As Salam....
Mari aku sambung cerita hari ke 2 kami di Frankfurt.
Sebelum tu salam takziah dari kami sekeluarga diucapkan kepada mangsa pengeboman di Brussels Airport dan Stesen Metro di Maelbeek.
Setelah dikaji dan di google maps hanya 4 minit sahaja dari hotel penginapan kami masa di Holiday Inn Schuman, Brussels ke stesen Metro yang dibom itu.
Skeri pulak bila diingat-ingat....
Okey la mari kita beralih ke cerita asal....
Oleh kerana itinerary kami hanya sekitar Frankfurt, kami decided turun breakfast pukul 8am.
Sekali punya na na na nya ramai omputih duk breakfast.
Semua pakai smart & cantik.
Kira semuanya orang nak pergi office atau nak attend meeting area situ.
Kami je yang nampak sangattttt tourist yang nak berjalan santai-santai area situ hehehehee
Macam biasa kami hanya makan buah-buah, yogurt, roti kosang dan aku up 1 lagi telor rebus hikhikhik
En 'Boss' dok gelakkan aku makan hard boiled egg tuh...
Ade aku kesah??? Bagi tenaga telor tu kot!!!!
Lambat skit rasa lapor, kang dibuatnya tak jumpa kedai makan halal.
Naye beb!!!! Sampai malam aku berlapor huhuhu
Lagi satu aku suke roti croissant (betoi ke spelling aku nih??) roti kosong dia....
Lembut giler!!!!
Berlayer dalam nye... so makan sampai kenyang la roti tu.
Tengok belakang aku tu, tu baru yang tua, yang muda belia lagi segak bergaya nak pergi kerja
So ni kami dalam perjalanan ke area Ziel dari Frankfurt HBF
Macam biasa beli tiket di mesin, tapi make sure guna note kecik.
Note 20 tak boleh diterima mesin tu yer.
Romer @ Romerberg satu dataran yang selalu tourist melawat
Kami pon tak ketinggalan hokeyyy
Dalam cuaca sejuk tu handphone pon cepat je freeze.
Geram pulak kite!!!!!
Dari Romerberg tu kami gerak ke Euro Tower dengan berjalan kaki sahaja.
Tapi sebelum sampai Euro Tower tu aku mcm lost dengan en 'Boss'.
Agaknya aku still tak boleh mengikut masa di German.
Masa ni dalam pukul 5pm memang waktu tidur di Malaysia so otak pon beku.
Tengah-tengah dataran tu dengan map di tangan macam tercari-cari arah dan jalan yang betoi.
Betoi-betoi macam yang selalu kita nampak omputeh datang Malaysia tu...
Cuma yang beza cara dress up.
Malaysia panas, tapi Frankfurt lain, dengan angin sejuk yang sangat kuat dan sejuk gilerrrr beb!!!!
Luckily ada seorang orang German kira orang office la pakai segak jer dengan kasut kilat datang bertanya something kat kami berdua.
Mula-mula en 'Boss' refuse, tapi tengok keadaan omputih tu dan lokasi di tengah-tengah dataran yang penuh orang duduk berehat-rehat (orang German lunch hour tak makan, just lepak & jemur tengah panas tapi sejuk sambil smoking dan minum kopi sahaja).
Omputeh tu dengan rela hati menunjukkan jalan dan arah yang betul untuk kami tujui...
Fuhhhh.......
Jumpa juga tower tu
Sebelum trip ni banyak blog kami baca yang jangan cepat percaya orang kat Europe ni.
Sebab ramai pencopet la...
Macam-macam so kami memang sangat berhati-hati nak percaya dengan orang Europe.
Sempat kami lepak minum cappuccino bagi hilangkan rasa sejuk.
Tapi hilang sikit jer pon, 5 minit pastu gigil balik jalan dalam angin sejuk yang kuat walaupon suhu 4/5 jer.
Ni pon salah satu bangunan tepi jalan.
Tapi aku pon tak pasti bangunan apa hehehehe
Ni adalah 1 jambatan di area sungai belakang Romerberg tu
Bila angin kuat jambatan ni beralun-alun mengikut angin.
Debor-debor plak kite berjalan atas jambatan ni..
Ni area kedai kopi yang kami singgah tadi.
Setttle berjalan-jalan sambil mencari kedai halal...
Misi tidak berjaya sebab semuanya jauh sangat dari area Ziel.
Kaki dah tak larat berjalan sebab dah petang.
So kami makan je di kedai yang serve fresh fish dan seafood sahaja.
Ade ramai orang Asia dan Arab dalam kedai tu.
Aku ambik fish wrap macam gambar tu.
En'Boss' ambik fish & chip.
Settle makan kami slow-slow gerak ke area Ziel semula.
Tapi hari ni kami lebih santai sebab semalam dah sambar skit sorang hehehe
Hari n just chill dan tengok je orang ramai area Zeil tu.
Boring tengok orang kami slow-slow ambik train balik ke Intercity Hotel.
Sebelum naik ke hotel kami singgah makan nasi set dengan lamb di Bayram Kebab di Munchener Strabe.
Memang terbaik set tu.
Tadi siang makan wrap je kan.... malam sedap la skit makan nye.
Pada pandangan aku kalo kita makan set nasi agak mahal di Frankfurt ni dalam 14-20 Euro per plate.
Tapi kami share berdua so kira okey la.
Lepas makan terus kami berjalan pulang ke hotel.
Penat giler berjalan seharian sampai krem betis aku huhuhu
Last kena masa preggy Eddin kot....
Seram plak bile ingatkan semula....
Besok kami akan bergerak agak jauh dari Frankfurt.
Memang betul punya travel esok....
So nanti kan....
Cerita travel kami yang sangat mencabar di bumi Germany!!!!!
No comments:
Post a Comment