tq my follower

Sunday, June 12, 2016

Holiday Inn, Melaka Short Vacation With Love

Assalamualaikum.

Selamat Berpuasa Semua.

Tak abis-abis cite pasal Europe kan....

Kali ni aku story pasal short vacay di Melaka hujung bulan April hari tu.

Bulan besday aku ni tapi dah tak boleh claim hadiah sebab en 'Boss' dah bagi awal-awal lagi si Rose Gold Apple hihihihi

Saje jer bawak budak-budak tukar angin.

Walaupon angin laut Melaka lagi panas wakakakakaka

Lepas abis teakwando class kami  terus lunch di Uncle K.

Lunch 11 pagi weiiii!!!!

Balik rumah siap-siap terus ke Melaka.

Style backpacking jer kami 4 orang anak beranak.

Jalan agak jammed di town Melaka jer.

Lain-lain semua ok.

Kami booking hotel Holiday Inn, suite untuk 1 malam.

Seperti biasa kami menggunakan booking.com untuk booked bilik sebelum gerak ke Melaka.

Dalam pukul 2.30pm kami sampai di lobi hotel setelah tawaf 2 kali jalan nak ke hotel tu.

Check in time memang 2pm.

Banyak jalan tengah buat kat situ. 

Hakak keliru dek non!!!!!

Sampai je bilik dilevel 19 tu, ooooooooo

Fuhhhhh..... besar bilik nya!!!!

Korang tengok la gambar bawah tu yer.

 Dalam bilik, tapi just ada 1 king bed sahaja

Ruang tengah bilik 

Ruang makan 

 Living Hall

 Living Hall

Ruang menonton dalam bilik

Since dekat Europe kami enjoy stay di kebanyakan Holiday Inn Hotel so kami teruskan juga di sini.

Masa kita nak checkout baru kite akan buat pembayaran.

Check out time kami boleh delay sampai pukul 3 petang (tanpa apa-apa charge) dan executive lounge, Sirocco Lounge and Bar tu senantiasa open untuk minum dan makanan ringan bagi customer yang stay di suite tu...

Kerlasss kau jah!!!!

Asal turun bawah je lepak lounge tu.

Budak-budak selamat je mandi pool sebab memang ada life guard tepi pool tu.

Aku dan en 'Boss' melepak la lounge tu sambil borak-borak (macam x pernah jumpa kan hahahaha).

Then depan lounge tu pon ada disediakan table tennis set.

Dapat la seround aku kalahkan en 'Boss' main ping pong hehehehe dah lama tak melayan bat ping pong... 

 Banyak kelebihan rupanya kami stay di Holiday Villa suite ni. 

Dulu kami stay di Hard Rock Hotel Penang 2 malam 1.5K jugak takda pon macam ni.... yang aku stay di Lagoon tu.

Thumb up HOLIDAY INN HOTEL, MELAKA akan aku stay kat mana-mana tempat kalau pergi melancong nanti,

TERBAEKKKKKK!!!!!

Petang Sabtu tu lepas jer selesai jamak solat kami gerak menghala ke Umbai.

Seperti biasa Parameswara Restaurant kami tujui...

Dah meleleh air liur bila ingat asam pedas ikan pari dia yang sodap tuh!!!

Jalam dalam town jer yang agak slow sebab banyak kereta.

Jalan lain semua ok jer, dalam 30 minit kami sampai di Umbai.

Sabtu kan memang ramai la orang area Parameswara tu.

Alhamdulillah dapat juga kami 1 table yang sesuai.

Menu kami hari tu asam pedas ikan pari, siakap stim limau (kureng skit bagi aku, sambal belacan dan ulam serta sotong goreng tepung.

Agak simple jer sebab kami tak mau makan seafood sangat.

Sebab besok pon nak makan seafood lagi hahahahaha

Suka dan melompat la asid uric dengar kami nak makan seafood 2 hari berturut nih grrrrrrr....


