tq my follower

Thursday, May 26, 2016

Trip Hari Ke Lapan dari Amsterdam ke Frankfurt HBF, Musim Sejuk March 2016

As Salam...

Sambung lagi trip hari terakhir di Europe.

Hari ke lapan adalah hari terakhir kami di bumi Europe.

Tapi kami ada lagi misi nak kena selesaikan sebab dah bertukar plan yang asal.

Pagi dalam pukul 6.30am waktu Amsterdam kami dah check out NH Hotel.

Beruntung sangat sebab parking hotel selama 2 hari 2 malam free.

Slow-slow kami bergerak keluar dari kejiranan yang aman tu.

Sebab sekeliling hotel tu adalah area rumah tinggi macam apartment dan macam-macam jenis rumah yang sangat aman, sekolah pon aku tengok tak ramai sangat studentnya.

Seperti biasa jalan raya aman-aman jer...

Tapi kali ni kami banyak melalui bandar kecil sebelum masuk ke highway, agak mencabar sebab nak mengingatkan yang en 'Boss' memandu left hand.

Ada sedikit kucar lana bila kami melalui traffic light dan simpang-simpang.

Tu belum orang Netherlands melintas dengan basikal keluar masuk simpang!!!!! 

Fuhhhh....

Maafkan kami orang Netherlands!!!

Akhirnya dah lega masuk highway baru kami berhenti di RnR untuk bersarapan dan meneruskan perjalanan jauh selama hampir 5 jam.

Siap beli jajan lagi supaya tak boring dalam kereta.

Kat Malaysia jangan harap la nak buat macam tu dalam kete en 'Boss'!!!

Berhenti dalam 3 kali juga la untuk isi minyak dan berehat.

Dalam pukul 12pm kami sampai di Frankfurt town. 

Tapi belum sampai lagi ke HBF tu untuk hantar kereta.

Setting GPS buat hal la pula sebab tak boleh accept nama jalan yang kami masukkan kat situ.

Melilau jugak en 'Boss' bawak kereta di celah tram dan kereta yang penuh sesak itu.

Aku dah gabra gile masa tu, walaupon tau kami dah dekat sangat dengan tempat tujuan tapi memndangkan keadaan traffic yang sebegitu.....

Tak boleh bayang betul ah... seram perut.

Alhamdulillah dalam gabra dan lost tu aku try on handphone aku yang dah nak masuk museum tu, boleh pulak......

Aku on Waze then masukkan nama jalan yang sebenar.

Dalam 10 minit kami ahirnya berjaya ke Frankfurt HBF.

Legaaaaa tak terkata masa tu.

Terus kami ke parking Avis di mana tempat kami ambil kereta masa mula-mula sewa hari tu.

Masa tu baru 1.30pm, kami still ada masa nak pulangkan kereta sebelum pukul 3pm.

Kami tinggalkan luggage dalam kereta dan berjalan kaki ke Bayram Kebab untuk lunch dan merehatkan badan serta otak lepas penat memikirkan jalan pulang tadi hehehehe

Sambil berjalan ke Bayram Kebab tu sambil bercerita keseriauan masa kami di celah-celah kesesakan tadi.

Sebelum ni hanya memandang jer driver di Frankfurt ni memandu selang seli dengan tram dan kereta dan orang yang menunggang basikal dengan laju.

Feeling yang sangat-sangat lain tapi berjaya juga redah hingga ke pangkal jalan... cheeewaaahhh

Lunch dengan set nasi putih dan lauk-lauk bersama lentil soup yang panas di kala sejuk dan hati yang lega amat!!!!

Abis lunch sempat beli souvenir area Frankfurt tu then terus ke kereta, ambil luggage dan settlekan return kereta sewa di Avis.

Dalam pukul 4 kami dah gerak ke Frankfurt Airport.

Tiket flight kami pukul 7.45pm.

Tapi kami sampai awal dengan hati yang lega.

Walaupon baru lepas drive 5 jam. 

Macam tak percaya tapi perasaan dan kepenatannya tak sama kalau kita drive di Malaysia.

Sebab cuaca pon ye juga, sana kebanyakan highway still turun snow lagi walaupon tak nampak seketul-seketul jatuh debukk atas kereta hahaha...

Menunggu la kami di lane Etihad Airways walaupon masa masih awal sambil berehat dan meluruskan kaki.

Badan dah mula penat tapi memang berkobar-kobar nak balik Malaysia.

Dalam jam 6pm kaunter telah dibuka untuk check in luggage.

