga kami sampai ke tempat tujuan dengan sekali sekala menggoggle maps takut juga tersasar jauh kan.

Depan The Peninsular Hotel
Bas double decker belakang tu tak pernah aku nampak slow, laju je memanjang kalau ambil corner, makkk aiiih seram kite duduk tepi jalan!!!!

Melepak-lepak di Victoria Harbour sambil mata melilau mencari Clock Tower sekali kat hujung Victoria Harbour jer.

Menghayati la kononnya tu

 fogging jer kan

Jumpa juga clock tower ni

Kat Hong Kong jam 6pm dah gelap yer magrib pon cepat sejam dari Malaysia.

Plan dari Malaysia nak wat camni 

Gurau senda waktu senja di tepian Harbour

en 'Boss' pandang mane tu???


Dapat juga bergambar tepi junk merah nih

Hong Kong dalam kabus senja



Puas menikmati suasana harbour dalam fogging tu, since sampai Hong Kong memang berkabus jer so pemandangan bandar Hong Kong pn agak berkabus la malam tu.


Brand yang baru yang aku belajar semasa di Hong Kong, up lagi levelnya dari LV katannya.

Ambil feel jer tepi butik.

Butik barangan mewah tu merata-rata tepi jalan nak ke Harbour tu.

Sempat juga kami pergi cuci mata.

Actually Hong Kong terdiri dari 3 pulau. Korang gugel la ye kalau nak tau.

Hotel kami berada antara 2 pulau tu. Memang mengadap pulau Hong Kong tu.

Esok pagi kami akan menjelajah ke pulau depan tu, Hong Kong.

Moh la balik anak-anak, dah tak sabar nak mandi dan melandinglan diri di katil.


Sabtu (01/10/2016)


TST stesen - Central stesen - The Peak - Hard Rock Cafe, D'Aguilar Street - Masjid Ammar - Sneaker Street, Mong Kok
(itinerary sepatutnya tapi dah ke laut kat bawah nun)


Subuh dalam pukul 5am lebih skit so cerah pon cepat di sini tapi pagi tu hujan turun selebat-lebatnya.

Rasa macam itinerary hari tu tak dapat follow jer huhuhu

Tapi kami tetap bersiap-siap macam nak keluar.

Hujan agak reda dalam jam 8am tu so kami terus ke Stesen Tsim Sha Tshui untuk ke Central.

1st time menggunakan MTR di Hong Kong.

Agak berjaya percubaan pertama sebab masih awal pagi so orang pon belum ramai lagi pun hari cuti kan...

Sampai jer di Central masih lagi gerimis.

Itinerary kami hari tu ialah ke The Peak satu bukit tinggi yang boleh melihat seluruh Hong Kong dan pulau tempat kami stay tu.

Lepak minum dulu di Starbuck, IFC Mall sementara tunggu hujan reda.

Elok je snap satu gambar hujan pon turun, celibas kami berlari hehehehe


Reschedule balik itinerary hari ke dua ni sebab hujan kan, so kami decided pergi masjid Ammar dulu sebelum ke tempat lain sebab hanya makanan halal kat situ je senang nak dapat banding tempat lain.

Lagi pon Eddin and Rereen dah tanya macam-macam kat Starbucks tu yang boleh dimakan, takda yer anak-anak. 

Minum tea je available kat situ huhuhu


Area Jardine House 


Ni la cara nak ke Masjid Ammar yang terletak di Steward Road dari IFC Mall.

Sempat lagi posing lepas layan ank-anak buat iklan (lapar).

Kami sempat membeli 4 biji pisang untuk bekalan di hari kedua tu sementara coklat bar memang dah tersedia dalam bagpack mommy dan papanya.....

Bawa anak-anak ni lebih mencabar kalau kite buat style backpackers yer, kalau dia kata lapar.

Time-time tu juga nak kena suap mulut tu.

Kalau tak macam-macam iklan dia orang buat, sabar jer laaaa...

 Merasa naik bas 2 tingkat ni di Hong Kong


Eddin la sangat suka dapat naik bas.

Setelah naik bas, salah plak tu turun bus stopnya, berjalan kaki lagi, mencari-cari jalan yang lurus hehehehe

Sampai juga ke Masjid Ammar, sekali melangkah je ke Restoran Dim Sum tu masuk full house la pulak.

Terpaksa share meja dengan orang Filipina 4 orang.

Kat sini maid ramai dari Indon dan Filipina so Sabtu dan Ahad kedai makan muslim memang penuh dengan diaorang jer.

Walaupon penuh dan padat dengan orang tapi oleh kerana lapar kami gagahkan juga duduk kat situ.

Owner kedai tu baik dan ramah tapi tempat sangat terhad, no choice la kami.

Tapi elok order sampai jer aku tengok berbaris orang Q untuk makan di situ.

