tq my follower

Monday, April 4, 2016

Trip Hari Ke Lima Ke Brussels, Belgium Musim Sejuk March 2016





Assalamualaikum semua.....

Sambung lagi cerita perjalanan kami di Eropah.

Malam tadi kami bermalam d Heilbronn, Germany di Sonne Hotel Badfrishcall kalau tak salah nama hotel tu.

Hotel di celah-celah rumah orang dalam kawasan kampung yang aman di belakangnya ada sebuah sungai yang besar.

Ehhhh macam puisi pulak hihihihihihihi...

Kami bertolak awal pagi 6.30am kami dah turun ke parking kereta unutk setting GPS dalam kereta.

Destinasi kami seterusnya ialah Brussels, Belgiummmmm



Ni la lebih kurang permandangan di Heilbronn, sila abaikan muka mak yang baru bangun tido tu yer hehehehe tapi mak mandi pagi ye!!!!!

Kami slow-slow keluar dari perkampungan tu terus ke highway.

Oleh kerana itu adalah hari Ahad tidak ada orang bekerja.

Jalan memang aman damai.

Sedamai hati en 'Boss' yang akan memandu seorang tanpa ganti ke 2 negara lagi.

Kalau salah masuk lorong pon tak berapa nak kena hon!!!!! Hahahahaha sebab takda orang kan.....

Bermula la tugas aku sebagai GPS voice secara rasmi!!!!!

Masuk jer sempadan ke negara Belgium.

Semua speed 120/km dah takda non limit speed macam Auto Bahn di German.

Keadaan jalan agak sama.

Tapiiiii....... sangat payah nak jumpa petrol pam atau RnR.

Tempat parking je banyak, pe hal tempat parking!!!

Orang nak kencing dan makan minum sambil berehat tak dapat yer.

Nasib kami takda nak terkucil di highway Belgium tu, kalau tak!!!!!!


Sangat tenang sepanjang perjalan ke Brussels, Belgium

Tengok laaaa..... kami je kan atas jalan nih hehehehehe

Sempat juga kami berhenti untuk breakfast di tepi highway Auto Bahn nih....


Kincir angin yang besar-besar ni bersepah-sepah tepi jalan.

Geram aku nak berhenti then ambik gambo bawahnya.

Nasib la semua nya highway takda jalan biasa.

So nak berhenti tepi highway tu sangat tidak selamat!!!!

Tapi ada satu kejadian tetiba GPS tak dapat detect jalan seterusnya sebab ada kerja-kerja pembaikan jalan.

So jalan pon ditutup, GPS pon bengong a few minit, aku gabra gile masa nih, nasib aku on Waze, dan Waze mengesahkan jalan yang tengah kami lalui tu memang jalan yang betul.

Lega hati, Ucu memang dah pesan, kena standby waze kalau apa-apa tak betul dengan GPS kereta tu.

Perjalanan 5 jam tak terasa dengan aman damainya keadaan jalan raya Auto Bahn dan highway di Belgium.

Cuma masa nak menghala ke town tempat hotel kami booked tru booking.com Holiday Inn Shcuman, Brussles tu agak kelam kelibut skit.

2 kali pusing roundboud kecil tu then slow-slow masuk 1 lorong celah-celah bangunan tinggi tu.

Betoi-betoi dapat parking depan hotel tu, Alhamdulillah..... selamat kami sampai ke Brussels.

Ucu pon sibuk dok tanya, akak dah sampai ke belum Brussels????

Dia pon agak risau Angahnya nak bawak kereta jauh-jauh tu.

Sampai jer hotel jam 11.30am terus kami dapat check in tanpa bayaran extra.

Dapat suite lagi.

Sangat mudah urusan di Holiday Inn dan satu lagi pembayaran penuh akan dibayar sewaktu kite check out nanti.

Tak pernah kot aku dapat peluang bayar selepas puas duduk bilik hotel. 

Holiday Inn jer, kat Munich pon sama macam nih.

Lepas check in kami rehat kejab, mandi siap-siap dalam pukul 1pm kami gerak keluar.

Dengan panduan dari receptionist kami ke stesen metro terdekat untuk ke town.

Stesen Metro Schuman tu la yang jarak 1 je dengan stesen yang meletup bulan March, lepas kami selamat sampai ke Malaysia tu, Stesen Maelbeek namanya.