Selesai urusan tu kami terus ke kaunter tax untuk claim tax yang tak seberapa tu.

Sekali orang jaga kaunter tu minta nak tengok barang yang dibeli.

Apaa????

Barang semua dah selamat check in tadi.

Ooooo.. kami sedikit silap di situ, takpa lah mungkin takda rezeki di situ.

Lagi pon berapa je dapat claim sebab kami tak shopping banyak pon, ala-ala jer...

Lepas ni kami dah tau yang barang dibeli kena hand carry.

Belajar dari kesilapan kan....

Sempat en 'Boss' melepak di Starbucks dalam area menunggu tu sebelum kami lalu Kastam dan Imigresen.

Aku masa ni dah tak lalu makan sebab aku dah tibai crosssaint coklat masa tukar duit kecil di Frankfurt HBF tadi. 

Selesai melepak abiskan masa tu kami lalu pulak pemeriksaan kastam, lepas.

Imigresen pon lepas tapi boleh pulak aku dipanggil balik dek imigresen perempuan tu!!

Sebab dia nak cek random especially muslim, siap buka back pack MCM aku tu untuk cek kalau-kalau ada kesan chemical ke apa ker????

Kau ghaseeee????

Semua mata pandang kat aku dan en 'Boss' macam kami pengganas pula kan!!!

Sah-sah la negative scanner yg cek kesan dalam bag pack aku tu!!!

So kami dilepaskan ke balai menunggu.

Masa ni pula perut meragam... adehhhh laaa...

En 'Boss' dah tergelak-gelakkan aku time nih.

Nasib botol air kosong ,masih ada dalam bag en 'Boss'.

Kami tak sempat clearkan lagi barang-barang dalam bag masing-masing.

Lega juga perut buat hal di balai menunggu.

Dibantainya buat hal dalam flight, elok-elok tengah nak naik!!!

Haru beb!!!!!

Tepat jam 7.45pm waktu German kami terbang 7 jam ke Abu Dhabi dengan cuaca yang elok tapi telinga yang agak pekak.

Sebab anak orang arab yang stay x berapa jauh dari kami tu 2 jam jer senyap.

5 jam lagi melalak-lalak tak sudah-sudah.

Tension mak!!!!

Anak omputih depan aku tu kecil jer elok tak menangis pon.

Siap main au chak au chak lagi dengan aku hehehehe..


Ni jer sempat aku snap masa di Abu Dhabi, transit 2 jam, lain-lain memang aku dah surrender sebab nak tidur je hahahaha

Transit Abu Dhabi dalam 2 jam then terbang semula ke Kuala Lumpur 7 jam lagi.

Time ni kami aman-aman jer 7 jam dalam flight tu.

Tapi masa transit Abu Dhabi kami sempat jumpa seorang abang dari Penang.

Dia follow travel agency pergi Rome dan Italy.

Makan susah area sana dia cakap.

Hari-hari dia makan salad sayur dan pizza.

Dah la yang follow tu semua veteran.

Na na na na na na.... naik darah tinggi masing-masing sebab orang Italy punya makanan masin-masin.

7 jam yang aman dengan makan dan tidur sahaja kami laki bini.

Sampaki KLIA dalam pukul 9.30pm.

Settle ambil luggage kami ke teksi bajet untuk Q ambil teksi ke Shah Alam.

Baru RM63.00 sahajam, tapi masa kami pergi hari tu dekat RM90 kena charge teksi dari Shah Alam ke KLIA, mahalll siutttt.....

Lepas ni kami dah tau nak pergi KLIA naik bas Selangor jer di belakang Maybank besar seksyen 14 tu.

One way baru RM15, tak kira la bas tu rileks jer kena potong dek lori sampah!!!!

Janji sampai yer idok?????

Sekian la cerita aku 9 hari 8 malam di bumi Europe merentas 3 negara Germany, Belgium dan Holland @ Netherlands.

Pengalaman yang sangat berharga bersama en 'Boss' chenta hati aku dulu dan selamanya...

Lepas ni kami plan 1 lagi trip ke Europe dengan membawa 2 orang chenta hati Rereen dan Eddin.

Insya Allah, kena kayuh laju-laju untuk persediaan ke Europe 4 orang pula.

Semoga perkongsian aku ni memberi sumber inspirasi orang lain untuk mengembara ke negeri orang.

Dulu tak pernah pon terbayang dapat ke negara orang, dalam tak sedar tahun ni 2 negara kami jejaki.

Syukur ya Allah...

Jumpa lagi di lain entry...

Wassalam....