Assalamualaikum.....
Lambat juga nak sambung cerita hari ke dua di Netherlands huhuhuhu
Last entry aku cakap, aku dah tertidur memikirkan macamana nak book hotel di Frankfurt kan????
Rupanya malam tu juga en 'Boss' pon tertidur sambil memikirkan hal yang sama.
Sampai ke sudah dia tak dapat juga hotel yang memenuhi bajet kami!!!!
Pagi tu lepas subuh kami berdua try lagi mencari dengan bantuan Ucu yang tengah berkerja dalam salji tebal di Munich.
Menurut Ucu Frankfurt tu ada game bola, sebab tu semua hotel mencanak harganya!!!!!
Adoiiiii terkena kami kali nih!!!!!
Kereta nak dipulangkan petang hari ke 7 ni pukul 3, tapi hotel tak dapat lagi!!!!!
Ucu mencadangkan kami balik jer Frankfurt, hantar kereta dan terus ke Airport dan stay semalam di Airport sebelum fly balik ke Malaysia, 2 hari 1 malam stay Airport tu!!!!!
Masakkkk, pishangggggg lagi!!!!
Sekali en 'Boss' come out dengan cadangan yang menarik dan berguna sesangat.
En 'Boss' cadang nak bermalam semalam lagi di NH Hotel, Amsterdam Zuid tu then call Avis (syarikat kereta sewa) untuk extend sehari lagi.
Ok so sekarang tugas aku untuk merealisasikan cadangan itu.
So lepas aku mandi aku call hotel dulu tanyakan bilik available ke untuk satu malam lagi.
So bilik confirm boleh stay lagi semalam.
Sekarang kami kena call Avis untuk maklumkan yang kami extend sehari lagi kereta sewa tu.
Try call avis tu tru handphone asyik yang keluar perempuan suara mesin tu aje!!!!
Grrrrrrrr!!!!
Dah la cakap German kan mana mak faham dek nonnnn!!!!
Suruh Ucu call kan pon sama juga.
Aku nekad turun bawah tanya kan pada staff NH Hotel.
Lantak korang la orang Netherlands pon hehehehehe
Aku tanyakan jer kalau-kalau dia boleh speaking German.
Ada sorang tu boleh faham skit-skit bahasa German.
Aku dailkan nombor then suruh dia dengar nak tekan apa.
Sebab instruction nya macam suruh kite pilih no.
Rupa-rupanya no yang aku dail tu salah ko!!!!
Wrong number makcik!!!!
Hahahahahaha, nasib staff tu faham then dia minta tengok no. di agreement kereta sewa tu then dia dailkan nombor tu sendiri.
Then terus masuk call then dia pilihakan bahasa Inggeris, simple jer kan.
Aku sendiri cakap dengan operator tu nak extend satu hari je lagi.
Terus aku bacakan no agreement sewa kereta tu, then opeartor Avis tu cakap, Ok mem that it!!!!
Laaaaa..... simple aje mende nak buatnya!!!!
Punya lah pecah kepala kami memikir dari malam td huhuhuhu
Settel call Avis dan check in untuk semalam lagi di NH Hotel, Amsterdam Zuid.
Kami naik bilik bersiap-siap sekejab then keluar semula untuk misi berjalan di Europe hari terakhir sebelum fly balik Malaysia esoknya.
So secara rasminya itinerary kami berubah mengikut keadaan semasa hehehehe
Berjaya la misi aku nak melawat kampung kincir angin yang orang Netherlands panggil Zaanse Schans.
Dengan bantuan staff hotel NH dia buatkan simple note untuk aku sampai ke Zaanse Schans.
Dari note tu nampak mencabar sebab kami kena naik bas lepas tu naik train, lepas tu naik bas lagi, tukar bas lain lagi then baru sampai kampung kincir angin tu.
Korang ghase aku sampai ke idok tempat tu dengan note pendek tapi bertukar-tukar public transportation tu??????