Bila diingat-ingat seram pon ada, syukur pon ada.


Ni la area depan Holiday Inn Schuman, Brussels

Belakang tu la roundbout yang kami salah masuk tadi masa mula-mula sampai sini fuhhhhh....

Kat situ la juga letaknya stesen metro iaitu train ke town, kami akan ke Stesen Gare Centrale.

Sampai stesen metro bawah roundbout tu kami pergi belajar nak beli tiket train.

Sekali kena pakai coin dooowwww, coin ade skit jer pon...

Melilau plak cari tukaran syiling, nasib ade seorang perempuan yang memang boleh speak English besar hati bagi tukaran 5 Euro dalam coin.

Thank a lot miss!!!!

Boleh la kami berhuhuhuhu di town dan yang paling penting nak makan!!!!!!

Tak abis lagi layan gambar kat sini.....nampak panas terik kan.... tapi sejuk nya tuhan jer tau.

Oleh kerana kami sampai town dah after lunch hour so memang mencari kedai makan halal dulu sebelum menjejaki tempat-tempat lain.

Sepanjang jalan dari stesen metro semua kedai tutup. 

Tutup rapat pintunya!!!!!

Aku dah mula cuak sebab receptionist tadi dah bagi tau. 

Ada a few kedai je buka hari Ahad. Restoran memang tutup Ahad!!!!

Macam mane kalau kedai halal tu semua tutup hari nih!!!!! 

Lapar gileeee!!!

Setelah jumpe 2 kedai halal orang Turki tutup.

Kami berjaya jumpa kedai kebab. 

Di area ni semua kedai-kedai operasi macam biasa.

Tak macam kedai-kedai yang aku lalu tadi.

Hari ini aku makan kebab dan en 'Boss' makan mix grill.

Selesai makan, kami gerak ke area Mannekin Piss.

Tu jer pon bende nye hahahahaha kelako pon ada.

Korang tengok la bawah tu...





Orang jangan cakap la kan.... penuh area tu, aku nyelit je jauh-jauh

Dah berdua ni selfie jer la kami.... ni adalah Grand Place

Korang gugel la apa ada di Grand Place ni...

Kami jer #jangankecammak


Kami lagi.... tengok tepi bag aku tu, pergi mana-mana sure ade maps atau train maps di situ, backpackers la katakan hehehehe

Macam biasa bangunan kat sini pon cantik-cantik macam kat Munich aritu....

Memang tak melepaskan peluang round area bangunan tu, angin sejuk dan kuat sangat masa nih...

Sekali dia bertiup dengan aku aku pon bergerak weiiiii....... 

En 'Boss' pon bergerak ditiup angin tu!!!!! 

Bag pack kami pon jatuh bila kami nak ambil barang dari bahu masing-masing.

1st time kena angin macam ni....

Tapi still nak enjoy ambil gambar walaupon kadang-kadang kena nyorok tepi bangunan untuk elak angin sejuk.



Merasa juga waffle letup-letup yang semua orang dok cite kalau pergi sini.....

Memang sedap, mak kasi 5*****

Posing mengecut sebab sejuk giler.

Tetiba en 'Boss' pandai ambil gambar kat sini, kalau tak semua takda perasaan, semua ke lauttttt!!!!!! Ampun en 'Boss'!!!!!



Puas merayap area Grand Palace baru kami pergi ke Hard Rock Brussels tak jauh pon dari Grand Place tu.

Kali ni en 'Boss' je membeli aku tengok je....

Beli souvenir serba sedikit di area waffle tadi dan gerak balik hotel.

Ingat nak pergi ke Atominum tapi masa tak mengizinkan.

Hari dah hampir malam, sejuk pon semakin mencekam.

Besok kami akan drive lagi ke satu lagi negara.

So kena rehat secukupnya malam ni.

On the way balik ke stesen metro Gare Centrale nampak pulak basikal kuning nih, parking baik punya.

Hari cuti kan.... basikal pon berehat hehehehehe....

Diner maggi lagi la dalam bilik hotel.... backpackers kan... semua boleh.

Jangan lupa nantikan cerita next destination kami, chowwwwwww

No comments:

Post a Comment