Walupon waktu baru 12pm masa tu.

Kami sangat bernasib baik, Alhamdulillah...

Dim sum ni sedap bagi aku laaaa, en 'Boss' dengan anak-anak bo layan so aku sorang je perabiskan dengan cicah sambal cili yang pedas gile tu...

 Punya la lapar order 4 pinggan nasi goreng, sekali dapat penuh pinggan... masing-masing tak habis.

Muka senyum dalam terpaksa sebab dah lapar dan menu pula tak berapa sesuai dengan tekak masing-masing dah nama backpackers kan ni la kena hadap.

Selesai makan kami terus keluar dari kedai makan di tingkat 5 tu.

Baru kami meninjau-ninjau area masjid tu.


 Depan Masjid Ammar


 Tempat yang sangat aman dan di sekeliling dengan sekolah-sekolah orang Hong Kong


Sangat bagus masjid ni sebab dibuka kepada semua orang, siap diajak masuk lagi beramai-ramai.

Dari Masji Ammar kami ke Central semula dengan bas, tapi kali ni bas kami setingkat sahaja.

Turun je dari bas tu kami terus menghala ke Hard Rock Cafe, D'Aguilar Street.

Sebelum kami daki bukit tinggi tu sempat la menyinggah di Adidas.

Besar ye Adidas ni 3 tingkat, tapi kasut yang diidamkan en 'Boss' belum dapat ditemui di situ.

Tumpang bergambar ye tuan menekuin

Berhadapan dengan adidas tu ada butik MCM.

Merayap juga dalam tu tengok bag, hajat di hati nak sambar 1 yang merah menyala tu.

Tapi dah tengok betul-betul tak berkenan pula kite....

Tapi harga agak murah jika dibandingkan dengan Malaysia dan Korea.

The King

The Princess

The Mak pon tak ketinggalan yer

Abis meround butik MCM 2 tingkat tu baru kami kumpulkan segala tenaga untuk memanjat bukit ke Hard Rock.

Tu gaya lepas berjaya panjat bukit tinggi

Budak ni pon moody jer sebab letih berjalan-jalan

Tengah letih giler nih!!!

Semua muka berpeluh dan berminyak sebab walaupon hari mendung dengan temperature 28 darjah celcius, pagi tadi hujan selebat-lebatnya tapi sangat panas dan mencabar mendaki bukit tu....

Si Rereen yang paling kesian sebab dia pakai long sleeve sebab hujan pagi tadi kan....

Tapi sebab dah keluarkan hadap je laaaa...

Sampai jer Hard Rock tu kami terserempak dengan 2 budak lelaki melayu dari Kedah, mereka budak offshore yang turun darat sekejab sebelum teruskan perlayaran.

Lama juga en 'Boss' berborak dengan budak berdua tu.

Sekali kat HRC tu tak banyak sangat koleksi baju.

Nampaknya melawat kawasan je la kami atas bukit ni.

Berehat la korang yer jab lagi kita menapak lagi jauh hehehehe

Dari puncak bukit tu kami menggoggle maps ke Tram Terminus, untuk ke The Peak.

Oleh kerana plan asal dah terpesong kan so mane yang terbayang je kami akan redah.

Dari googlee maps 13 minit je dengan berjalan kaki.

Sekali koooo 30 minit tak sampai-sampai lagi.

Eddin dan Rereen pon dah berapa kali buat iklan, aduhhhh stress mak!!!!!

Berapa kali kena tazkirah di tengah jalan hahahaha

 Dah hampir ke jalan yang betul nih

 Stop kejab ambil mood nak mendaki lagi sekali

Muka orang keciwa nih, tapi mamat omputeh belakang aku tu lagi keciwa kan????

Sekali sampai kat situ orang beratur tunggu turn nak naik tram ke The Peak tu macam sehari semalam tak akan habis sob...sob... sob...

Letih mencari dan mendaki sekali sangat tidak boleh diterima akal!!!!!

So kami lepak kat tangga depan Pacific Coffee sambil order iced lemon tea, pastu keluar pisang ranum makan di tangga tu.

Sebiji rupa omputeh backpackers kalo merayap dalam KL nunnnnn hahahaha

Eddin siap boleh selelap atas kaki en 'Boss'. 

Aku dengan Rereen berlegar-legar je area tu.

Sambil ambil mood nak buat apa lepas tu.

Fikir punya fikir kami decided balik ke Tshim Sha Tshui (TST) iaitu are hotel.

Kali ni kami tak berjalan kaki dah, surrender beb!!!!!

Sebab kami nampak area depan kami tu berderet cab merah lejen tu.

So ambil cab merah ke Central Stesen.

Syukur panjang Eddin dan Rereen sebab dapat naik cab hehehehe

Dari Central Stesen kami ke TST tapi sempat top up octopus kad Rereen dan Eddin.