Dalam pukul 8.15am kami naik bas dari depan jalan NH Hotel sahaja.
Berhenti di 1 stesen unutk mengambil train pula.
Di stesen train tu kami beli tiket di kaunter yang ada penjual tiket so staff tu nasihatkan kami membeli 1 tiket yang boleh gunakan untuk semua public transport kecuali subway (train laju), bus, tram dan metro (train biasa) ko naik la berapa kali pon tak perlu bayar tiket dah dengan syarat tiket tu ko simpan elok-elok.
Itu pon kalau ada orang nak cek tiket ko la.... tapi tak pernah pon aku nampak orang nak cek tiket kat mana-mana area Amsterdam nih!!!!
Betapa la hebatnya orang Amsterdam.
Ni la muka orang happy sebab wishlist dia tertunai juga walaupon ada sedikit kesukaran tapi ada hikmah sebalik semua tu, syukur Ya Allah!!!
Ni gambar masa aku di stesen metro.
Jenuh juga belajar dan faham perjalanan nak ke kampung kincir angin ni.
Korang tengok la nama tempat tu, nak sebut pon mau terbalik lidah orang Melayu!!!!
Setelah abis naik train, 3 kali bertukar bas dan yang paling excited nya kami tak sesat pon nak ke sini.
Walaupon tengok routenya macam mencabar minda dan fizikal!!!!
Kincir angin di Zaanse Schans aku datangggggggg!!!!!!
Korang tengok aku gedik-gedik depan kincir angin ni kan....
Sebenarnya aku sangat-sangat sejuk sebab tempat ni macam kawasan sawah padi tau then yang tinggi hanya lah kincir angin ni saja.
Kincir angin ni bergerak dan berfungsi yer, korang ghase angin dia camne????
Bapak punye kuat dan laju dan sejuk weeiiiiiiiii
Tapi mak gagah jugak berposing kat tempat idaman hehehehe
Puas posing laki bini kami singgah di satu kincir angin untuk minum cappucino dan hot chocholate.
Perrrghhhhh sedap gile pekena minuman panas bile time angin kuat nih.
Tapi 5 minit jer badan korang panas, lepas tu beku balik beb!!!!!
Kami tak naik pon kincir angin tu sebab tak tahan sejuk, semua kincir angin tu boleh kite lawat sampai part atas nya, tapi berbayar la tak mahal semua kurang dari 10Euro.
Nachos & cheese
Sebelum kami posing area nih, iphone en 'Boss' terus drain.
Punya la sejuk kat sini.
Nasib tak lama lepas tu hidup semula
Misi kami berjaya untuk hari ke 7 di Europe.
Korang layan la gambar aku banyak-banyak kat bawah tu yer hihihihi
Ni tempat buat cheese, besar gedabak cheese nya!!!
Berjaya juga aku menyarung giant clog nih, sebelum ni aku tengok jer orang yang sampai Netherlands ambil gambar kat sini, sekali aku pon merasa!!!!
Thank you sangat pada chenta hati aku en 'Boss' sebab layankan kerenah aku ambil gambar, al maklumlah handphone dah masuk peti asi kat sini huhuhuhu
Lagi ada tiang semua kau posingkan hahahahaha
Last gambar sebelum kami gerak ke town semula, sayang nak tinggalkan tempat yang cantik nih.
Insya Allah ada kelapangan aku akan bawa Rereen dan Eddin ke sini juga satu hari nanti.
Balik dari Zaanse Schans tu kami hanya naik 1 bas sahaja untuk terus ke bandar Amsterdam.
La senang sangat nak balik rupanya, nak pergi bukan main susah lagi naik bagai-bagai kenaikan lorrrr.....
Tapi aku happy jer sebab misi yang kami rancangkan 85% berjaya di Europe ni.
Tapi kalau kami stay lagi 3 hari rasanya 100% mampu kami jejak misi nih.