 Asam pedas kegilaan kami anak beranak

 Sambal belacan ni pon best, aku yang suka ni

Lepas Magrib semakin ramai orang di Parameswara tu, kami pon beransur balik ke town Melaka dengan perut kenyang.

Malam tu memang kami takda plan apa-apa pon, tapi en 'Boss' sibuk duk ajak aku join dia gi town depan hotel tu, Bandar Hilir.

Dari level 19 suite aku stay tu dah nampak dah yang traffic sangat heavy.

So kalau nak pergi juga kena walking la...

Apa???? 

En 'Boss' ingat ni Europe agaknya!!!!

Jalan kaki merata-rata dalam cuaca sejuk.

Malam pon di Melaka tu temprature 34 celcius oiiiii...

So aku halalkan la en 'Boss' sesorang berjalan ke town untuk pergi berurut kaki.

Kami anak beranak apa lagi berdansa la dalam bilik!!!!!

Tidur hahahaha

Rupanya sangat-sangat mencabar perjalanan en 'Boss' ke town Bandar Hilir tu.

Bukan sebab apa, sebab panas hehehehe

Pukul berapa dia sampai hotel pon aku x sedar tapi yang pasti dia terpaksa mandi lagi sekali sebab basah peluh macam bersukan hehehehe

Nasib aku tak follow dia.

 Lepas sarapan kami lepak di lounge lagi

Sarapan pagi pon still boleh makan di lounge ni tapi hanya western sahaja la.

Aku dan Rereen makan di Sirocco Restaurant semua hidangan disediakan di sini.

Aku bagi 4 bintang la makanan kat situ banyak pilihan dan selesa makan di situ.

Tapi en 'Boss' dan Eddin makan di Sirocco Bar and Lounge tempat aku melepak selalu tu.

 Nak juga enterprem kan

 Layankan budak-budak mandi pool.

 Pool orang dewasa pula.

 Aku konon nak tunggu budak-budak tu, tapi sekejab jer, sebab panas situ walaupon pagi lagi ni baru pukul 8am jer.

Dalam pukul 10.30am aku dah ajak Reren dan Eddin naik.

Kasi diaorang berendam dalam bath tab pula.

Sebab pukul 11.30am kami nak gerak ke kedai makan depan je dari Holiday Inn Melaka ni.

Asam Pedas Selera Kampung.

Tapi hari ni kami drive la...

Tak nak aku jalan kaki ke situ walaupon 8 minit je dari hotel.

Ni udang galah yang besar tapi sangat-sangat lembut isinya dan manis rasanya, sentiasa memanggil-manggil udang galah ni.

Masak pon tak pedas sangat, ngam-ngan soi laaaaa.... 

Antara menu kami hari tu, yang bersambal tu adalah ayam kampung masak sambal.

Punya la Eddin suka makan sampai 3 kali aku bangun tambah ayam tu hehehe...

Gelak jer anak tokeh kedai tu bila aku berkali-kali bagi tau aku tambah lagi ayam sambal hahahaha gelak masyukkk kan anak tokeh tu.

Asam pedas agak cair kat sini tapi aku ambil juga nak rasa kan memang tak boleh lawan asam pedas Parameswara semalam.

Harga udang RM40 seekor, sedap tapi mahal pon takpe sebab bukan kami makan sebulan sekali pon kan kat sini.

Total makanan kami tengah hari tu kurang dari RM150,  memang berbaloi sangat-sangat.

Selesai makan kami balik semula ke hotel dan melepak lagi di Lounge tu.

Aku tengok hanya 2 couple jer ada di situ selain kami anak beranak.

Habiskan masa kat Lounge tu sementara nak checkout sebelum 3pm.

Masa checkout baru kami selesaikan segala bayaran dan gerak balik ke Shah Alam.

Selesai juga misi short vacay kami dan Inysa Allah kami nak ke Penang pula kalau ada rezeki.

Aminnnn.....