tq my follower

Thursday, October 13, 2011

Henna....... Mcm2 Cite

Semenjak dua tiga menjak nih, byk benor aku baca pasal artikal Henna (ukir2 inai kat tgn & kaki) ni tak boleh, dalam kata lain haram la dibuat. Ade mcm2 cite yg kuar dlm fb, antara nyer yg dua kat bwh nih!!!

Cite Satu
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."
 
Cite Dua
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

 Tapi bagi aku, aku mmg suke & minat buat henna ni. Pada aku, aku ikut mane yg aku belajo masa sekolah dolu. Janji kite tau ape yg kite buat & yang penting dapat keizinan dari suami.

Actually sume bende ade mcm2 pendapat, kalo nak lebih lanjut rujuk la pada yg memang berkelayakan, jgn mudah percaya dengan sume cite2 yang dipublish di mane2.... 

Macam jugak potong kuku, masa perempuan sedang datang bulan, mcm2 pendapat ade, so pandai2 la kire mengikut pendapat yang betol & sewajar nyer. 

Sebab Islam itu memudahkan keadaan bkn merumitkan keadaan (kata2 seorng Ustaz dlm TV9, name penuh aku x hengat)

No comments:

Post a Comment