Risau juga touch nanti tak cukup.

Elok je kena sejuk aircond dalam train tu aku dapat idea.

Apa kata kite ke Mong Kok, Sneakers Street.

Sebab nak makan masih awal sebab baru 3pm masa yu.

So kami teruskan perjalan ke Mong Kok yang hanya 3 stesen dari TST.

Keluar je dari stesen Mong Kok tu, makkkk aiiii ramainya rakyat jelata, ada keraian apakah ini?????

Oooooo  rupanya memang orang ramai sangat area tu sebab syurga pakaian dan kasut sukan.

Hampir kesemua kedai menjual barang-barang tu,

Kedai kecil jer tapi semua barang rare.

Masak la  mencari kasut pilihan en 'Boss' yang memang fussy bab cari barang dia...

Matilanakkkkk!!!!!!

Dekat 50 kedai kot kami masuk untuk cari kasut tu.

Sudahnya aku just tunggu luar kedai je sambil mengheret budak berdua tu yang dah lemau seharian berjalan.

Akhirnya jumpa juga Adidas NMD yang diidamkan tu.

Rasa nak sujud syukur kat situ hehehehe sebab, yeayyyyyy!!!! 

Boleh balik ke hotel!!!!

Kami sempat ber hi 5 dengan seoarang perempuan Cina dari Malaysia masa memilih Adidas MND en 'Boss' tu.

Perempuan tu pon merungut yang cuaca di Hong Kong sama panas jer dengan cuaca kite di Malaysia.

Tapi apsal orang cakap sedap-sedap angin sepoi-sepoi jer!!!!

Tertipu tipah!!!!

Dia pon cakap ramainya la orang area Mong Kok tu, siap boleh tanya lagi Adidas Stan Smith aku tu beli kat mana???

Sempoi la amoi tu....

Ni kali ke berapa en 'Boss' try pon tak tau laaaaa...

Ini budak sudah tak keruan sebab letih berjalan ke sana sini.

Balik dari Mong Kok kami ke Ebeneezer's Kebab & Pizza di Asley Road dalam 6/7minit berjalan dari Holiday Inn Golden Mile.

Sebenarnya malam semalam en 'Boss' telah memulakan aktiviti pencarian kedai makan di area TST tu di kala kami semua dah lena tidur.

Makanan kat sini memang marvelous.

Anak boleh makan pizza yang sedap sangat.

Mak bapak boleh makan nasi beriani yang best dengan ayam yang pedas dan salad yang fresh.

 Nasi beriani dengan chicken masala yang spicy, boleh choose nak mild ke nak spicy letop yer

Tak sabar nak ngap!!!!

Kenyang perut suka hati, jom la naik ke hotel.

Makan je kenyang-kenyang pastu balik ke hotel sebab malam tu kami akan keluar semula.

Selesai mandi solat dan berehat di hotel kami bercadang nak pergi ke Victoria Harbour semula.

Semalam pergi harinya berkabus jer.

So malam ni cantik elok jer, so marilah la anak-anak kita menapak ke harbour setelah tadi makan dengan kenyangnya hehehehe

Keluar jer ke Nathan Road agak pelik melihat orang berpusu-pusu ke arah yang sama dengan kami.

Yang paling pelik jalan raya yang sibuk depan tu pon dah takda kenderaan.

Aikkkkkk, pehal ni????

Siap ada polis merata-rata tempat di Nathan Road tu.

Jalan raya ditutp kepada semua kenderaan.

Aku dah cuak, hampir aku ajak en 'Boss' balik ke hotel semula.

Sampai je hampir dengan last traffic light sebelum ke harbour tu aku terjumpa 2 orang akak Indon.

Aku tanyakan 'Kenapa ramai orang di sini ya??' Terasa macam Indon plak kui kui

Rupanya malam ni ada pertunjukkan bunga api besar-besaran di atas ruang udara Victoria Harbour tu.

So area harbour tu dah sesak dengan orang ramai.

Kami just stay di tengah-tengah jalan raya antara Holiday Inn dan Victoria Harbour tu.

Orang semakin ramai, kami sampai tu baru jam 8.30pm.

Tepat jam 9pm bermulalah percikan bunga api yang tak pernah aku tengok, AWESOME!!!


Di tengah ribuan manusia nih

Sempat lagi bermanja-manja tengah orang ramai, ada hakak kesah???? 





Tengok percikan bunga api dalam 20 minit je terus gerak membelah ribuan manusia untuk ke hotel semula sebab tak mau bersesak beramai-ramai dengan orang lain.

Tidur dengan lena malam tu sebab masing-masing dah sakit kaki hehehehe

Takda orang nak tolong urutkan sebab semua dah letih sangat.

Semoga esok membawa cuaca yang baik.