Assalamualaikum semua.
W/pon dah byk org publish pasal raya Haji tapi aku br nk updet, ade aku kesah!!!!!
Oleh kerana raya pose kami just suam2 kuku jer, so raya Haji nak meriah skit la kan..
Khamis tgh hari, lepas Rereen blk dr skol kami gerak ke Slim River, Perak.
Jalan belom jam lagi, peaceful....
Lunch kat kg jer la. Tapi kali ni en 'Boss' bawak sorg ank buah dia dr Telok Panglima Garang.
Sampai jer kg, MIL & FIL baru siap masak lemang 7 batang sambil dibantu adik-adik en 'Boss' Ucu dan Ude. Rendang ayam kampung 2 ekor.
So kami x sempat tolong buat ape-ape pon. Semua dah beres.
Mlm tu selepas Maghrib dah terdengar takbir raya dari surau, Eddin mmg aku dah pos awal2 ke surau ikut Atok.
Oleh kerana hujan kadang-kadang lebat, kadang-kadang berhenti xtvt be'rarak' mungkin tidak dpt dijlnkn mlm tu. Tapi FIL just suruh kami ready je kot-kot hujan berhenti kan....
Dlm kami berkira-kira, jadi ke tak jd org berarak ni, sekali si Ude ckp org surau nak singgah umh. Haaaaa... jeng, jeng, jeng....
Kami x ready pe2 pon lg, coz ingt tak jadi.
Kelam kelibut menyediakan makan tuk 10 org tetamu. Semua makanan yg ringan2 jer.
Tp semua yg FIL inginkan, semua kami telah kuarkn untuk tetamu, Alhamdulillah.
Raya pertama, lepas Solat Sunat Raya Aidil Adha semua sibuk bersedia untuk korban.
MIL msk satu bahagian tp kg en 'Boss' ade 2 ekor lembu korban hari tu.
Kami just stand by kat umh tuk msk daging korban.
sebelum daging korban tiba kami bergambo sekejab kat luar umh
ni ank buah en 'Boss' yg kami bwk sekali blk kg tu, dolu dia pernah skol kat kg
Cepat siap nye 2 ekor lembu korban tu diagih-agih kan, so kami pon cepat dapt msk.
2 kg Daging kami msk rendang spesial MIL
tulang campur2 kami msk sup, di mkn bersama smbal kicap pedas meletup aku buat he3
Settle masak semua, kami pon mula nak mkn lepas solat Jumaat. Sekali ade adik FIL datang umh, so hold kejab. Layan tetamu dolu br kami continue mkn.
Petang tu kami xde xtvt lain just duduk rilek2 kat umh, smbil tgk tv.
bdk berdua ni masa dah ptg mcm2 kerenah
tgk si Rereen dah mengalirkan air mata, coz rebut nk tgk Astro
aku & en 'Boss'
sesaja menggayakn turban dlm umh, org lain ade???
Aku je berannnnn hik3
p/s : raya ke2 kami ade jemputan kenduri