Masa sangat mencemburui.
Itu pon kami sehabis daya dan tenaga bergerak awal pagi dan balik ke hotel hanya untuk tidur sahaja dalam 6-7jam sehari.
Bayar hotel dalm 600-800 semalam hanya untuk tidur kalau di Malaysia tak berbaloi kan????
Tapi ni Europe beb!!!!!! Pakai Euro!!!!!
Tapi kami tetap puas hati sebab duk hotel 3 & 4 star ni sangat selesa dan selamat.
Berbalik kepada cerita tadi kami terus je ke Amsterdam dari kampung kincir angin tu, dalam 1 jam kot sampai la town semalam yang kami explore.
Sampai jer terus kami terjah kedai Turki Crystal tu.
Order 2 main course then makan sampai puas, sebab lepas ni kami just nak walking around tanpa ada apa-apa aktiviti khusus.
Saja penuhkan masa sebelum balik hotel untuk tidur dan meneruskan perjalan yang jauh dari Amsterdam Zuid ke Frankfurt HBF.
Memang kami tak shopping kat Amsterdam ni, macam takde tempat menarik jer nak masuk shopping.
Tapi kedai-kedainya berderet-deret mengadap canal yang berlapis-lapis tu.
Sampai la kaki surrender nak berjalan lagi kami pon ambil tram dan terus bergerak balik ke Amsterdam Zuid.
Sebelum naik hotel ingat nak cari la bekalan minuman atau makanan kan kat area Amsterdam Zuid tu.
Turun jer di stesen tram area Amsterda Zuid tu kami gerak ke kedai runcit di situ.
Sekali bapak punye ramai orang dalam tu siap q sampai berlapis-lapis, abaikan jer la nak membeli kat situ.
So kami jalan-jalan area situ sekali mata aku ni tertumpu ke satu kedai.
Javanese Cuisine aikkkkk macam biasa tengok je wording tu.
Terus je masuk tanpa tengok logo apa-apa depan kedai.
Tengok-tengok makanan kite kat Malaysia weeiiiiii!!!!
Nasi goreng, bihun, mee sambal tempe petai, soto, bakso, goreng pisang, belacan fresh pon ada hahahaha
Walaupon perut masih kenyang makan nasi tadi tapi nak jugak merasa makanan kite, nampak sangat tamaknya ...
Oleh kerana tadi aku main redah jer kedai tu tanpa tengok notis halal ke tak depan kedai tu.
Selesai aku jamu mata aku keluar semula dengan en 'Boss' tengok apa ada depan kedai.
Sekali memang kedai tu halal.
Cantekkkk la sangat kan...
Sempat juga kami berborak dengan owner kedai tu yang datang dari Jakarta, Indonesia siap speaking melayu lagi!!!
Ikut hati semua aku nak makan skit-skit tapi kami decided beli bihun goreng dan sambal tempe petai.
Makanan tu dah siap masak, ambil timbang dan bayar.
Kerana tamak banyak juga aku ambil sambal tempe hahahaha
Tu aku di area kejiranan Amsterdam Zuid jalan nak menghala ke NH Hotel, kejiranan yang sangat aman damai dan harmoni, muslim pon ada kat area sini, jalan malam pon tak takut.
Di tangan aku tu la bihun goreng dan sambal tempe petai uollllssss beli fresh, balik hotel boleh terus makan.
Sampai jer hotel lepas mandi dan solat, sambil memikirkan perjalan esok yang jauh kami menikmati makanan kite dengan perasaan yang tak terkata....
Sebelum kami merebahkan diri di katil hotel sempat la layan tv kejab, ok juga channel tv Amsterdam ni.
Banyak channel BI tak macam Frankfurt seme bahasa diaorang jer tv tu!!!
Kita sambung lagi perjalanan hari terakhir kami di Europe melalui perjalan dari Amsterdam ke Frankfurt.
Chowwwww!!!!!